[S1] Culik 🌙

379 78 33
                                    

Kali ni, takde gambar / gif Seungkwan.
Jimat sikit data korang kan?
Huehue.

Enjoy! 😘❤

++++++

" Alahai, garam habis pulak. Macam manalah aku boleh lupa nak kirim garam kat Fatihah masa dia keluar beli barang haritu? FATIHAH!!!! "

" Ye mak? " dengan sepantas kilat, seketul Fatihah memunculkan diri.

" Garam habis, nak. Kamu boleh tolong belikan tak? Nak suruh abang kamu, mak lupa pulak dia pergi dating dengan girlfriend dia. "

" Aik? Masa puasa macam ni pun nak berdating ke? " soal Fatihah.

" Kamu faham-fahamlah sendiri diaorang berdua tu. Diaorang kan syaitan yang tak kena ikat. "

Ambik kau setepek.

Nasiblah dapat mak yang savage sebegitu.

" Ish, mak ni. Tak baiklah cakap macam tu. Ha, mana duitnya? Sekarang juga Tihah pergi beli garam yang diingini tu! "

" Ambil 10 ringgit dalam poket apron dekat peti sejuk tu. Beli ajinomoto sekali eh. Baki dia, ambil je kat kamu. "

" Seriuslah mak? "

" Kamu nak ke tak duit lebih? Taknak takpe, baki dia bagi je kat mak semula. "

" Takpelah mak. Baki dia nanti Tihah bagi kat mak semula. Tihah dah ada suami, buat apa nak mengharap duit mak lagi kan? Hoho. "

" Bagus anak mak sorang ni. Kamu nak pergi sorang ke atau Seungkwan temankan? "

" Saya pergi sorang je. Lagipun kedainya pun jauh mana. Jalan kaki je dah sampai! " kata Fatihah dengan penuh yakinnya.

" Berlagaknya. Betul ke kamu boleh pergi sendiri? Risau pulak tiba-tiba. Sebelum ni mana pernah kamu pergi sorang. Selalu abang kamu yang teman. "

" Ini Fatihah okay! Tidak takut dengan apa-apa kecuali Allah! "

" Ha yelah. Hati-hati jalan tu. Kalau ada lelaki yang tak dikenali sentuh kamu, kamu tendang je telur dia sekali. Dijamin senak! "

" Hehe ok mak! "

++++++

Kenapa aku rasa macam ada orang ikut aku?

Betullah Tihah, betul apa mak cakap tadi. Aku ni berlagak.

Nak keluar soranglah sangat, kononnya taknak bagi Seungkwan penat bagai.

Last-last aku juga yang cuak sekarang ni.

Sedang aku mengelamun, ada seseorang menyentuh bahuku. Jadi aku pun...

" BODOH! APA MAIN SENTUH-SENTUH NI HAH?! AKU ADA MARUAH OKAY! " aku memandang ke belakang untuk melihat gerangan manusia yang berani menyentuh aku tadi.

" You terkejut ke? "

" Lah, Mei Yi rupanya. Buat terkejut orang je you ni. By the way, dah lama tak jumpa you. Macam mana dengan Alina? Dia still dengan perangai lama dia ke? " soalku panjang lebar.

Mei Yi ni kawan aku masa kolej dulu. Tak sangka pulak boleh jumpa minah cina ni semula.

Alina? Aku dah putus kawan dengan dia.

Kenapa? Dia tu sasaeng fan!

Sedih aku tengok perangai dia, bila dia ikut fansite sasaeng yang lain, dia akan buka tudung.

Entahlah. Malas aku nak peduli.

" I still kawan dengan Alina, and sadly, yes. Dia still jadi sasaeng fan. I dah tak tahu nak nasihat dia macam mana lagi. "

" Macam mana you still bertahan dengan dia? Tak faham betul. "

" Entahlah Tihah, I pun tak tahu... "

" Hurm. Apa-apalah. Oh ya, kenapa you tiba-tiba jumpa I ni? "

" I cuma nak... "

Secara tiba-tiba Mei Yi menekup mulutku dengan sapu tangan. Aku terkejut dengan tindakannya.

Aku meronta-ronta kerana tidak cukup nafas.

Tak lama kemudian, pandangan aku mula menjadi gelap.

" I'm so sorry Fatihah...kalau boleh I taknak pun buat you macam ni. Tapi ini semua sebab Alina yang suruh, I'm really sorry... "

++++++

JENG JENG JENG!!!

Agak-agaknya apa jadi lepas ni eh?

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now