majlis keraian

80 16 6
                                    

Ep 2

Ayam berkokok petanda pagi sudah menjelang.baekhyun masih lagi terlantar di katil kecilnya sambil berdengkur.minsoo yang melihat anaknya yang masih membuat taik mata terus membuka tingkap di biliknya.kedengaran bunyi alunan tingkap usang yang terbuka luas.

kedengaran bunyi alunan tingkap usang yang terbuka luas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayah:baekhyun.anjaklah dari katil tu.pergi bersihkan diri kau.pagi pagi macam ni memang elok beri makan dekat haiwan ternakan kita tu.jangan jadi manusia yang kejam sampai haiwan ternakan sendiri kelaparan.

Nampaknya baekhyun masih lagi tidur mati.suara ayahnya masih tidak mampu menembusi sepasang telinga anaknya itu.apa lagi,memang makan air baldi lah jawabnya.minsoo terus menyimbah air sejuk ke atas muka dan badan anaknya itu.baekhyun terus bangun sambil nafasnya tercungap cungap

Ayah:kau dah 18 tahun.sudah sudahlah tu berperangai seperti budak budak nakal dekat luar sana.bangkit dan mulakan kerja kau

Baekhyun:bila ayah balik?bunyi motosikal pun saya tak dengar.apa motosikal tu buat hal lagi ke?kalau benda alah tu buat hal,saya boleh tolong baiki

Minsoo mengeluh lalu keluar dari bilik baekhyun.dia hanya mengikuti ayahnya dari belakang dengan perlahan.kelihatan ayahnya sudah bersiap turun ke pasar untuk berniaga

Baekhyun:apa berita tentang orang kampung semalam?ayah tak bagitau saya pun apa yang dibualkan semalam.semuanya baik baik kan?

Ayah:kisah orang kampung tu tak perlu kau tau.ayah pergi dulu.sebelum keluar nanti,jangan lupa kunci pintu dan tutup tingkap.

_________•__________

Baekhyun mengunci pintu dan menutup tingkap seperti yang disuruh oleh ayahnya.kemudian dia memulakan perjalanannya ke kandang kambing.sedang dia berjalan,kelihatan beberapa geng jimin sedang mengekorinya di belakang.baekhyun hanya memerhati mereka sambil berjalan laju.tiba tiba dia merasakan ada sesuatu yang terkena kepalanya seperti batu.pedih yang amat hanya dia dan tuhan sahaja yang tau.

Suga:amboi anak ketua kampung.pagi pagi dah tunjuk muka.fikir rajin lah?nak orang kampung puji kau ke?

Jimin menyengih seperti kerang busuk.dia bertepuk tepuk sakan dengan rakannya sambil ketawa jahat.dia kemudian berlari dan berdiri di depan baekhyun

Jimin:jangan fikir aku tak nampak kau semalam masa aku bergaduh dengan ji.kenapa kau sibuk nak jaga tepi kain orang?ke..kau teman lelaki dia?

Baekhyun:hei jim.kalau kau dah takde topik nak bercakap,jangan nak tuduh aku sebarangan.kau fikir aku ni jenis makan gaji buta macam korang semua ke?

Jaesuk:hei hei hei!ni apa kecoh kecoh ni?kamu semua orang muda ni tak reti reti nak berbaik ke?buat malu orang kampung je tengok.kau pun satu baekhyun,jangan fikir kau tu anak ketua kampung,boleh guna kuasa kau sesuka hati

Baekhyun:tapi pakcik,diaorang yang mulakan dulu.saya..(tak habis cakap)

Jaesuk:sudahlah.kau tak perlu nak salahkan sesiapa.jim,ayah nak kau balik.kau keluar pun,bukannya ada aktiviti  berfaedah yang kau buat.pulang sekarang!

HomeWhere stories live. Discover now