💀Bab 3💀

108 40 19
                                    

Sejurus bibir selesai menuturkan bicara,asap mula berkepul-kepul keluar dari kipas tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sejurus bibir selesai menuturkan bicara,asap mula berkepul-kepul keluar dari kipas tangan.

Sekelip mata memandang,kami sudah tiba di tempat kematian aku.

Jalan raya yang menjadi saksi kepada kematian tragik aku.

Kereta aku yang terbalik dan remuk itu masih tidak dialihkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya.

Pihak bomba pula bertungkus lumus mengeluarkan mayat aku yang masih terperangkap di bawah kereta yang terbalik.

"Jadi,ini tempat kematian kau?Apa kaitan kemalangan kau dengan aku sampai aku kena tolong kau tulis semula kematian kau?"soal Lady Stella seraya matanya fokus melihat kereta aku yang remuk itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jadi,ini tempat kematian kau?Apa kaitan kemalangan kau dengan aku sampai aku kena tolong kau tulis semula kematian kau?"soal Lady Stella seraya matanya fokus melihat kereta aku yang remuk itu.

"Cuba lady tengok sebuah lagi kereta remuk yang berada dekat dengan kereta saya.Mereka yang menaiki kereta tu mati disebabkan saya."

Air mata penyesalan mula bergenang di tubir mata.

Tidak pernah aku sangka aku telah membunuh tiga nyawa yang tidak berdosa.

"Apa yang kau dah buat sampai mereka mati?Kau bunuh mereka?"soal lady menambahkan rasa bersalah aku.

"T-tak.Saya tak sengaja terbunuh mereka.Saya memandu dalam keadaan mabuk pada masa tu dan..."

Percakapan aku pantas dicelah oleh lady.Dia seakan sudah mengetahui apa yang ingin aku sampaikan.

"Dan kau memandu masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta mereka.Kemalangan berlaku dan disebabkan kecuaian kau yang memandu dalam keadaan mabuk,mereka mati.Itu yang kau nak cakap,bukan?"celah lady sama dengan apa yang mahu aku beritahu kepadanya.

Kepala dianggukkan perlahan terhadap pernyataan Lady Stella.

"Jadi,atas sebab kau dah menyebabkan kematian mereka,kau minta tolong aku tulis semula kematian kau,betul?"tebak Lady Stella  seakan dapat membaca fikiran aku.

"Betul.Boleh lady tolong saya tulis semula kematian saya?"soalku meminta pertolongan daripadanya.

Lady Stella tertawa kecil seraya matanya memandang aku atas bawah.

[OG] Rewrite The Death | JJKWhere stories live. Discover now