🎗️26🎗️

311 24 0
                                    

KAIZO hanya merenung sayu ke arah adiknya yang baring secara menelentang di atas katil hospital.

   Hanya kedengaran bunyi mesin dan seorang isteri yang membacakan yasin kepada suaminya di sebelah katil yang menempatkan Fang terbaring.

   Dahulu, ibu bapa Aryz yang membunuh raja Planet Gogobugi. Ketika itu Aryz sedang bercuti di planet di mana datuknya tinggal.

   Setelah Kaizo menangkap kedua ibu bapa Aryz, mereka berdua dikenakan hukuman gantung sehingga mati kerana membunuh raja.

   Kaizo mengeluh tatkala mindanya terputar akan memori pahit yang baru dialami sebentar tadi.

   "Ada apa komander hubungi saya?" Kaizo berpeluh - peluh kerana baru sahaja berlari dan menaiki kapal angkasanya daripada hospital.

   Hologram Komander Kokoci yang terpapar pada skrin kelihatan mengeluh. "Aku tahu adik kau sudah sebulan koma tapi ini hal mustahak, Kaizo."

   Kokoci hanya kaku mendengar kata - kata Komander Kuih Koci.

   "Ada perampasan power sphera di sektor G-78. Power sphera itu adalah CacikoBot, power sphera yang boleh bertukar rupa. Ianya dalam tawanan alien bernama Pizza za. Jadi, kau..."

   "Macam mana dengan Fang?"  Kokoci sekali lagi mengeluh mendengar pertanyaan Kaizo. Dia tahu Kaizo begitu sayangkan adiknya.

   "Adik kau selamat di Bumi. Lagipun, misi ini penting. Kapten Maskmana dan ahli TAPOPS yang lain akan mengikut perjuangan misi ini." Sekali lagi Kaizo tergamam apabila Komander Kokoci menyebut satu nama yang pernah menjadi gurunya suatu ketika dahulu.

   "Kalau kau nak fikir dahulu, sil---" Belum sempat Kuih Koci a.k.a Kokoci menghabiskan ayatnya, Kaizo telah menyampuk.

   "Aku setuju."

   "Engkau pasti?" Tanya Kokoci. Dia tidak mahu Kaizo menerima misi ini secara terpaksa.

   "Tersangat pasti." kata Kaizo dengan yakin.

   Kokoci mengangguk. "Kita semua akan bergerak esok malam. Tepat jam 12 malam jika di bumi."

   Saat itu, mata Kaizo membulat seperti guli kaca. Cepatnya!

   "Baik, komander!" Kaizo membuat takbir hormat TAPOPS.

   Kaizo memandang ke arah jam di dinding. Sudah 11:55 malam. Kaizo menyelimuti Fang yang masih tidur mati.

   "Bye, Fang."

Geng Kuasa  Where stories live. Discover now