Budak Sekolah - Part 1

117K 128 4
                                    

Kedengaran lagu They Don't Know About Us menandakan waktu 6.30 pagi. Ameera mula bangun dari katil dengan perasaan berat hati ingin meninggalkan katil kesayangannya.

Bunyi air pancuran dari bilik air kedengaran jelas pada awal pagi sebegini. Pintu bilik air di buka jelas keharuman bau sabun lux mengharumi tubuh Ameera.

Aktiviti biasa yang dilakukan di awal pagi, Ameera  menunaikan solat subuh seperti hari hari biasa yang dilaluinya.

Sesudah solat, Ameera menyarung uniform sekolah pada tubuhnya.

Jam telah menunjuk pada pukul 6.45 pagi. Ameera menyarung tudung lalu mengambil beg sekolah kepunyaannya yang berwarna biru air laut itu. Langsung Ameera turun ke dapur.

Melihat Puan Madihah ibu kepada Ameera Qistina sedang menyediakan sarapan.

" Morning mama " satu ciuman di pipi ibu kesayangannya.

Ameera menghidu hidu aroma sarapan yang di masak oleh ibunya lalu berkata

" Perhhhhhh bau nasi goreng yang mama buat ni menyelinap di kalbu. Ni kalau Meera makan ni jadi belon lah badan Meera. "

" Amboi amboi amboi. Dah dah cepat makan kang lewat pulak nak gi sekolah " kata mama.

××××××××××

" Meera ! " kedengaran suara seseorang memanggil.

Ameera menoleh ke kiri

' Dah agak dah anak cina ni lagi .' kata Ameera di dalam hati.

Amy ialah kawan Ameera semenjak sekolah rendah. Amy berdarah kacukan melayu dan cina.

Amy pukul manja di bahu kawannya.

" Kau kan kalau nampak muka aku selalu buat muke macam kerang busuk " merengek Amy.

" Adoii, haish anak cina ni. Suka hati aku lah nak buat muka macam mana pon sibok je."

" Hehe, dah lah jom masuk kelas kang terlewat pulak."

××××××××××

Okay, sorry ni first time tulis short story/novel kat wattpad ni.
Agak kekok. But I try my best.
Nak tulis sesuatu cerita dalam wattpad ni memang perlu banyak keluarkan idea.
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjuk kan
Sorry sebab pendek sangat lagipon baru part 1
TheRealFaross//

TerlanjurWhere stories live. Discover now