[S1] Adakah Ini Pengakhiran Hidupku? 🌙

375 81 64
                                    


Sila kecam Alina di sini 👉 :

Kata-kata makian anda amat dihargai oleh Fatihah. Uyeyeyey


++++++

Sekarang jam sudah menunjukkan 5.25 petang. Tiada siapa pun yang pulang ke rumah. Baik Fatihah, Seungkwan atau Nazmi.

Dan perkara ini sangat merunsingkan minda Makcik Suhaidah.

" Abang...kalaulah saya tak suruh Fatihah keluar pergi kedai, mesti tak akan jadi macam ni... " dia meluahkan kekesalannya kepada Pakcik Iman yang cuba sedaya-upaya untuk memujuk isterinya supaya bertenang.

" Sabar awaknya, awak tak boleh macam ni. Kan mereka berdua dah keluar untuk cari Fatihah? InsyaAllah, mesti jumpa punya. Kita hanya perlu berdoa je. " pujuk Pakcik Iman.

" Kalaulah ada benda buruk jadi kat Fatihah, sumpah saya sanggup potong jari ni! " kata Makcik Suhaidah sambil menunjukkan jari telunjuk tangan kirinya.

" Astagfirullah Su, jangan macam ni. Awak kena sabar. Sabar itu kan separuh dari iman...eh tersebut nama sendiri pulak. " kata Pakcik Iman, cuba menghiburkan isterinya.

Makcik Suhaidah tersenyum kecil. Dia bersuara kembali,

" Kalau dah lepas waktu berbuka dan diaorang masih tak balik, saya nak pinjam kereta Makcik Kiah rumah sebelah tu. Biar saya cari sekali. "

" Iyalah awaknya. "

++++++

" Jadi kenapa kau suruh aku berhenti kat sini? " soal Seungkwan.

" Takde apa pun kat sini. Cuma bila kau tak memandu, senang sikit aku nak cakap. Aku pandang muka kau, kau pandang muka aku. Ha gitu. " terang Nazmi.

Mereka berdua keluar dari kereta dan duduk di bangku yang ada di luar gerai makan itu.

" Lah itu je? Apa yang kau nak bagitahu tu? "

" Okay macam ni. Dulu Fatihah ada berkawan dengan seorang perempuan Melayu ni masa dia belajar di kolej dulu. Dan lepas tu Fatihah putus kawan dengan perempuan tu. Tak silap aku nama dia Alien- eh salah Alina. " terang Nazmi dengan panjang lebarnya.

" Kenapa dia putus kawan dengan si Alina tu? Ada something wrong berlaku ke? " soal Seungkwan lagi.

" Fatihah ada cerita kat aku, si Alina ni pun minat group yang kau jadi member tu. "

" You mean Seventeen? " peh speaking siot si Seungkwan ni.

" Ha ye ye Seventeen! Tapi Fatihah tak suka dia sebab dia bukan jadi peminat biasa, dia jadi apa tu...sesang? sasang? Apetah. Aku mana tahu sangat perkataan Korea ni. " kata-kata Nazmi itu mampu membuatkan Seungkwan ternganga besar.

" Bukan sesang, bukan sasang. Tapi sasaeng bro! SASAENG FAN!!! " jerit Seungkwan.

" Apa tu? "

" Peminat yang terlalu obses dengan idol. Kawan aku pernah kena. Dia sampai letak papan tanda stop kat tengah jalan sebab nak bagi sasaeng fans tu berhenti ikut dia! " terang Seungkwan.

Nazmi pun terdiam. Memikirkan sesuatu.

" Jadi...Alina culik adik aku sebab dia bitter artis kesayangan dia kahwin? " soal Nazmi.

" TEPAT SEKALI BRO! "

" Masalahnya dia kat mana? Kita ni bukannya polis boleh trace location dia. " soal Nazmi lagi.

" Aku tak berapa tahu tempat ni...tapi setahu aku kat sebelah kedai baju tu ada gudang lama. " kata Seungkwan sambil jarinya mengetuk perlahan bangku yang diduduki.

" Kedai baju mana Seungkwan oi, kat sini berlambak kedai baju. "

" Ala, yang kedai besar warna purple tu. Tak silap nama kedai tu namanya, Hari-Hari Beli Baju Baru. "

" OH KEDAI TU! OK JOM GERAK, KALI NI KERETA AKU YANG BAWAK. " kata Nazmi dengan teruja.

" Tiba-tiba aku lupa hari ni aku puasa. Kelam-kabut sangat. " kata Seungkwan perlahan.


++++++

Aku mula cuak apabila Alina mula bermain-main dengan pisau yang tajam itu.

Janganlah bunuh aku setan, aku belum merasa nak timang cahaya mata tahu tak hshshshshs.

Dahlah sekarang tengah puasa, perut aku dah berbunyi hebat ni.

" Fatihah, Fatihah...punyalah ramai lelaki kat Malaysia ni, kenapa yang kat Korea itu juga yang kau pilih. Tak sedar diri langsung. "

" EH SUKA HATI AKULAH NAK KAHWIN DENGAN SIAPA PUN, KAU SIAPA SIAL?! MAK BAPAK AKU KE?! " jerit aku dengan lantang.

Tak pepasal aku dah tercarut.

Maafkan aku Ya Allah.

" DIAM FATIHAH. APA HAK KAU NAK TINGGIKAN SUARA KAT AKU?! "

Eh engko ingat kau tu mak aku ke sia.

Lantaklah aku nak tinggikan suara ke apa.

Wahai Mei Yi, tolonglah hempuk member kau ni. Penat dah aku layan kebodohan dia.

" HABIS TU, KAU TINGGIKAN SUARA KAT AKU BOLEH PULAK? "

" ARRRGHHHH KAU DIAM FATIHAH, KAU DIAM!!! KAU TAK LAYAK KAHWIN DENGAN ARTIS! KAU TAK LAYAK!!!! " dia pun berlari ke arah aku dengan mengacukan pisau tadi.

Aku menutup mata dengan rapat.

Macam ni ke pengakhiran hidup aku?








































Aku membuka mata kembali.

Eh? Kenapa tak jadi apa-apa?

Aku masih hidup...

Dan benda paling mengejutkan ialah, Alina telah jatuh terjelepuk dan kepalanya berdarah dengan banyak.

Pisau yang dipegangnya juga tercampak jauh.

Kenapa...?

Aku melihat ke arah lain.

Ahh...

Mei Yi sedang memegang sebatang kayu besar yang sudah dibasahi darah di penghujungnya.

Dia tercungap-cungap, matanya juga terbeliak.

" I'm sorry Alina. Kau dah terlalu melampau..its too much Alina, too much... "




++++++

Yey Alina dah tumbang!

*gelek*

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now