[S1] She's Safe! 🌙

338 83 54
                                    

Sebenarnya cite ni dah nak habis ><

Rawr.

++++++

" Nazmi, boleh rilek tak? Janganlah laju sangat hshshshshs kau nak mati ke woi " aku menegurnya apabila dia membawa kereta dengan terlalu laju.

130 km/j. Kau rasa?

Nampak kat polis, memang disaman jawabnya hurm.

" Macam mana aku nak rilek kalau adik aku kena culik? Alah kau pun gelabah kan, tak payahlah nak acah rilek grrr "

Tak dinafikan aku pun gelabah sebenarnya.

Tambahan pula, perut aku dah mula menyanyi huhu.

++++++

Aku masih terkedu hingga terkentut.

Aku ingatkan aku yang akan dilumuri darah, rupanya si Alien ni yang kena pukul dengan kawan sendiri.

Rasain lo anjir.

" M-Mei Yi? You ok tak tu? " aku menyoalnya.

Tangannya masih memegang erat kayu tadi.

Dan selepas itu, dia mencampakkan kayu itu ke tepi.

" I ok je. Memang patut pun dia kena macam ni... "

" Huhu lantaklah, mana tahu lepas ni dia insaf ke? Anyways, boleh bukakan ikatan kat badan I ni? Rimas weh rimas. " kataku sambil merungut.

Berjam aku kena ikat. Lepas tu belakang aku tiba-tiba gatal. Tangan aku berikat, macam mana aku nak garu woi? ;-;

" Ahh, sorry, sorry! Kejap eh. " Mei Yi mengambil pisau yang digunakan oleh Alina tadi untuk membuka tali yang mengikat badan aku.

AKU BEBASSSS

" Thanks. Tapi Alina ni macam mana? Nak biar dia mereput kat sini? " soalku sambil melihat Alina yang sudah lama tertiarap di hadapanku.

" Nanti pandai-pandailah I kasi settle. You pergilah balik, lagipun dah nak berbuka kan? " dia membuka dompetnya dan menyerahkan sekeping not RM50 kepadaku.

" Eh kenapa bagi I duit? " aku terpinga-pinga apabila dia memberi duit tersebut.

" Sohai la you, tadi kan you pergi kedai jalan kaki. Lepas tu Alina bawak you jauh dari kedai yang sepatutnya you masuk tadi. Takkan you nak balik rumah jalan kaki? Jauh kan. Lagipun you kan puasa, mesti penat. " terangnya panjang lebar.

Dia panggil aku sohai weh ;-;

( Sohai means bodoh in mandarin )

" Eh tak apalah Mei Yi, I ada duit sendiri... "

" Ambik jelah, Tihah. Anggap duit ni sebagai tanda minta maaf. Please? "

Aku termenung kejap.

Perlu ke aku ambik?

Sedang aku berfikir tu, tiba-tiba pintu gudang ini ditendang dengan kuat.

" NEENOO NEENOO NEENOO ANGKAT KAKI ANDA- I MEAN ANGKAT TANGAN ANDA!! ANDA SUDAH DIBERKAS!!! "

" DIVA BOO COME TO RESCUE SAYANGGG "

Aku pandang Mei Yi,
Mei Yi pandang aku.

Rupa-rupanya abang aku dan Seungkwan yang tendang pintu gudang tadi tu.

Kuat betul diaorang tendang, terbelah dua pintu tu.

Apalah, hero datang lambat.

++++++

" Ohhh gitu rupanya... " kata Nazmi dan Seungkwan setelah aku menerangkan segala benda yang terjadi tadi.

" Cop cop, habis minah alien ni nak campak mana? Liang lahad? " soal Nazmi.

" Nanti I bawak dia pergi hospital, jangan risau~ " kata Mei Yi sambil wink ke arah Nazmi.

Maka, sha lalalalalala~

Abang aku dah menggelibas macam sotong.

Uit bang, awak tu ada girlfriend. Jangan menggelibas sangat.

" Awak. " Seungkwan memanggilku.

" Iya my baby boo? "

Tiba-tiba je dia peluk aku sambil menangis dengan penuh emosi.

Ei ei apa ni, malu nyah.

" HUWAAAA NASIB BAIK AWAK SELAMAT TAU, KALAU TAK MEMANG SAYA FRUST SEUMUR HIDUP HIKSS "

" Rileklah, kan saya selamat je ni... "

++++++

Kami bertiga pun bergerak keluar dari gudang tersebut setelah berbye bye dengan Mei Yi selama 3 minit. Si Alina tu pandai-pandailah dia selesaikan nanti.

Masalahnya abang aku yang melebih kat situ. Aku report kat girlfriend dia, baru tahu.

" Akhirnya selesai masalah. Risau bodo kami cari kau tak jumpa-jumpa. " kata Nazmi.

Elelele risau kat aku rupanya.

Aku melihat pada jam,

" Bang, sekarang dah 6.50, lagi berapa minit je nak berbuka. " kataku.

Seungkwan memandangku dengan pandangan, Ya-Allah-kenapa-awak-tegur?

" Kenapa? Tak boleh tegur ke? "

" Apa?! Lagi berapa minit nak berbuka?! Takpe, takpe. Korang sabar jap, biar abe Nazmi ni drift sampai ke rumah. " dia pun menghidupkan enjin kereta dan...

...Ya Allah, dia punya laju tu macam kita kena serang zombi.

" NAZMI BAWAKLAH PERLAHAN SIKIT WOI, KEPALA OTAK KAULAH "

" HUWAAAAA SEUNGKWAN TAKNAK MATI LAGI, SEUNGKWAN TAK CUKUP AMALAN LAGI UNTUK BEKALAN HARI AKHIRAT HUWAAAAAA "


++++++

Aku tahu chapter ni hambar.
Huhu.

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now