15 ; Prob

540 32 3
                                    

Degupan jantung yang kencang aku endahkan . Nafas mula tidak terkawal dek kerana aku berlari bersungguh-sungguh tanpa berhenti . Sudah macam larian marathon pun ada .

"Aku rasa kita dah hilang jejak manusia tu . " Aku toleh pandang James yang turut kelihatan penat .

"Baguslah tu wei . Dahlah jom pergi sekarang sebelum dia tahu lokasi kita lagi ." Baru sahaja aku ingin mengajak James untuk pergi bunyi telefon James tiba-tiba berbunyi dengan kuat .

"Incoming call.." Aku mengumam sendirian apabila terbaca apa yang tertulis  ditelefon pintar milik James .

"James korang dekat mana ? Kenapa lama sangat . Lynne dah mengantuk ni ." Suara Zack terdengar jelas di corong telefon pintar itu .

"Ehh kau jangan nak tuduh aku ! Kau yang mengantuk cakap aku pula . "Suara Lynne sayup-sayup kedengaran . Alahai mereka ni gaduh je kerja .

"Yelah . Aku gurau je . "

"Kitorang sedikit lagi nak sampai ." James cuba memberi alasan .

Aku rasa dia malas nak bagitahu Zack dengan Lynne tentang hal ada seseorang yang tidak dikenali ikut kami dua . Takut gelabah pulak manusia berdua dekat tandas tu .

"Kau ni nasib baik tandas ni wangi kalau busuk tadi dah mereput kami dua dalam ni . "Zack merungut tidak puas hati .

"Maaf tak sengaja . " James menjawab acuh tak acuh .

"Takpelah alang-alang kau lambat sekarang tolong singgah pergi beli handyplus ."

"Kenapa pulak ? Ada yang luka ke ?" Aku tanpa ragu-ragu terus berjalan ke arah James . Aku rapatkan diri ke arah telefon yang berada ditelinganya .

"Lynne tadi tergelincir lepastu dia pegang singki untuk tahan diri dia daripada jatuh . Tak sangka pulak dia tiba-tiba luka . "

"Ish kau ni aku cakap aku dah ok , kan ?  Kenapa tak nak dengar ? "

"Kau senyap sekarang . Nanti sakit , aku jugak yang susah . "

"Kenapa kau yang susah ? Akulah yang patutnya susah ."

Alahai mereka ni dah macam pasangan suami isteri tua . Asyik gaduh je aku rasa nak hempuk mereka .

"Emm..Cella" Aku toleh pandang James . Aku kemudiannya berundur ke belakang .

"Maaf aku tak sedar pulak jarak kita dekat sangat . " Aku tersengih malu .

"Ehem jomlah kita pergi . Bye Zack . "

"Kejap aku belum habis merungut . "

James terus menutup panggilan tersebut . Dia kemudiannya berjalan dahulu tanpa menunggu aku .

"James tunggulah ! "

"Kau malu ke ?" Aku menjerit sedikit kuat  sambil cuba mengejar langkah miliknya .

"Cepat jalan atau aku tinggalkan kau ."

---

Adam🙈

Nak keluar tak ?

Hujung minggu dekat arcade ?

Ehh tak pernah nak ajak aku keluar . Tiba-tiba pulak ni dah kenapa ?

Perlu ada sebab ke untuk aku ajak kau keluar ?

Kau girlfriend aku apa salah dia ?

The School Rival And TSR 2 ; Past Vs PresentWhere stories live. Discover now