🎋tujuh🎋

445 87 79
                                    

Terimalah chapter serabut toge ni muehehehe

🎋✨🎋✨🎋

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

𝑨𝒈𝒖𝒔𝒕 𝑫 𝑳𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈 🎋
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 07 (Finale)


"Phewit adik manis! Meh la beraya dengan kami ni." pelawa si remaja lelaki yang tak henti menepuk-nepuk ruang kosong di tempatnya duduk.

Gadis yang lengkap berbaju kebaya songket sekadar mengerling sekilas mereka bertiga sebelum menjeling tajam. Langkahnya juga dilajukan semasa melewati di situ, tidak ada masa melayani jejaka Malaya yang melepak di pangkin itu.

"Uish sombongnya, jual mahal."

"Memang patut pun dia jual mahal, tengok diri kau tu. Harap muka je handsome, tapi bertongkat, berbalut bagai." cemuh si Jimin, sengaja buatkan  wajah Jungkook berubah kepada mencuka.

"Elek, dia pun sama berbalut. Tak sedar kendiri betul." selar Jungkook dengan nada tidak berpuas hati.

"Sudah-sudahlah. Aduh dengar korang bergaduh ni buat muka aku rasa makin gatal pulak." tergaru-garu Namjoon akibat memegang buluh lemang yang tidak dibuang miangnya.

Disaat leka menggaru, terlintas di fikirannya memikirkan peristiwa lalu yang pahit bak hempedu.


──────⊹⊱✫⊰⊹──────

"Hehe Taehyung, peace y'all!"

Taehyung tidak membalas sapaan kekok Namjoon, tapi tangan beruratnya terlebih dahulu menyinggah ke cuping telinga si adik sepupu.

"Aduh aduh! Sakitlah Tae!"

"Ouh~ patutlah batang hidung kau tak nampak langsung dalam surau tadi, melencong ke sini rupanya." mengetap gigi Taehyung melampiaskan kegeramannya.

Sementara itu, Agust D dan Hoseok pula melirik persekitaran tanah lapang yang dihiasi pelita buluh bersama renungan maut.

"Hai, banyak sungguh buluh korang buat pelita ni, dapat dari mana agaknya ye?" tersentak Jimin dan Jungkook tatkala resah memandang Agust D yang bercekak pinggang.

"Itulah kan? Banyak sangat ni, macam boleh bawak berniaga je." tokok Hoseok, cukup sinis kedengarannya.

"Kalaulah betullah ini semua memang batang-batang buluh kita tebang, aku doakan miang buluh melekat dekat si pencuri, sampaikan dorang tak larat nak garu." ujar Agust sekadar mengusik, namun di halwa telinga mereka kedengaran mengugut.

【✔️】𝑨𝒈𝒖𝒔𝒕 𝑫 𝑳𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈 • 𝓜𝓲𝓷 𝓨𝓸𝓸𝓷𝓰𝓲Where stories live. Discover now