33

6 2 0
                                    

"Babe, kenapa asik termenung je ni?" Soal Mina risau dengan kelakuan Yoongi.

Yoongi hanya berdiamkan diri sahaja. Telefon pintar nya dipandang kosong. Satu keluhan keluar dari mulut kecil Yoongi.

Tubuh Mina yang berada di hadapan nya dipandang lama. Laju sahaja tangan nya melingkari pinggang kecil milik Mina.

"I will miss you." Kata Yoongi berselang dengan keluhan kecil.

"Hey, what did you meant by that?" Soal Mina pelik.

Dah buang tebiat ke tiba-tiba cakap i will miss you. Kalau ya pon meroyan sebab tidur berasingan semalam tak payah lah sampai macam ni.

"Nanti bila Jina dah ambil sayang, siapa nak teman biy tidur?" Soalan Yoongi tadi dibalas dengan soalan.

"Kenapa cakap macam tu? Kan dah janji yang kita akan selesai kan masalah ni dengan cara baik dengan kak Jina."

"Lagi pon...kak Jina mesti tak kisah lah. Dia bukan suka biy pon. So, dia tak akan marah." Sambung Mina lagi.

Rambut Yoongi yang panjang dibelai lembut. Haruman dari rambut Yoongi selalu berjaya membuat dia tenang. Macam dah terbalik je kan diorang ni.

***

"Bila bilik ni boleh siap?" Soal Jina sambil meneliti kawasan yang sedang di renovate.

"Belum tahu lagi Jina. Tapi tang pasti, bilik ni siap sebelum kau ambil adik kau tu." Balas Jackson yang turut memerhatikan para pekerja yang sedang bekerja.

"Barang 'hiasan' bilik yang aku suruh kau beli kan tu dah sampai?" Soal Jina lagi.

Kali ini dia sedang bermain dengan batu bata yang ada dihadapan nya. Satu batu bata diambil sebelum dicampak kan ke arah salah seorang pekerja disitu.

"Aku nak kau belikan aku batu ni lagi." Kata Jina sebelum melangkah pergi.

"Kau nak buat ape?!" Soal Jackson separuh jerit.

"Untuk 'hiasan' bilik." Jawab Jina ringkas meninggalkan kekecohan yang berlaku disitu.

Jackson hanya memerhatikan pemergian Jina. Pekerja yang cedera akibat di campak batu oleh Jina dibantu nya.

***

"Ada apa-apa perkembangan tak?" Soal Jina yang baru sahaja tiba di makmal di rumah nya.

Mark yang dari tadi menelaah skrin komputer hanya menggelengkan kepala nya. Kopi Late milik nya dihirup.

"Nampak macam diorang dah stop access sistem kita." Balas Mark yang masih menelaah skrin komputer nya.

Jina hanya memerhatikan setiap skrin komputer yang ada di dalam makmal itu. Semua nya memaparkan ruangan rumah milik Yoongi.

Disitu lah dia boleh dapat maklumat perkembangan tentang Yoongi dan Mina. Disitu juga lah dimana dia mendengar setiap perbualan Yoongi.

"Terus kan kerja kau. Aku tak nak diorang tahu siapa diri aku yang sebenar. Belum sampai lagi masa nya." Kata Jina sebelum keluar dari ruangan makmal.

Langkah nya dibawa ke ruangan bilik nya. Tubuh nya yang lelah dihempap kan ke atas katil. Skrin televisyen yang memaparkan gambar Yoongi dan Mina dilihat tanpa perasaan.

Terasa seperti dia sedang berada di neraka setiap kali dia melihat gambar-gambar tersebut. Terasa semakin marak api di dalam jiwa nya.

"Just wait and see. I will make you suffer."

◼◼◼◼

Hot Meet Bad Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang