BAB 38

985 18 6
                                    

Pada pagi yang indah,Farizam membuka matanya dengan perlahan-lahan dan memandang ke bawah sedikit ke arah perutnya.Dia tersenyum melihat Faliq yang tidur di atas perutnya itu.Manakala Humaira memeluknya dari sisi.Dia mengalirkan airmata melihat dua orang permata yang ada bersamanya kini.Dia tahu Humaira tidak membenci dia,tetapi kerana sikap cemburu dan iri hati manusia.Dia dan Humaira menjadi mangsa.Humaira mula bergerak memberi menandakan dia sudah terjaga dari tidur.

"Sayang..bangun..dah pagi dah ni..kita subuh jom".ujar Farizam lembut.Dia tersenyum melihat wajah Humaira yang manja itu.

"Alaa..tak puas tidur dengan abang...please abang".ujar Humaira manja.Farizam mengalirkan airmata tiba-tiba.

"Lahh kenapa abang menangis..Humaira salah cakap ke ?".soal Humaira rasa bersalah.Dia terus bangun dari pembaringannya dan duduk menghadap Farizam.

"Takk..sayang tak salah cakap apa pun..tapi abang rindu nak tengok perangai manja sayang..10 tahun sayang...10 tahun abang seksa diri abang dekat Jordan..10 tahun abang seksa hati abang dekat sana".ujar Farizam dia mula menangis teresak kecil.

"Abang...Humaira pun terseksa dekat sini sebab abang takda dengan Humaira...Humaira tak kisah hidup susah..tapi bila orang yang Humaira sayang tinggalkan Humaira..Humaira rasa dunia ni gelap dan tak bermakna".ujar Humaira dalam linangan airmata.

"Humaira sayangkan abang..Humaira cintakan abang".ucap Humaira romantis dalam linangan airmata.Farizam gigih untuk mengalihkan Faliq yang berada di atas perutnya dan terus duduk menghadap Humaira.Dia mengambil kedua tangan Humaira dan diusap lembut.Dia mengucup kedua-dua tangan itu lembut.

"Abang pernah cakap dengan abi..abang nak bina hidup baru dengan orang baru..tapi apa yang abang maksudkan tu dah berbelok pada sayang..abang nak bina hidup baru dan dengan Humaira yang baru bersama anak-anak..walaupun anak-anak dah besar..baru abang rasa ada nak tu macam mana ?".ujar Farizam lembut yang amat kepada isterinya.Humaira terbuai dengan dayuan suara Farizam itu.Dia menatap wajah Farizam dengan sepenuh hati.

"Humaira nak minta abang something boleh ?".soal Humaira lembut dan tenang.

"Apa dia sayang..mintak je abang akan tunaikan".balas Farizam sambil mencuit hidung isterinya.

"Humaira minta dengan abang...jangan tinggalkan Humaira lagi..dan jangan madukan Humaira lagi..Humaira dah tak sanggup nak hadapi perkara tu semua..Humaira sekarang dah bahagia dengan hidup Humaira sekarang dengan anak-anak..lagi-lagi bila abang dah pulang ke pangkuan kami".ujar Humaira yang menahan sebak di dada.Suaranya tersekat-sekat.

"Abang janji..abang takkan abaikan sayang dengan anak-anak lagi..nyawa abang adalah sayang dan anak-anak..lepas ni ikut abang pindah Selangor balik ya ?".ujar Farizam memujuk isterinya untuk pulang ke rumahnya di Selangor bersama.

"Okay abang".ujar Humaira lembut.Terus satu kucupan hinggap di bibir Farizam.Terkedu Farizam beberapa saat.

"Nakal ehh".ujar Farizam sambil tersenyum.

"10 tahun tunggu".ujar Humaira selamba.Dia tersenyum manja kepada suaminya.Itulah salah satu kelemahan Farizam terhadap Humaira.Dia gagal mengawal perasaannya apabila melihat senyuman manja isteri kesayangannya itu.

"Dah jom subuh berjemaah".ajak Farizam yang cuba mengawal perasaan yang bergetar itu.

"Abangggg".panggil Humaira nakal dan meleret.

"Ya sayang".ujar Farizam ringkas.Tetapi pandangan di jatuhkan kepada Faliq yang sedang lena.

"Abang malu ke takut ?".soal Humaira nakal.

"Takut kenapa ?".soal Farizam pelik tetapi pandangannya tetap pada Faliq yang sedang lena itu.Humaira mendekati suaminya dan perlahan-lahan mendekati di telinga Farizam.Tangannya di letakkan di atas bahu Farizam.

"Takut Iman tak kuat ehh ?".soal Humaira romantis tetapi nakal.Terhambur tawa besar Farizam.Humaira memuncung apabila melihat Farizam tidak masuk kedalam perangkapnya itu.Dia ingin mengenakan Farizam tetapi Farizam mentertawakannya.

"Kenapa abang gelak ?".soal Humaira tidak puas hati dengan Farizam yang mengelakannya.

"Kalau Iman abang tak kuat..malam tadi dah settle..tapi cuba sayang tengok..sampai pagi ni..sayang masih berbalutkan benang dekat badan".ujar Farizam selamba yang masih dalam gelakknya lagi.

"Kalau Iman abang tak kuat..satu benang pun takkan ada sayang".ujar Farizam yang berbisik di telinga Humaira pula.Humaira terkedu dan megeletar seluruh badan.Sudah lama dia tidak dapat godaan begini.Humaira terus bangun dan menuju ke bilik air.Farizam tersenyum sinis.

Selepas mereka menunaikan solat subuh bersama.Farizam menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.Dia bercadang untuk menyediakan juadah nasi lemak untuk Humaira,Faliq dan dirinya.

"Abang.....".panggil Humaira meleret dan memeluk pinggang Farizam dari belakang.Farizam hanya tersenyum merasa pelukan isterinya itu.

"Ye manja..kenapa ?".soal Farizam lembut.

"Abang masak apa tu ?".soal Humaira manja.

"Masak nasi lemak...kenapa ?".soal Farizam.

"Takda apa..tanya je".ujar Humaira lembut.Dia merapatkan wajahnya dengan Farizam dan menongkatkan dagunya pada bahu Farizam.

"Ni kenapa ni..manja sangat...kalau jadi apa-apa abang tak jamin ehh".ujar Farizam memberi amaran kepada isterinya secara lembut.

"Abang berani ke ? Sekarang anak-anak kita dah besar tau".ujar Humaira menyindir suaminya.

"Ohh..cabar abang ehh..takpa..siap sayang nanti".ujar Farizam memberi amaran keras.

"Berani buatlah".ujar Humaira berani.Dia mengeratkan pelukannya lagi sehingga membuatkan Farizam terasa sakit di perut.

"Sorry..tak sengaja".ujar Humaira manja.Sedang mereka melayani perasaan masing-masing Faliq yang datang dari arah ruang tamu itu terus memeluk pinggang Humaira.

"Ehh kenapa peluk ibu ni ?".soal Humaira.Dia menarik Faliq supaya bertentang dengannya.

"Habis..ibu peluk ayah..Faliq nak peluk siapa ?".soal Faliq selamba.Farizam yang berada di situ tersenyum bahagia.

"Ibu kan manja..".ujar Farizam yang ingin mengenakan Humaira.

"Habis kitaorang nak manja dengan siapa ?".soal Faliq.Dia melepaskan pelukannya dengan Humaira dan beralih memeluk Farizam.

"Anak-anak ayah semua manja ayah lah".ujar Farizam lembut.

"Hahaha..ibu takda tempat nak manja".ujar Faliq yang mentertawakan ibunya.

"Nakal ehh korang berdua..takpa..nanti jangan suruh ibu masak..nak makan..pergi makan dekat luar".ujar Humaira konon merajuk dengan Farizam.

"Haih..dah lupa ke dulu siapa yang masakan untuk dia ?".soal Farizam menyindir Humaira.Humaira melihat Farizam yang sedang melayan anaknya itu dengan mata yang mengecil.Kadang kala dia begitu geram dengan sikap menyakat Farizam.Tetapi dalam masa yang sama.Dia merindui hati dan wajah itu.Rindu yang tiada ubatnya.Humaira tersenyum kecil melihat gelagat Farizam dan Faliq yang sedang bergurau itu.Allah telah membalas penat lelah dia selama 10 tahun ini.

Zaujahku Humaira [COMPLETE]Where stories live. Discover now