Part 3

344 10 0
                                    

1.

Dah sebulan dekat sini. Setiap malam, sebelum tidur, aku akan bergayut dulu dengan Misha. Disebabkan bilik aku takdak line, so aku kena la bertempek kat sofa ruang tamu kejap.

Tengah aku sembang dengan Misha, Jane keluar. Dia datang ke aku, dan memeluk aku, sambil teresak-esak nangis.

Ah sudah, drama apa pulak ni.

"Er awak, nanti saya call awak balik". Terus aku tamatkan panggilan dan fokus ke arah kejutan dari si Jane ni.

"Jane, are you ok?"

Jane balas dalam bahasa cina. Oh come on Jane. Aku takdak google translate nak faham apa dia cakap dalam esakan tu.

"Hey, its okay. I am here". Itu ja la aku mampu balas. Sebab aku tak faham satu patah apa dia cakap.

Dia memandang aku, dia cakap lagi dalam bahasa cina. Lepas tu tampar lengan aku. Eh, apa salah aku ni. Lepas tu dia sambung menangis. Aku cuma mampu usap kepalanya, cuba tenangkan dia.

Beberapa minit kemudian, dia dah semakin tenang. Dia mulai lepaskan pelukan dia berundur sedikit dari aku.

Aku mencapai tisu di atas meja, dan lapkan air matanya. Perh, gentle habis aku. Tapi aku masih tak puas hati, tak faham apa dia bebel ke aku tadi.

Selepas melihat dia sedikit tenang, aku pun bertanya.

"You okay tak ni?"

"I baru lepas menangis, itu yang you tanya?"

Aku menggaru kepala. Bodoh jugak soalan aku. Dia menangis, mestilah dia tak okay.

"Could I do anything to cheer you up?"

"Ice cream please".

"Okay, nak aiskrim apa? I pegi cari".

"I nak ikut gi 7e. Jom".

"Ok. Jom!"

2.

Pulangnya di rumah, kami lepak di ruang tamu sebentar. Jane beli aiskrim cornetto, dengan tiga tin beer. Habis cashier tadi pandang aku atas bawah. Aku apa lagi, cakaplah tu Jane punya. Jane dah gelak-gelak. Siot betul.

"Ok. Tell me honestly, are you really single?"tanya Jane.

"Hahahaha, why you guys are so interested about my love life?"

"Sebab, you act macam you tak single. You look at phone, all smiling",

"It might be twitter. Twitter is fun place kot".

"I dont buy it". Dia membuka air tin beernya yang pertama. Perh bau dia, lain maciam. Setahu aku si Jane dia bukan jenis minum, sebab aku pernah dengar dia tak boleh minum, dia jenis cepat mabuk. Jangan dia buat mabuk nanti sudah. Aku lari masuk bilik, kunci pintu, takut kena rogol.

"Ok, habis you tu. You tu, heartbroken sangat. Takkan single nak heartbroken".

"Ok, i be honest dengan you. I ada someone, that person loves me, but somehow, for a few months lately, I tersuka dekat si A, and it is impossible untuk i dengan A. A ni, i tak tahu dia single ka tak".

"Tanya la si A tu, dia single ke tak. Easy".

Jane membuka tin kedua.

"I dah tanya, dia cakap single. Tapi, dia tak act macam orang single".

"If dia kata dia single, dia single la tu. Buat apa nak tipu".

"Tapi tak mungkin la i ni type dia".

"Eh, belum cuba, belum tahu. You cantik, kaya, pandai. Apa yang bukan typenya".

Jane tergelak. Pipi dia dah mula merah.

"Tapi kan, you tak kesian ke dekat orang yang sayang you tu".

"I do. But, I dont know. Hati dan perasaan. We just took a break a month ago lepas dia tahu pasal I suka kat si A".

"Wahh, macam mana dia boleh tahu pasal A?".

Menarik jugak drama si Jane ni. Kalau aku tulis, boleh laku keras ni. Terlupa kejap aku akan bau beer dia.

"I save the picture during our dinner".

"Eh kejap, means A ni keja company kita la ni? Wahh, siapa ni?"

Jane buka tin ketiga.

"No, no. I am not ready to tell you".

"Oh come on. I wont tell anyone. Rahsia kita ja". Aku buat jari nak pinku swear.

Jane lama memerhati aku.

Dia pun menyambut pinky swear aku.

"Ok. It is you. You are the A".

Aku diam seketika. Dia nak test aku ka apa.

"Come on la Jane, be serious".

Jane melepaskan jari dia.

"See, thats why I didnt one to tell. I like you".

Nadanya berubah. Geez, is she being serious?

"Serious la Jane? You cantik kot, there is no way. Me? Takkan la".

"Do you like girls like me right?"

"What?"

"I accidently saw your phone back then, and I saw your apps swiping".

Aku diam. Terkejut. Nak hadam. Takkan dia tahu. Takkan la.

"Since when?"

"I like you since you came to our department, to meet Ella. The way you smile. And i feel jealous sometimes, looking you smile with your phone. You dont act like you are single".

"Im speechless Jane. I didnt know, person like you, like me. I dont know how to react".

"Sorry my confession will make things awkward".

"Eh no. Im fine with it. I can deal with it. But hey, we still can be friends right?"

Jane mengangguk, lalu meletakkan kepalanya ke bahu aku. Tak lama lepas tu, aku dengar dia berdengkur. Perhh, bau beer tu. Menusuk hidung betul.

Phone aku vibrate, Misha call aku.

"Hey, awak tak call saya balik, semua okay tak kat sana?"

"Okay ja, boleh tak kita cakap esok ja. Jane tak berapa ok ni".

"Okay. Good night, i love you".

"Yeah, me too".

MenduaWhere stories live. Discover now