DUA

72 16 2
                                    

Taehyung POV

Akhirnya!

Kelas tambahan mathematics dah sampai ke hujungnya. Duduk atas kerusi pun boleh jadi memenatkan.

Sakit belakang aku dibuatnya.

Aku mula menyimpan alat tulis ke dalam pencil case sebelum disumbat ke dalam beg galas.

Belum sempat aku nak keluar kelas, Jimin mula memanggil aku.

"Taehyung ah, ada budak nak jumpa kau"

Budak? Nak jumpa aku?

Ni tak lain tak bukan mesti budak junior kelas bawah ni..

Aku dengan malas berjalan menghampiri gadis kecil yang menjadi pujaan ramai jejaka di sekolah ni.

Apa yang cantik pun aku tak tahu. Biasa je aku tengok..

"Wae?" soal aku dingin.

Bukan nak kurang ajar tapi..aku serabutlah.

Hari-hari aku nampak muka dia. Waktu rehat, kelab, sukan..setiap tempat aku pergi mesti akan terserempak jugak dengan budak ni.

Tengok masa sekarang ni.

Dah pukul 5 petang tapi dia masih ada di sekolah semata-mata nak tunggu aku? Heol..dia tak kesah ke dengan imej dia sebagai hoobae?

"Erm..sunbaenim, igeo"

Aku hanya memandang kosong akan hulurannya. Again? This damn letter and cupcake?

Dalam diam, aku mengeluh. Disebabkan aku nak balik dan malas nak hadap yeoja ni lama-lama, aku menerima hulurannya tanpa sebarang reaksi.

"Eoh, gomawo.."

Begitu sahaja, aku berjalan melepasinya bersama Jimin di samping.

"Annyeong, Park Chorong" sapa Jimin sebelum mengikuti langkah aku.

Belum sempat Jimin nak bersuara, aku terus menghulurkan cupcake yang aku dapat tadi kepadanya.

"Wah..lagi sekali? Kau tak nak makan ke, Taehyung? Cubalah..sedap apa dia buat.. Boleh gemuk aku kalau hari-hari kau bagi aku makan cupcake ni. Lagipun penat dia buat untuk kau"

Aku hanya menjeling.

"Kau nak ke taknak? Kalau kau taknak, aku nak buang."

Kotak yang berisi cupcake aku hulur ke tong sampah bersama surat yang diselitkan sekali.

"Eh,eh! Jangan buang. Membazir lah kau ni. Fine, aku makan"

Surat berwarna biru muda tersebut aku buang ke tong sampah manakala kotak cupcake aku beri pada Jimin.

Kami berjalan beriringan untuk pulang ke rumah memandangkan Jimin dan aku tinggal sebumbung.

"Er, Taehyung..aku nak tanya boleh?"

Aku memandang Jimin sekilas sebelum menjawab,

"Kalau aku cakap tak boleh, kau tetap akan tanya. Apa dia?"

"Kenapa kau selalu buang surat yang budak tu bagi dekat kau sedangkan kau tak pernah baca pun apa yang dia tulis?"

"Sebab aku tak suka dia."

Jimin berdecit setelah mendengar jawapan aku.

Apa? Betul lah, aku tak suka dia

"Kau ni pelik lah. Chorong tu one of the prettiest yeoja dekat sekolah kita, tau. Kalau aku yang dia suka, hidup aku dah complete."

"Cantik tak bawak mati"

Jimin terdiam mendengar balasan aku. Haa, pandai pun diam.

Serabutlah aku dengar nama yeoja tu. Macam tak ada topik lain yang nak dibualkan.

"Tae"

"Apa lagi?"

"Kau ni sebenarnya still tak boleh lupakan Jisoo, kan? Sebab tu kau layan Chorong macam tu"

Dengar je nama Jisoo disebut, aku hanya diam tak membalas. Pintu rumah aku buka lalu masuk ke dalam, meninggalkan Jimin di luar.

Kim Jisoo...kau penyebab aku takut untuk bercinta.

TBC

Sunbae I Like You! Where stories live. Discover now