02

29 8 0
                                    

Buku-buku dan laptop aku masukkan ke dalam bag. Earphone dicuping telinga juga ditanggalkan dan dililit kemas.

Pelajar lain dah mula beransur keluar. Laju je semua ya...mentang-mentang tiga jam kelas Bio tadi.

Tapi siapa je yang tahan kan?

Aku sendiri pun hampir terlelap tetapi mahukan keberkatan dalam menuntut ilmu terpaksa lawankan juga segala hasutan syaitan ini.

" Rin, cepatlah aku lapar gila ni." ujar Mikayla sambil menguap. Ditampar pipinya beberapa kali sebelum badan ditegakkan. Terus anak matanya menikam ke dalam anak mata aku.

Dah kenapa?

"kau nampak? fuh tunggu kau macam tunggu crush aku suka aku balik. kemain lama." Kedua-dua matanya ditenyeh sepintas lalu. Aku  membuat rolling eyes.

Cis, drama sungguh!

"yelah cik Mikayla Mia, mari kita ke kafe. Maaf ya membuat anda tertunggu-tunggu, kawanmu ini malas nak berhadapan dengan ramai orang." ujarku lalu mengangkat punggung untuk beredar dari situ.

"laa cik Irine Hewina, namapun kafe, tempat student makan kat situ. Kau expect apa sampai kafe tu tak ramai orang, huh?." Mikayla menyoal sambil bercekak pinggang. Pelik betullah dengan kawan dia yang seorang ini.

Aku menghela nafas. Dia tak faham.

"Aku tahulah, eee!"

"Dah tahu, jomlah! aku lapar sangat ni." Tangan aku terus ditarik olehnya agar perjalanan kami lebih cepat.

Aku hanya mampu menggeleng kepala.

Kalau bukan sebab Mikayla yang menegur aku dan sudi berkawan denganku memang sampai sekarang aku tak ada kawan.

Membiarkan langkah-langkah ini berjalan keseorangan. Membawa diri kemana sahaja yang diinginkan tanpa ada orang lain tahu apa yang tengah aku lakukan.

Bukan cuba untuk menjadi seorang introverts. Tapi keputusan ini dah diambil sejak aku tahu bahawa aku akan sambung belajar.

Nak mulakan hidup baru.

Kecilkan skop berkawan, kurangkan meletak harapan pada seseorang, menjadi lebih kuat.

Dan paling utama sekali, aku tak pandai bergaul, overthinking, tiada keyakinan diri dan juga kepercayaan aku pada orang lain senipis kulit bawang.

Aku bersyukur, Mikayla ini ada kerana aku juga sedar hidup keseorangan juga ada baik buruknya.

Kesannya bila tiba assignment atau aktiviti yang melibat kerja sepasukan. teamwork itu penting ya teman-teman.

Kadang-kadang kita kena keluar dari zon selesa kita untuk keselesaan semua pihak.

Susah, tapi itu realiti yang aku kena hadapi.

"woi!"

"argh!"

Kus semangat!

Aku usap dada perlahan-lahan. Mata dikerling ke arah Mikayla. Kepala aku terus menjadi sasaran.

"auch!"

"haa tahupun sakit, aku panggil kau tiga kali dah tau. Boleh kau buat dek je mengalamun. Dah sampai mana? bulan? Paris? Ke dah kahwin dengan anak raja?"

Amboi-amboi Cik Mikayla kita ni, kalau membebel mengalahkan mak aku.

"sorry.." tu je yang aku mampu cakap. Nak lebih-lebih mahu esok tak habis leteran Mikayla ni kang.

"dahlah pergi duduk kat meja hujung sana tu. Biar aku ambilkan makanan. Kau nak apa? haih, dari hari pertama aku nampak kau, kerja termenung je. Macam seribu masalah kau bawa."

Pembetulan, infinity. Tiada nilai dan pengakhiran.

Aku senyum sebelum bersuara. "nasi kosong lauk asam pedas. Jangan banyak."

Mikayla mengangguk lalu melangkah ke meja hidangan.

Ting!

Notifications daripada sepupu aku, Tasya membangkitkan senyuman di bibir.

'aku dapat tawaran sambung belajar ke Jepun.'






tbc.

Far Away | ✔️Where stories live. Discover now