Episod 24

30 6 0
                                    

Tohka;

Opps!Sebelum kita sambung cerita dari masa aku terlanggar sorang mamat ni,aku nak bukak cerita lain tentang apa yang berlaku malam tadi.

* * *

Wuah....aku menguap sambil meregangkan kedua-dua belah tangan ke atas.Kaki dihalakan ke bilik tidur.Dah pukul berapa pun ni.....?Mesti semua orang dah tidur.Aku pulak tak dapat tidur...So pergi tengok movie sekejap.

Bila badan aku dah sampai ke bilik,manusia pertama yang aku nampak adalah...Sumire.Oh...perempuan ni memang teman sebilik aku.Tapi,kenapa dengan posisi tu?

Dia duduk sambil mata tertutup.Tidur ke?Secara duduk?Pfftt...!!Apa pasal jadi macam tu?Ah...biarlah.Tak nak pulak aku kejut dia.Rasa bersalah pulak aku nanti.

Aku mengambil tempat di katil aku.Bila tangan dah mula nak tutup suis lampu,tiba-tiba,aku nampak Sumire terjaga.Bukan bahagian 'terjaga' tu yang buat aku terkejut.Perkara yang buat aku terkejut adalah yang perempuan tu terjaga sambil hidungnya berdarah.

"Wei....kau okey tak?!" Suara tak nak tinggi sangat.Ganggu orang lain pulak nanti.

Badan sendiri dibawa mendekati Sumire.

Perempaun tu batuk dulu sebelum jawab pertanyaan aku.

"Aku okey je...Cuma." Batuk lagi.

"Aku nampak benda pelik..."

* * *

Aku menyuakan cawan berisi hot chocolate kepada Sumire lalu mengambil tempat duduk di sebelah dia.

"Cerita lah.Kalau tak...mesti kau kene fikir je beban tu setiap hari."

Kan?Dari dia tanggung sorang-sorang masalah tu,lebih baik kongsi dengan orang lain.Takde lah banyak sangat beban yang Sumire tanggung.

"Aku tertidur je tadi macam biasa tadi....."

Jadi,betullah dia tertidur secara duduk?Gahaha!Serious lawak.

".....but,masa tidur tu jugak aku dapat tengok future.Sepatutnya aku tak dapat guna kuasa aku masa tidur.Even kalau hilang kawalan sekali pun."

"Future siapa kau tengok?"

"Lelaki.Masalahnya sekarang ni....lelaki tu bukan subject Grim Project pun."

"Aku tak nampak ada masalah apa-apa pun."

Sumire mengeluh dulu sebelum sambung apa yang dia nak cakap. "Lelaki yang aku nampak ni ada kuasa yang sama macam aku."

* * *

Lepas tu...keesokan harinya,korang dah tau apa yang terjadi,kan?Aku jumpa Haruto kat pintu basement dan ikut dia turun ke bawah.

Bla,bla,bla.Akhir cerita aku dah sampai kat tempat tak diketahui ni dan terlanggar seorang mamat.Mamat yang aku terlanggar ni pulak dari tadi asik tengok aku.Takkanlah dia boleh nampak aku kot?Takde siapa pernah tembus kuasa aku sebelum ni.Melainkan........

"Chottomatte!"

Oh,god!Aku tersilap cakap.Aku ni sekarang ada kat negara orang lain.Disebakan setiap subject Grim Project kene input maklumat yang diorang boleh adapt dengan kawasan baru hanya dengan dengar beberapa patah perkataan je,aku bernasib baik dapat faham apa yang semua orang kat sini cakapkan.

"Kau....boleh nampak aku ke?!!" Perlahan-lahan lelaki tu mengangguk.Woah!Serious lah dia boleh nampak aku?Tak pernah ada orang tembus kuasa aku sebelum ni.Tapi...bukan ke maksudnya lelaki ni bahaya?

"Boleh tak......Kita borak kat tempat lain?"

Tempat lain?Aku okey je.

* * *

Haruto;

Perempuan tu kan....memang nak kena!Aku dah kata 'jangan' sentuh benda tu!Tapi,ada dia dengar cakap aku?Tak!

"Lama lagi ke Saito?"

"Sikit lagi...."

Hah....!Saito tadi kata dia boleh cari line komunikasi yang mana boleh menghubungkan telefon aku dengan Tohka walau jauh mana pun dia ada.Bila line ni dah connect...tau lah aku nak ceramah dekat perempuan tu macam mana.

Reine yang berdiri sebelah aku pun dah masam mukanya.Aoi pulak.....dia gelak dari tadi sambil matanya tertumpu ke arah Reine.Terhibur sangat agaknya bila dengar apa yang difikirkan Reine.

Aku mengeluh.Tohka.....Tunggu je lah perempuan tu nanti kene dengan aku.


Fiction Series 2:Grim Project Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz