hari pertama

11 2 2
                                    

24 Disember 2019

Kitorang bereenam duduk dalam kereta on the way nak pergi jeti kuala kedah.mak n pak sedara aku lead jalan.aku layan lagu kat joox.adik ngan kakak aku tengah berbual pasal BTS.adik lelaki aku pon tengah layan lagu gak.

Mak aku bukak fon dia.saja nak check tempahan hotel yang dia dah buat walaupun dia dah yakin dia siap belaka dah bayar apa semua.tiba tiba muka mak aku stress.kitorang tanya lah 'kenapa umi?!' mak aku tak jawab.dia terus dengan stress.

"Kak,ni macam mana ni? Bakpe ye kata gini nih? Mende maksud ye?" Mak aku tanya kakak aku sambil suakan tepon tu kat kak.

"Aduih umi! Dokkanlah ye sanggup wak gini ke kita? Kita tempoh doh awal2." Kata Kak.

Mak aku dah tak tentu hala dah.aku serabut doh dengan situasi dalam kereta masa tu.malas masuk campur aku diam je.biar yang professional je handle.

Ada ke patut pihak pengurus hotel tu batalkan tempahan bilik untuk keluarga aku last minit. Aii berdeghau darah aku. Dahlah kitorang on the way dah ni. Gila ke hapo nak pusing balik Terengganu. Dah sampai Kedah dah ni.

Kakak aku try cari hotel lain yang masih available kat Google. Tak jumpa. Buntu jugak kitorang. Dalam kebuntuan tu,kami teruskan je perjalanan ke jeti.

20 minit sebelum sampai jeti,ada sebuah motorsikal ni ikut rapat je kereta kami. Rupa rupanya dia kerja cari pelanggan untuk salah satu ejen pelancongan kat jeti kuala kedah tu.

Mula mula tu kitorang tak nak layan. Tapi dah masing masing penat fikir hotel mana yang patut kitorang duduk,ikutkan sajalah dia. Dia bawak kami ke booth ejen pelancongan tu.

Ejen tu tawarkan kami pakej pelancongan siap sekali dengan tempat penginapan dan kereta sewa.

"Kondo istana" aku baca nama tempat yg kitorang akan menginap kat brochure tu.

Murah. Banyak bilik. Tak moden sangat tapi okay lah. Ada kolam.

Kitorang pon naiklah feri. Sampai kat Pulau Langkawi, ayah pergi ambik kereta sewa.

Kami pon menuju ke Kondo Istana. Sampai sampai je kat sana,kami pandang sekeliling laman kondo tu. Banyak lalang. Pagar berkarat. Lari dari expectation kami.

Keluar dari kereta,ada seorang perempuan berkulit gelap tenung kami dari tangga pintu masuk kondo. Oh! Pekerja kondo rupanya.

Kami langkah kaki masuk ke bahagian paling bawah kondo.

"Takdok receptionist ke? Adik perempuan aku tanya.

"Sebab ni kondo kot." Aku jawab.

Aku paling tepi tengok kolam kondo. Takde orang mandi. Lantai kat sekeliling kering je. Tak boleh guna ke?

Kitorang naik lif. Pekerja kondo tadi masih lead jalan kami ke bilik.

'ROOM 105'

sampai dah. Pekerja tadi bagi kunci kat kami dan dia turun.

Masuk je dalam tu, semua bising sebab bau macam rumah lama.

"Eee busuknya bau bilik ni."  Komen adik lelaki aku.

"Busuk bango!" Tambah adik perempuan aku.

"Tahu!" Kakak aku menyokong.

Aku pulak takdelah terbau busuk tu. Cuma bau macam rumah lama. Tapi aku tak luahkan dengan kata kata. Just dalam hati.

'eh! Bukan ke tak baik cakap busuk ke wangi ke kalau tiba tiba terbau sesuatu. Aku try cakap benda tu dekat diorang, diorang dengar tapi tak ambik serius.

Bilik tu ada tiga bilik. Bilik depan adik lelaki aku ambik. Bilik tengah parents aku ambik. Bilik master bedroom kitorang perempuan tiga orang ambik. Hihihi bukan derhaka okay, cuma kitorang kan perempuan,master bedroom tu je ada bilik air.

Waktu tu dah asar. Lepas solat, kitorang layankan umi pergi beli pinggan mangkuk. Lepastu kitorang pergi makan dekat warung tepi HIG tu.

Ayah drive masuk ke perkarangan kondo. Cari tmpt parking. Ada satu garaj. Ayah decide nak parking situ. Tempat parking yg kitorang letak kereta tu bertulis A100. Tepi A100 ada tempat parking kereta A101 yang menempatkan kereta alphard hitam.

Lepastu kitorang balik ke bilik 105 dimana bilik kami di kondo. Semua orang letih. Kitorang lepak kat ruang tamu sambil tengok tv.

Kakak aku tertinggal fon dia kat dalam kereta. Aku tahu dah dia nak ajak sorang untuk teman dia. Aku khusyukkan diri tengok tv. Lagipun aku tak berani gelap gelap ni. Last last dia ajak adik lelaki aku.

Aku putuskan untuk mandi. Aku masuk dalam bilik aku dan mandi.

"Krekk krekkk .. " pintu bilik terbukak.

"Doom !! " Pintu bilik tertutup.

Aku bukak pintu bilik mandi sikit.

"Ya dik.. nok nape." Kata aku.

Tak ada orang pon. Aku sambung mandi.

Sementara itu di ruang tamu. Ayah, ibu dan adik perempuan aku tengah tengok tv. Kakak dan adik lelaki aku tak naik lagi dari ambil fon tertinggal kat dalam kereta.

Pintu besi yang petak petak sebelum bukak pintu betul tu  (aku tak tahu nak explain macam mana) ditarik dari luar.

"Kak ngan Pi balik doh tu"kata ayah aku.

Diorang bertiga berpaling ke arah pintu bilik kondo kami. Tunggu adik lelaki dan kakak aku muncul.

Dua tiga saat tunggu mereka tak muncul muncul lagi. Tapi bunyi pintu petak petak tu masih ada.

Ayah aku bangun,pergi kat pintu bilik kondo dan tolong bukakkan untuk diorang. Bukak je pintu takde org. Ayah aku lepaskan tombol pintu. Biar pintu tu terbuka. Ayah masik lagi berdiri kat depan pintu bilik kondo tu.

"DOOM!!" Pintu tu tertutup.

"Krekkkk..." Pintu tu terbukak.

Tiba tiba..

"DOOM!! " lagi sekali pintu tu tertutup dengan sendiri depan depan muka ayah aku.

Mak aku bangun dari sofa pergi ke pintu tu.

"Pintu ni ada magnetic lock ke macam mana ni?" Tebak mak aku sambil tinjau tinjau pintu tu.

Masa tu aircond tak bukak. Tingkap beranda tutup. Terfikir jugak teknologi apa yang pihak kondo ni guna dekat pintu ni sampai automatik macam tu.

Dua tiga minit lepastu, adik lelaki dan kakak aku naik.

Bagasi masih bersepah dekat ruang tamu. Adik lelaki aku angkut bagasi bagasi tu  ke bilik masing2 kecuali satu bagasi parents.

Tiba tiba mak aku bising.

"Mana bagasi umi? " Cemas dia.

"Kat ruang tamu tu. Pi dok wak masuk lagi dalam bilik umi" kata adik lelaki aku.

"Takdok pon" umi kata.

Adik perempuan aku bangun,cari dalam setiap bilik.

"Doh ni nape?" Kata adik perempuan aku sambil tunjuk beg mak aku kat dalam bilik Pi.

"Doh sape letok sini?". Tanya mak aku.

Aku, adik lelaki, adik perempuan ,ayah semua geleng kepala.

Lepas semua orang mandi,kitorang tidur.


kondo istanaWhere stories live. Discover now