Bab 12

49 8 0
                                    

Myoui terus menguja ke hadapan sepantas kilat setelah Mina mengatakan perkara itu.

Pertarungan antara Myoui dan Mina berlaku pantas ibarat dua bayang hitam yang sedang bersabung kuasa.

Pokok yang berada di tengah-tengah hutan itu tumbang di sana sini. Myoui dan Mina masing-masing menguji kehebatan. Kuasa magis yang dipunyai mereka dikeluarkan habis-habisan tapi kekuatan mereka setara. Tiada siapa yang lebih hebat kerana mereka berdua sama-sama hebatnya.

Namun Myoui jatuh terjelepuk dihentam kuasa magis Mina. Mina mengambil kesempatan itu melontarkan kuasa magis mutlak yang telah diketahuinya ke arah Myoui.

"Percikan api biru!" Terus dilontarkan Mina kepada Myoui.

Myoui tidak sempat menghalang dek percikan api biru itu. Dia menjerit kesakitan. Mulutnya mengeluarkan banyak darah hitam pekat dan likat.

"Myoui!" Mina segera pergi mendekati Myoui. Dia tahu percikan api biru itu telah menawarkan racun yang telah evil lakukan kepada Myoui.

Setelah itu Myoui pun jatuh pengsan. Mina segera memangku Myoui, dia memejamkan matanya dan memulihkan tenaga Myoui.

Tidak lama kemudian, Myoui membuka mata kembali. Dia ternampak Mina memangkunya.

"Mina.." Myoui memanggilnya.

"Myoui.. Kau dah ingat aku?"

Myoui mengangguk dan tersenyum.

Mina berasa gembira akhirnya Myoui sudah mengingati dirinya kembali. Wajahnya kembali seperti biasa. Masih seperti demon namun bukan demon yang berbahaya lagi. Taringnya sudah hilang.

"Mana kau dapat kuasa tu?" Tanya Myoui.

"Itu adalah kuasa magis mutlak milikku.." Kata Mina.

Muncul secara tiba-tiba percikan api merah di hadapan Myoui.

"Dan mungkin ini adalah kuasa magis mutlak milik kau Myoui.." Mina berkata lagi.

Myoui terpana. Dia segera bangun dari pangkuan Mina dan mengambil kuasa magis yang terapung di udara itu dan disebatikan dengan dirinya.

"Maksudnya sekarang kita sudah menjadi pengimbang kuasa?" Soal Myoui lagi.

"Iya.. Dan kita berdua akan hapuskan evil!!"

Mereka berdua saling memandang dan kembar bersaudara itu pun tekad untuk menumpaskan kuasa jahat yang setelah sekian lama mengganggu mereka itu.

Next:)

Beauty And The Demon'sWhere stories live. Discover now