Part 1

643 9 0
                                    

1.

"I love you,"ucapan itu aku ungkap penuh perasaan. Aku sayang manusia di hadapan aku saat ini. Senyumannya. Rambut beralunnya. Sungguh sempurna. Akulah manusia paling bertuah kerana dapat peluang kedua untuk menyayanginya sekali lagi. Aku menggenggam tangannya. Aku cium tangannya. Ahh, tak mahu aku lepas tangan dia.

Dia memegang pipi aku. "Hey b, janganlah muka monyok ja ok. Tiga bulan ja. Kita still dapat call, text setiap hari kan". Dia cuba memujuk aku.

Oh ya, aku akan ke selatan negera hari ni selama tiga bulan, ada kursus, wakil dari syarikat aku. Syarikat aku hantar dua wakil, aku dan seorang lagi, Jane.

"Ini dah kemas barang siap belum?"tanya kekasih hati aku, Misha.

"Dah kemas, awak ja saya tak sumbat dalam beg. Jom beli beg ka, kotak, sumbat awak dalam tu. Taknak jauh dengan awak".

Misha tergelak kecil. "Eh, eh. Mengadanya dia ni".

Ahh, aku taknak jauh dari dia. Tiga bulan tu, lama. Tapi, hal kerja, apakan daya.

"Nanti dah nak gerak, bagitau tau".

Aku mengangguk. Dia salam aku, cium pipi sebelum turun dari kereta. Aku lihat Misha berjalan masuk ke kawasan rumahnya.

2.

"Hey, I dah sampai depan rumah you,"kata aku dalam panggilan dengan Jane. Signal diberi, aku masuk ke simpang kawasan rumah Jane seperti yang diberi dalam maps.

Aku lihat rumah si Jane. Pergh, tiga tingkat. Kereta audi, mercedez, dengan polo depan rumah. Kaya family si Jane ni. Aku keluar dari kereta, ingin menolong Jane angkat beg. Perempuan kot, mesti banyak barangnya.

Aku buka bonet kereta, dan letak beg Jane.

"Dah bawak semua barang?"tanya aku kepada Jane. Jane mengira beg di bonet kereta. "Dah semua rasanya".

"Eh, main rasa-rasa. Jauh nak pegi ni".

Jane tergelak. "Ala, tak cukup, beli ja la".

"Dasar kaya. Cis".

"Apa kayanya. Betul la kan".

Aku mengangguk. Ya la tu, tak kaya. Cis. Aku baru lepas kira jenis kereta dia, rumah bukan main besar. Tak kaya lagi.

Kami masing-masing ke dalam kereta. Seperti biasa, aku akan buat laporan ke Misha, yang aku dah nak gerak ke selatan.

Seperti biasa, Misha pesan jangan gatal-gatal dengan orang lain kat sana. Aku tergelak kecil. Tak sedarkah dia, hati aku penuh dengan dia saja.

"Wahh, senyum-senyum, kekasih eh," usik Jane.

"Haha, mana ada. I single ja la".

"Senyum-senyum macam tu, mana ada single senyum macam tu".

"Eh kata orang, you tu, dah inform belum ke boyfriend you, nak gerak ni".

"Mana ada, I single la".

Aku tergelak. Aku memulakan perjalanan selepas meseg Misha.

"Single eh, habis yang datang hantar you, ambil you keja siapa?"

"Eh, mana ada la. Dapat tahu mana ni?"

"Ha, ada la. Rahsia la. I pernah la nampak asyik kereta yang sama hantar you pagi-pagi. Honda hitam".

"Wahh, stalker i ka apa ni".

"Bukan stalk. Ternampak. Dah timing kita sama".

"Iya la tu. I selalu ja nampak you duduk dalam kereta, tunggu apa entah, tak terus masuk office".

"Wah, wahh, nampak I. Ka stalker i?"

"Eh, balas balik nampak. I pun ternampak".

Aku tergelak. Aku jarang sembang dengan Jane. Sebab aku pernah tegur dia, tapi macam kerek, tak sangka sempoi jugak.

MenduaWhere stories live. Discover now