5 | Make It Right

3.4K 97 8
                                    

Maaf lambat update, dee agak sibuk sikit hr ni. But still tak lepas waktu hari ni kann. heheh. happy reading n don't forget to vote and comment.

Awak votes yg keberapa? Komen kat sni.. 💬

▪▪▪▪

Tidurku dengan linangan air mata. Aku tahu sakitku bukan hanya pada fizikal. Sekuat manapun aku katakan pada hati untuk tetap kuat, hujungnya aku tetap terluka. Aku boleh berpura-pura okey di depan mama seperti tadi dan mama tidak mengesyaki apa-apa. Melainkan berasa sangat gembira melihat hubungan baikku dengan Aiden telah rapat semula. Jika hancurkan kegembiraannya sekarang, adakah aku pentingkan diri sendiri?

''Thank you Aiden. Please, take care of her.'' Mama sudah menaruh kepercayaan penuh kepada lelaki itu. ''No worries ma. I'll always take care of her.'' Aiden menabur janji dan aku akan lenyapkan kata-kata dustanya. ''Please, don't ever come over me again or I'll hate you more than this.'' Tegasku dan mengunci rapat pintu bilikku.

Ada beberapa panggilan dari Daniel, aku biarkan saja. Sungguh, aku tiada kekuatan untuk mengadap situasi dimana aku harus berpura-pura okey lagi. Sekarang, untuk bangun saja pun aku berasa lemah tapi suara yang memanggil namaku sekarang ini berasa sangat hampir. Ketika mataku terbuka sedikit, aku melihat mama sedang berwajah gelisah mengusap wajahku. Berkali-kali dia bertanya kalau aku okey atau tidak. Alasan Aiden semalam aku terlalu banyak minum dan dia membawaku pulang. Mama tahu aku bukan jenis peminum yang berat dan sekarang, dia sedang mencari punca masalahnya.

''What happened?'' mama bertanya untuk kesekian kalinya. Aku bangun dengan bantuannya dan menggeleng lemah. ''I'm okey ma.'' Jawabku lemah. Mama mengeluh dan meletakkan tangannya di dahiku. ''Yes, your words keep lying to me but your body it's not. You're not okey Lova.'' Tegas mama dengan serius. Aku akui tubuhku merasa sungguh tidak berdaya. Apa yang berlaku malam tadi benar-benar merenggut sebahagian diri. Sedang otak berfikir mencari alasan, mama mengambil telefonku. Pandangannya ke arah skrin sebelum beralih ke arahku. ''15 missed call. So.. are you going to tell me or what?'' mama tidak putus asa. Kini, giliranku melepaskan keluhan dan mengambil telefonku. Panggilan tidak dijawab kesemuanya dari Daniel. Mama masih menunggu jawapanku. ''It's just relationship matters.'' Aku mengunakan Daniel untuk alasanku.

''You're old enough darling. Please handle your feeling without ruin yourself. What if kalau Aiden tak ada malam tadi?'' mama memberi nasihat yang hujungnya membawa nama Aiden. Berterima kasih kerana Aiden membantu. Aku hanya mampu mengganguk perlahan untuk menenangkan hati mama. Dia memelukku erat dan mengharapkan aku selesaikan semua ini dengan baik-baik.

Telefonku berdering. Melihat nama pada skrin telefon setidaknya membuatkan aku sedikit lega ianya bukan Daniel. Mama masih menungguku selesai bercakap ditalian sebelum dia bertanyakan aktivitiku hari ini. "You tengah tak sihat Lova.. tak boleh ke postpone to nextweek?'' mama memberi cadangan untukku. Aku menggeleng dan membuang comforterku ke sisi. ''Lova okey ma. Ni cuma penat sikit aje. Lepas mandi mesti akan okey.'' Aku menyakinkan mama. Dia mengecilkan anak mata sebelum mengeluh geram. ''Okey fine. Mama suruh Aiden akan hantar you.''

''No!'' bantahku separuh marah. Mama agak terkejut melihat responku dan aku perlu cepat-cepat menenangkan situasi. ''No, I maen.. Jane nak datang jemput.'' Aku menjelaskan dengan keadaan lebih baik. Mama menggeleng dan menepuk bahuku. ''Aiden dah janji dengan mama yang dia akan jaga Lova. Tiada bantahan atau mama tak izinkan you keluar.'' Dan mama lebih dari tegas dariku. Dia sudah bangun dan keluar dari bilik.

Entah kenapa, aku rasakan ini seakan karma untukku kerana berbohong dengan mama tentang apa yang telah berlaku malam tadi. Sekarang, aku langsung tidak boleh larikan diriku dari Aiden walau sebenci apapun aku padanya ketika ini. Berada dekat dengannya, hanya mengingatkan aku setiap sentuhan kasarnya di tubuhku. Setiap kata kotor yang keluar dari mulutnya. Aku menggeleng lemah.

''Stop!''jeritku tiba-tiba dan Aiden memandangku sekilas. Dia masih meneruskan pemanduan tanpa menghiraukan aku. Mungkin kerana permintaanku tadi untuk tidak mewujudkan apa-apa perbualan. Sepertinya dia menurutkan kerana aku tahu dia benar-benar dihuni rasa bersalah.

''Saya cakap berhenti! Don't you hear me?'' rungutku dengan nafas yang mulai turun naik. Sekarang, aku rasa mama benar. Aku tidak begitu sihat. Kepalaku mulai berdenyut dan sakit. Melihat keadaanku, Aiden terus berhenti di bahu jalan. Sekarang dia fokus kepadaku dengan wajah risau.

''Hey, are you okey?'' dia cuba menyentuh namun aku pantas menepis tangannya. Aku masih mengerang rasa sakitku dan cuba untuk mengawalnya. Tapi rasa semakin sakit. ''Kau tak sihat. Aku hantar balik sekarang.'' Aiden memutuskan dan aku menggeleng tidak mahu.

''Dan ini puncanya dari siapa?'' marahku kembali. Dia diam. Mengurung niatnya untuk membawaku pulang. Aku mengambil telefonku dan menghantar pesanan kepada Jane untuk menjemput. Aku tidak sudi berada lebih lama bersama Aiden lagi. Aku tidak tahu Jane mengambil masa berapa lama untuk tiba di tempatku, sehingga aku terlelap. Niatku untuk sekejap, tapi rasanya lenaku berpanjangan dan sekarang terganggu kerana sesuatu. Aku membuka mata dengan terkejut melihat Aiden cuba menjatuhkan kerusi tempat dudukku.

''Awak nak buat apa ni?!'' tempikku dan menolaknya dengan cemas. Dia juga terkejut dan menjauh ke tempat duduknya. ''Sorry, aku cuma nak jatuhkan kerusi tu biar lagi selesa.'' Dia menjelaskan. Namun, tetap juga tidak menenangkan aku. Otakku masih berfikir kalau dia akan cuba melakukan sesuatu yang jahat yang sering dia lakukan kepadaku. Alasannya tadi, langsung tidak boleh diterima pakai dengan perbuatannya sebelum ini. Aku terus keluar dari kereta dan mengubungi Jane.

"Look, Lova. I bukannya tak nak ambil you. Since, Aiden cakap you tak berapa sihat, tak akan lah I nak pentingkan diri still nak jemput you?'' Jane merungut di talian bila aku membentaknya. Jadi, Aiden sudah menghubungi Jane menjelaskan keadaanku. Aku mengeluh kesal bagaimana Aiden bijak memanfaatkan situasi.

''I rasa minggu ni I kena jadi bibik dekat penthouse Niel since I lost to him. Aiden never fall for me, and he look so serious when it come about you. He's really protective brother. You're so lucky.'' Ujar Jane sebelum dia mematikan talian. Sekarang di depan semua orang, Aiden bersikap seolah begitu menjaga diriku. Hakikatnya, dialah yang menghancurkan aku. Hatiku kembali sakit bila mengingatkannya. Tanpa berpaling, aku terus melangkah pergi. Aku benci berada di dekatnya dengan semua kepuraan.

''Lova! Hey!'' Aiden menjerit dan mengejarku. Lenganku diraihnya meskipun aku berusaha untuk menolaknya. ''Don't touch me!'' marahku dan dia menurut dalam keluhan. ''Lova please, jangan paksa aku untuk gunakan kekerasan. Aku tahu kau berhak benci aku tapi aku minta maaf.'' Dia cuba meminta kemaafku seperti sebelum ini. Aku mendengus kecil. ''If you really mean it then leave. Stay away from me because I hate you. I really hate you, Aiden!'' tegasku dengan linangan air mata yang sudah membasahi pipi. Setiap kali marah menguasi diri, aku gagal mengawal emosiku.

''That's it. I'm sorry'' Aiden menyeka air mataku dan menarikku ke dalam pelukkannya. ''I'm sorry cause I can't stay away from you.'' Tubuhku yang bergelut untuk melepaskan diri darinya terus berhenti kerana ucapannya. Dia tidak boleh menjauh dariku? Apa yang sedang dia rancangkan? Tidak cukupkah dengan segala penyiksaannya selama ini dan dia mahu meneruskannya lagi?

''Awak gila Aiden..'' hanya itu saja yang dapat aku fikirkan dengan situasi ini. Aiden melepaskan pelukkan dan meraih bahuku pula. Sebelah tangannya sedang menongkat daguku. Memaksaku memandangnya. Dia sedang senyum. Jadi, lelaki ini benar benar gila.

"Yes. Im crazy because I can't hold this anymore. I want you to be mine. I can make it right and that the crazy thing you ever heard. Tell me crazy now cause I fucking don't care."

Dia menciumku. Entah untuk ke berapa kalinya.

▪▪▪▪

DEALOVA Where stories live. Discover now