ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 16

240 67 64
                                    

*Flashback*

Minho mencari kelibat isterinya sebaik terjaga dari tidur.Puas juga dia mencari namun tak jumpa sehinggalah dia terdengar perbualan dari luar rumahnya.

Dia mengintai di sebalik tingkap rumahnya dan dia agak terkejut bila Seonhee sedang bercakap dengan seorang lelaki.

"Mingi? Apa yang dia buat kat sini.Bukan dia dah balik Incheon ke pagi tadi.",getusnya dalam hati.

Malangnya perbualan mereka berdua tak dapat didengari Minho kerana jarak mereka yang agak jauh.Sedang leka mengintai gerak geri Seonhee,Minho tersepak pasu yang terletak di penjuru rumahnya.

Di luar,

Perbualan mereka berhenti bila terdengar bunyi yang datang dari dalam rumah.Seonhee memberi isyarat kepada Mingi supaya tak mengeluarkan suara.

"Aku rasa Minho dah bangun..baik kau pergi sekarang.Apa-apa aku sambung dalam telefon..cepatlah pergi.", Seonhee menolak badan Mingi supaya meninggalkan tempat itu segera.Mingi dengan pasrahnya mengikut arahan adiknya itu.

"Sayang..",kedengaran Minho memanggilnya.Seonhee mencari sesuatu untuk dijadikan alasannya berada di luar rumah.

"Meowww..",Seonhee memandang longkang depan rumahnya.Tanpa berfikir dua kali,dia terjun ke dalam longkang untuk mengambil anak kucing itu.

Tepat-tepat dia keluar dari longkang,Minho muncul kan dirinya.Dapatlah Seonhee menggunakan anak kucing itu sebagai alasannya.

"Sayang..penat saya cari.Kat sini awak rupanya.",rengek Minho.Dia sengaja bertindak seperti tak tahu apa-apa lalu mengambil anak kucing dari tangan Seonhee.

===

Di Pulau Jeju,

Minho hanya mengangguk bila isterinya mengatakan mahu ke tandas.Selepas selesai berbual dengan salah seorang pengunjung di situ,Seonhee masih belum datang kepadanya lalu Minho membuat keputusan untuk menangkap gambar bunga-bunga di situ.

Kamera yang dipegangnya perlahan-lahan diturunkan.Sekali lagi,dia nampak Seonhee dengan Mingi.Minho mula rasa curiga terhadap isterinya.Jadi Minho buat keputusan untuk bertanya Seonhee bila perempuan itu menghampirinya.

"Dah..jom pergi.",Seonhee menarik tangan Minho namun lelaki itu tak berganjak.

"Sayang..saya nak tanya awak something boleh and saya nak Sayang jujur dengan saya.",kata Minho lembut.Sekarang ini dia cuma berharap yang isterinya itu jujur dengannya.Perempuan itu hanya menunduk tak menjawab pertanyaannya.

"Sayang?",panggilnya sekali lagi.Barulah Seonhee menjawab.Itupun jawabannya tak kedengaran jujur bagi Minho kerana Seonhee sering mengelak dari bertentang mata dengannya.

Minho mengetepikan perasaannya ketika itu dan membuat keputusan untuk mempercayai apa yang diberitahu Seonhee.

Keesokan harinya,

Mereka berdua bersiar-siar di pasar yang terkenal di pulau itu.Perkara semalam,Minho melupakan saja kerana tak nak merosakkan suasana percutiannya.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Where stories live. Discover now