GKMM | 22

9.1K 404 18
                                    

"Tapikan Aes, bila kau nak bagitahu abang kau?" Soal Mikayla yang sedang enak meletakkan kepalanya diatas katil aku. Habis satu katil dia conquer. Aku yang duduk diatas kerusi meja solek, mengeluh berat sambil menunduk.

"Entahla. Aku pun tak tahu."

Mikayla angguk. "Okay. Next question, bila kau nak bagitahu Ayden?"

Aku terus memanggung wajah. Wajah tertanya Mikayla dipandang dengan mata membulat. "Itu lagi aku tak tahu. Dia tu pun mafia. Aku mafia. Macam mana? Peratus kami ada musuh tu tinggi."

Mikayla angguk. "Okay. Nex---"

"Kau tak payah nak next question sangat la. Yang kau tu, apasal tak bagitahu yang kau dah couple dengan abang aku? Siap berbaby bagai."

Mikayla segera bangkit dan duduk di birai katil sambil kakinya dijuntai ke bawah. Matanya membulat besar.

"Kau tahu?!"

Aku tersenyum sinis. "Aku tahu segalanya. Everything. Takkan kau tak kenal aku?" Aku jongket kening tinggi.

Mikayla serta merta memandang aku takut-takut. "A--aes. A-aku minta maaf. A-abang ka---"

"Yang kau nak minta maaf bagai kenapa? Chill la. Aku okey. Lagipun aku happy kau dah jumpa kebahagian kau sendiri."

Tanpa aku sangka, tubir mata Mikayla mula berair. Tersebik dia memandang aku sebelum dia berlari mendapatkan aku. Tubuh aku dipeluk erat.

"Thank you Aes!"

Aku tersenyum. Tangan diangkat untuk membalas pelukan erat Mikayla. Beberapa saat, pelukan kembali dileraikan. Wajah sembap Mikayla dipandang.

"Apa kata kita keluar shopping sempena menyambut hari kebahagian kau? My treat."

Mikayla terlopong.

"Jom!"

•••••

Ayden diam duduk di atas kerusinya sambil tangannya ligat bermain dengan rubic cube. Wajahnya yang dingin membuatkan semua pekerjanya ketakutan.

"Bila kau dapat informasi ni?" Soal Ayden dingin. Jason salah seorang hacker di kumpulan Ayden, menapak beberapa langkah kedepan. Fail di tangannya diletak perlahan di atas meja.

Ayden kerling sekejap wajah takut Jason sebelum dia melarikan jarinya perlahan untuk menyelak. Saat matanya jatuh membaca setiap butir di helaian kertas tersebut, Ayden terus menyungging senyuman sinis.

"Unexpected." Ayden tergeleng sambil tertawa sinis.

Tertelan liur anak buah Ayden melihat tingkah laku Ayden tika itu. Itu tanda Ayden sedang dilanda kemarahan yang membara. Silap besar orang tu buat hal.

"Macam mana bos? Nak kami act biasa atau bos dah bersedia nak bersoal dengan dia?" Soal Jason memandang sekejap wajah Ayden. Ayden diam seraya menyandar badannya di belakang. Fail tadi ditutup sebelum dicampak kasar diatas meja.

"Kita act biasa. Aku nak tengok sejauh mana dia nak berahsia dengan kita." Jason dan beberapa anak buah lain yang turut berada di situ mengangguk. "Baik bos. Kami minta diri dulu." Ayden angguk lalu memejam matanya.

Sesaat bunyi pintu ditutup kedengaran. Ayden segera membuka matanya kembali. Fail tadi dijeling semula.

"Let's play then."

Telefon diatas meja dicapai kasar. Nombor Asher didail.

"Asher, prepare kereta. I got something to do."

Senyuman sinis perlahan terukir di bibir merah Ayden.

•••••

Dato' Ahmad yang sedari tadi sibuk membaca akhbar di meja luar sambil menikmati angin petang, mengerut kening melihat tingkah pelik isterinya. Sedari tadi lagi dia perhati. Serba tak kena.

Gadis Kepunyaan Mr.MafiaWhere stories live. Discover now