• 14 •

128 12 2
                                    

"Hari ini dia dah boleh discharge. Jaga kesihatan. Kandungan juga jaga. "Jungkook dan Youngna menganggukkan kepala.

"Eh? Kandungan? Aku mengandung ke? "Jungkook tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. "Asal aku tak tahu? Bila kita buat anak? "

"Erk, bulan lepas? Lagi pun, kandungan Noona dah sebulan. "Jungkook terus memeluk erat tubuh Youngna.

"Weh, jadi papa muda lah kau! "Youngna terus membalas pelukkan Jungkook. "Lepas baby lahir, kita kahwin. Takut manusia yang tembak aku tu masih hidup. "Jungkook hanya diam. Kalaulah Youngna tahu yang Wonwoo tembak dia.

******

Hoseok memandang Jungkook yang baru sahaja keluar dari tandas hospital. Setelah memastikan tiada orang lalu lalang di tandas, Hoseok terus mengambil penyapu ditepi pintu tandas dan terus memukul belakang kepala Jungkook.

"Mana Jungkook ni? "Enjin kereta dipasang tatkala terasa panas. Sesekali Youngna melihat ke luar namun kelibat Jungkook masih tidak kelihatan.

Ting!

Telefonnya diambil. Lega sedikit hatinya tatkala melihat chat dari Jungkook.

Jungkook si rabit jadian

Noona baliklah dulu, kook ada hal.
                                         12:30 pm

Youngna terus memandu keluar dari kawasan hospital tanpa curiga.

Hoseok hanya ketawa sinis melihat kenderaan Youngna keluar dari kawasan Hospital. "Matilah kau malam ni. "Hoseok melihat ke arah Jungkook yang masih lagi tidak sedarkan diri.

******

"Bangun lah weh, selesa sangat ke kerusi tu sampai sekarang kau masih tak sedar? "Kaki kerusi ditendang dengan kasar menyebabkan Jungkook membuka matanya.

"Aku ingat dah mati. "Hoseok menarik satu lagi kerusi dan duduk berhadapan dengan Jungkook. "Aku benci tengok kau bahagia. "Pisau diatas meja diambilnya.

"Kau tahu kenapa? "Jungkook hanya menundukkan kepala. Takut untuk memandang Hoseok. Dari kecil sampai besar tak pernah dia bayangkan yang dia akan di colek oleh mafia sepertimana situasi yang sedang dihadapinya sekarang.

"Pandang aku bodoh! Kau nak aku cungkil mata kau? "Pisau diacu tepat ke mata kanan Jungkook. Air mata mengalir di tubir mata Jungkook menyebabkan Hoseok ketawa sinis.

"Tengoklah betapa lemahnya kau. Macam mana nak lindungi Lee Youngna? "Pisau tadi sengaja di tampar ke muka Jungkook.

Pak!

Hoseok mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Dengan perlahan dia bangun dari kerusi dan keluar dari bilik.

Jungkook menghela nafas lega. "Kook! "Jungkook menoleh ke arah tingkap. Membulat matanya melihat Taehyung di situ.

Dengan berhati-hati Taehyung masuk ke dalam. "Jangan risau, kau selamat. "Namun malang bagi Taehyung tatkala dia terpijak tin beer di lantai. Seperti sinetron ya.

"Belum sempat kuda tu masuk baik aku buka ikatan kau! "Taehyung terus berlari ke arah Jungkook. Tangannya ligat membuka ikatan tangan Jungkook.

Setelah selesai, mereka terus berlari keluar. "Argh! "Taehyung terus jatuh tatkala kakinya dicengkam oleh sesuatu yang amat tajam.

Jungkook memandang ke arah kaki Taehyung. Membulat matanya tatkala melihat kaki Taehyung terkena perangkap haiwan.

"Lari Jungkook! "Taehyung menolak Jungkook agar lari meninggalkannya. "Tinggal je lah aku! Aku dah call polis tadi! "Dengan perlahan-lahan Jungkook berundur. "Hyung. "Tidak sanggup dia meninggalkan Taehyung. Lelaki itu sudah banyak membantunya.

"Hebatnya sinetron korang. "Hoseok terus memotong kaki Taehyung yang terkena perangkap tadi.

"ARGH! TAK GUNA KAU HOSEOK! "Tersekat-sekat nafasnya tatkala rasa sakit menyerangnya.

Jungkook terus berlari laju meninggalkan tempat tersebut. Setelah jauh, Jungkook berhenti. Air matanya dikesat dengan hujung baju. Berlari sambil menangis membuatkan tenaga Jungkook semakin berkurang.

Bang!

Jungkook menoleh ke belakang. "Hyung. "Bunyi senapang yang kuat itu menambahkan lagi rasa takut dan risau.

Tanpa membuang masa Jungkook meneruskan perlariannya. Semakin lega dia tatkala melihat jalan raya.

Tanpa melihat kiri kanan, Jungkook terus keluar dari hutan. Namun malang baginya tatkala dia dilanggar kereta.

Belum sempat Jungkook melihat wajah pemandu kereta tersebut, dia terus tidak sedarkan diri.

******

Jungkook membuka matanya tatkala terdengar bunyi esakan di tepinya. Semakin jelas penglihatannya setelah menyentuh tangan Youngna.

"Ma-mana Taehyung hyung? "Youngna kembali menangis setelah mendengar pertanyaan Jungkook.

Jungkook melihat ke arah anak-anak buah Youngna. Seakan-akan faham dengan apa difikirkan Jungkook, Baekhyun terus menjawab.

"Taehyung dah tak da. "Membulat mata Jungkook mendengar jawapan Baekhyun. Tak, dia yakin, Taehyung hidup. Dia sedar yang lelaki itu membawa pistol semasa menyelamatkannya.

"Hoseok, dah ditangkap. "








⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩

(✔) My Hero |  •JJK•Where stories live. Discover now