Prolog

9.4K 441 192
                                    

Tahun 2027, Malaysia.

"Lari!! Lari!!"

"Eisk eisk...kami dah takde tempat tinggal selepas..."

"Bunuh diorang semua!!"

"Selamatkan diri!!"

"Ayah! Mak!!"

Berita terkini! Peperangan yang berlaku di negara...

Zttt!!

Televisyen dimatikan lalu dia duduk di atas sofa bersama keluhan berat yang sengaja dikeluarkan. Apa yang dilihat oleh Tasya, benar-benar sudah berlaku. Dunia menjadi teruk! Perang merata tempat dan apa yang paling mengecewakan adalah kematian meningkat sebanyak 100 lebih manusia setiap hari.

Ekonomi negara meleset, sosial hura-hara serta politik menjadi kucar-kacir. Ramai ahli politik yang telah dikawal oleh bonda. Siapa bonda?

Bonda ialah makhluk YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Sehingga sekarang tiada siapa melihat gerangan makhluk tersebut. Para penjaga sendiri tak pernah terserempak.

Sungguh bijak makhluk tersebut melalukan tugasnya. Sudah ramai  pengikutnya membunuh manusia.

"Tuan Tzar Xender..." panggil seseorang.

Ya, itulah gelaran Tengku Fazril sekarang. Tzar merupakan gelaran 'raja' yang telah ditukar. Tiada lagi perdana menteri di negara ini kerana habis dipengaruhi oleh pihak DIA.

Tengku Fazril telah menjadi ketua negara memandangkan dia telah menewaskan ramai orang yang turut berniat ingin mengawal negara ini.

Tambahan pula, seorang raja haruslah mempunyai pelbagai kemahiran bukan sahaja dari segi fizikal, namun akal. Dengan mempunyai angkatan mafia serta pertolongan daripada yakuza Jepun terkuat iaitu Tazaki Genji, untuk jadi Tzar bukanlah sukar sangat dicapai.

Memandangkan Tazaki Genji terlebih dahulu mengambil langkah bijak dengan menjadi Tzar di Jepun maka, lelaki itu juga turut berpendapat bahawa Malaysia layak diambik alih oleh Tengku Fazril.

"Ada apa, Shawn?" soal Tzar Xender pada pembantu peribadinya.

Jangan fikir lain eh. Shawn lelaki. Kang kalau lantik perempuan, mahu satu dunia ni Putri Risha mengamuk.

Cakap pasal Putri Risha, berkecamuk hati Tzar Xender. Hampir setahun mereka tidak bersua.  Sejak kematian Dato Fikri sekeluarga, Putri Risha langsung tak nak balik rumah. Teruk juga kemurungan yang dihadapi oleh perempuan itu.

Sampai sekarang tak nak bercakap dengan sesiapa. Maisara pun tak ketinggalan sama diabaikan. Risau andai Maisara mendekati kawasan keberadaan Putri Risha, DIA menyerang perempuan itu pula tanpa pengetahuan semua orang.

Hanya Alice yang rajin mengintip Putri Risha. Itupun sebab masih teguh memegang arahan terakhir Mia Aurora tuntuk menjaga Putri Risha.

"Kawasan pedalaman utara telah diserang oleh beberapa pengikut DIA. Banyak rumah yang dah terbakar. Mereka perlukan tuan sekarang," lapor Shawn, amanah.

Lelaki yang berkaca mata itu menundukkan kepalanya lalu mengangkat semula. Bila Tzar Xender berdiri mengayunkan langkah, Shawn turut membontoti langkah ketua negara itu.

"Eryn, kau kat mana sekarang?" soal Tengku Fazril melalui alat pendengaran di telinga.

"Tengah urus hal kat belah Selatan. Maisara baru bagitau aku ada kes kebakaran kat sini," kata Black Eryn.

Tengku Fazril meraup kasar wajahnya. Dia masuk ke dalam perut kereta lalu sang pemandu membawanya ke tempat yang ingin dituju.

"Berapa ramai orang meninggal?"

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now