Aku Dan Dia - 4

475 19 6
                                    

Keputusan 5A1 yang aku peroleh akhirnya melayakkan aku untuk menyambung pengajian di pusat matrikulasi di selatan tanah air... Aku tak nak.. Ijal yang paksa aku mohon... Dia pulak yang tak dapat...Kuzai dengan Kamil dapat Matrikulasi Pulau Pinang... Kesian pulak kat Ijal... Dia yang beria nak masuk Matrik... Pelik jugak sebab result dia lebih kurang aku saja.. Tapi dia tu bagus la... Langsung tak jealous dengan kami malah Dia redha dan mengharap ada peluang diploma untuknya.. Aku selalu mendoakan dia.. Dia manuasia baik... Insyaallah Allah dah aturkan yang terbaik untuk Ijal..akhirnya dapat la dia masuk uitm..

Masa dapat matrik ni.. Langsung aku tak terfikir nak sambung ijazah dalam bidang pendidikan.. Semua ni berlaku tanpa aku rancang... Aku hanya ikut sahaja peluang yang ada.. Sungguh tak sangka jadinya aku seperti Hari ini...

Surat tawaran kemasukan ke pusat matrikulasi aku tatap penuh syahdu.. Aku mohon.. Tapi aku harap aku tak dapat... Tapi tak sangka rezeki memihak padaku.. Tapi.. Aku tak bersedia nak pergi.. Paling tak bersedia untuk aku tinggalkan dia... Kami baru saja rapat... Aku Dah semakin sayang pada dia...aku tak nak terjadi perpisahan secepat ini... Kadang aku ter fikir.. Mengapa lewat terjadinya kemesraan antara kami...

Dia pulak dapat tawaran ke pusat asasi sebelum menyambung pelajaran dalam bidang perubatan... Tak hairanlah... Budak pandai kot.. memang cita-citanya sejak dulu untuk bergelar seorang doktor...

"Tahniah razi..." Ucapku..

"Tahniah untuk kau jugak... Tak sangka kau dapat masuk matrik..."

"Ye lah sebab aku tak pandai macam kau... Sebab tu tak sangka kan.."

"Laa.. Awatni.. Aku tak bermaksud macam tu la... Semua orang ditakdirkan dengan rezeki hidup yang berbeza bergantung kepada usaha kita... Kau dah usaha kan...dapatlah apa yang kau nak... Man jadda wa jadda.."

"Maaf.. Aku tak bermaksud nak cakap macam tu... Cuma aku sedih.."

"Kau sedih kenapa?" tanyanya dalam nada risau...

"Sedih la... Nanti kita dah tak dapat study sama sama lagi..."

"Kau jangan cakap macam tu.. Nanti aku pun sedih jugak... Apa pun kita kejar cita-cita kita dulu... Nanti satu hari kita jumpa kita semua dah berjaya mencapai cita-cita kita k...ingat.. Perjalanan kita jauh lagi..jangan sia-siakan usaha kita selama ini..." itu aku paling respect kat dia.. Kata-kata semangat dia sentiasa akan membuatkan aku lebih berkobar-kobar..

" Insyaallah.. Nanti kau jangan lupa aku pulak.."

Dia hulurkan sekeping kertas kepada ku... Tertera nombor..

"Ini nombor phone aku...nanti kau dah beli handset jangan lupa bagi aku nombor telefon kau.. Ye.."

"Terima kasih... Aku tak mampula nak beli.."

"Alah.. Kau ada duit tu.. Kau kerja kan hari tu... Beli la tak mahal pon... Nanti dah masuk U penting nak guna"

"Hmm... Yerlah..."

Sebelum kami masing-masing membawa diri.. Pernah jugak kami keluar berdua... P makan- makan just nak luangkan masa bersama sebelum entah bila pulak kami boleh macam ni...tu pun dia yang ajak.. Hanya kami berdua.. Aku apalagi.. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal la... Tapi pernah jugak kita orang keluar lepak-lepak dengan Ijal, Kuzai ngan Kamil jugak beberapa orang budak kelas dia...biasa la.. Dah ramai ramai tak syok ar... Haha..

Dia ajak aku makan kat A&W... Jakun aku.. Tak pernah aku masuk kedai macam tu... Dah dia yang ajak aku ikut je la.. Seingat aku.. Itulah yang pertama dan terakhir aku masuk A&W.. Lepas tu dah tak de dah restoran tu...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Dan Dia.. Where stories live. Discover now