11 •• Bincang

21.5K 813 59
                                    

"Makan sikit lagi..." Raez terus menyuakan sudu ke arah aku. Tapi aku tetap menggeleng perlahan. Terasa sungguh kekok makan disuapkan oleh Raez walau hakikatnya kami adalah suami isteri yang sah.

"Dira dah kurus.." Raez mengeluh kecil sambil tangannya mengelap bibirku. Pantas aku tepis perlahan.

"Gemuk atau kurus, bukan awak peduli pun!"

"Siapa kata abang tak peduli?"

"Entah. Tanya diri sendiri tu!" Aku menjelingnya tajam.

"I'm sorry for last night. Abang ingat—"

"Bukannya tak boleh call? Tahulah nak jumpa tunang pun!" Aku mula menghamburkan kemarahan.

Tapi lelaki di hadapanku ini sangat relaks. Tenang seperti tenangnya air di kali. Langsung tak beriak dengan kemarahanku.

"Dia bukan tunang abang." Ayat penyata yang dilontarkan oleh Raez tidak mampu mendamaikan hatiku yang tengah panas. "Abang tak suka tengok Dira marah-marah abang macam ni." Ada segaris senyuman dibibirnya.

"Tak payah nak ubah topik lah!" Aku mendengus lagi. Sebenarnya geram dan marah belum pun surut. Ditambah apabila melihat dia senyum begini. Buat aku makin menyampah. Nak saja aku cakar-cakar mulutnya yang sedang ketawa tu. Melihat aku yang bermuka cemberut, dia menggaru tengkuknya.

"Ya.. Abang salah. Sebab tu abang minta maaf. Lepas ni tak buat lagi. Betul, Effa bukan tunang abang."

"Ooh. Sorry, saya silap cakap ek? Calon isteri." Aku betulkan ayat tadi sambil memerlinya dan tanpa sedar aku berkelakuan seperti perempuan yang sedang cemburu.

Bodoh Dira!

"Mulut ni suka doa yang bukan-bukan." Raez mencubit perlahan pipiku. Memaksa aku mengerutkan kening kerana terasa sedikit sakit.

"Okey.. Abang jelaskan sekarang. Dira dengar sampai habis, okey?" Dia tunduk mencari anak mataku, tapi aku melarikan pandang ke sisi. Akhirnya Raez seperti menjatuhkan bahu.

"Abang minta maaf atas salah faham yang terjadi semalam dan hari ni. Jujur abang terlalu serabut settlekan kerja dari pagi. Abang terus balik ke rumah bila dapat tahu yang Dira tak ada kat sana. And untuk kejadian tadi, betul-betul tak jangka nak jadi macam ni. After meeting, abang berbincang sekejap dengan Effa dan wakil Sime Darby. Tapi tiba-tiba hidung Effa bleeding banyak. Abang terkejut tengok dia suffer dengan darah yang meleleh dan dia rebah. So abang terus bawa dia ke hospital. That's all."

Raez menarik tanganku dan diletakkan di atas ribanya. Dia memandang aku tajam hingga aku rasa pandangannya itu panas hingga mencairkan aku.

"Dulu, semuanya salah abang. Jadi, abang tak nak ulangi semua kesilapan itu lagi." Dia berkata perlahan seolah cuba untuk meyakinkan aku.

Aku diam. Mengkaji dan mencerna pengakuan Raez. Tapi masih banyak yang masih samar. Dan aku tak tahu bagaimana untuk memulakan soalan balas padanya. Sudahnya, aku mengelamun jauh hingga bunyi deringan telefonku bingit di pendengaran kami berdua.

"Hello.. Ya.." Aku berkerut kening menjawab panggilan dari Hadif. "Ya, ya.. Esok macam biasa. Aku tunggu kau kat depan-" Tiba-tiba telefon aku dirampas oleh Raez.

"Esok dan hari seterusnya, Dira pergi dan balik kerja dengan I." Raez matikan talian dan serahkan semula telefon pada aku.

"Tak baik tau, mencelah orang tengah berbual macam tu!" Geram yang tadi aku lepaskan lagi padanya.

"Dia lagi tak baik. Kacau isteri abang."

"Dia tak pernah pun kacau Dira tapi dia lah orang yang paling banyak tolong Dira. Dia terlalu baik pada Dira."

RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now