RUMAH 006

3.4K 293 73
                                    

Manusia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Manusia...

Mudahnya kau menerima tawaran aku. Bagus perangai kau Minji. Tak membantah dan patuh aku.

Bukan ke dunia akan jadi lebih menyeronokkan kalau semua gadis seperti kau?

Aku senyum sampai ke telinga.

"First, open your eyes, honey.."

Mata dia terbuka. Iris warna biru itu bertentangan dengan tatapan mata aku. Mata aku pula jatuh pada bibirnya yang sedikit basah itu.

"K-kau janji kau akan tunaikan apa yang aku perlukan kalau, a-aku berikan kau c-ciuman?"

Aku angguk lalu menjilat bibir aku. "Concentrate sayang. Your lips gonna be mine. Only mine tonight.."

Aku pagut dagunya. Bibirnya yang bergetar itu aku pandang. Oh, Minji kau seorang yang suci. Mesti ini ciuman pertama kau bukan?

Dan aku berasa bangga dapat menjadi yang pertama mencuba bibir kau, Minji.

"Close your eyes, lady. Enjoy this.."

1

2

3

Belahan bibirnya aku paut lembut. Matanya yang terpejam aku pandang. Tangan kiri aku memegang leher jinjangnya. Perlahan dia sengetkan kepalanya.

Ah, aku tahu kau sukakannya!

Bibirku terlalu menggoda bukan?

Perlahan aku lepaskan tautan. Hidung kami berlaga. Dapat aku dengar nafasnya yang sedikit sesak. Aku senyum manis.

"Betul telahan aku sayang. Bibir kau memang lazat... cukup buat aku terasa nikmat..."

Matanya terbuka dan memandangku. Aku angkat kening.

"You want more? Hmm?"

"C-cukuplah. T-tolong tunaikan hajat a-aku i-itu..."

Pudar terus senyuman aku. Dia tak mahu? Huh! Nampaknya kau ego, sayang. Tidak mengapa.

Bukan kau seorang sahaja yang boleh buat aku menggila...

"okay. Gonna see you soon. Apa yang kau hajatkan, akan ada saat mata kau terbuka nanti."

Aku baringkan tubuhnya ke atas katil. Dia masih lagi seperti terkejut tapi aku tak endahkan. Masih setia senyuman menggoda aku berikan padanya. Biar dia terseksa.

"Sleep well. Miss me."

Terus aku hembuskan nafas aku pada kelopak matanya dan dengan mudah dia tertidur lena.

"I know how to drive you crazy too, sexy. Someday, you'll get addicted to my kiss."

[𝑪] Kissism [PJM]Where stories live. Discover now