02

55 12 6
                                    

11.00 pagi

Jin mencuci make-up dan membuka segala benda yang dipakainya. Dia kemudiannya mengambil tuala yang terlipat elok diatas katilnya dan melangkah menuju bilik air.

Mujur didalam biliknya sudah tersedia bilik air sendiri, kalau tak, pasti lebih susah untuk membersihkan diri.

20 minit kemudian, Jin keluar dari bilik air. Dia mengeringkan badannya lalu memakai fake-breast dan bengkung.

Setelah selesai, dia memilih untuk memakai oversized t-shirt dan palazo. Jin meletakkan sedikit riasan pada wajahnya dengan natural-look make up. Dia menyikat rambut hitamnya yang panjangnya paras tengkuk.

Kriukk~

Jin memegang perutnya. Sejujurnya dia masih belum menjamah apa-apa sejak pagi tadi. Jin bergegas turun ke bawah.

Sedang dia menuruni anak tangga, entah bagaimana kakinya tersadung dan membuatkan dirinya kehilangan keseimbangan tubuh badan.

Jin menutup matanya rapat, menunggu masa dimana tubuhnya akan bersatu dengan lantai rumah itu.

Satu

Dua

Tiga

"Eh..?"

Jin membuka matanya apabila dia tidak terjatuh. Segala rasa peliknya hilang apabila dia merasakan tangan yang melilit pinggangnya.

'Ouh, patutlah tak jatuh,' monolog Jin.

"Are you okay?"

Suara itu membuatkan bulu roma Jin meremang. Aih, dekat sangat lah!

Jin perlahan-lahan menoleh untuk melihat pemilik suara itu. Mata coklat hitamnya bertemu dengan sepasang mata yang berwarna koko cair.

Buat seketika, dia tenggelam dalam renungan mata itu sebelum dengan cepat melepaskan diri dari 'pelukan' lelaki itu dan berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih dan maaf.

Kerja Jin di dapur menjadi huru-hara gara-gara mata yang memandang. Lelaki tadi duduk di salah satu kerusi di meja dan asyik merenungnya.

"Err.. uh.. garam ada kat mana eh?" Jin menyoal cuba menghilangkan suasana janggal.

"Kabinet atas,"

Jin mendongak. Dia membuka kabinet itu lalu mencari garam tersebut. Malangnya tidak dijumpai.

"Eh? Tak ada pun," ujar Jin.

Tiba-tiba dia merasakan tangannya tersentuh seseorang. Jin sedikit terkejut lalu menurunkan tangannya dan berpusing menghadap seseorang itu.

"Maaf, garam ni tersembunyi kat belakang tu," ujar lelaki itu. Matanya terus melekat pada Jin sebaik sahaja dia menjumpai garam itu.

"For you,"

Dia menghulurkan garam pada Jin sambil tersenyum kecil. Jin mengambilnya dengan tersenyum janggal.

"Terima kasih," ucapnya perlahan sebelum menyambung kerjanya yang tergendala.

Lelaki itu kembali duduk di meja dan kembali merenung Jin.

10 minit kemudian...

"Erm...uh..erk--"

"Namjoon. My name," ujar lelaki itu.

"Oh. Erm...hai?"

"Hai,"

"Na--Namjoon, nak...ni tak?" soal Jin seraya menunjukkan kuali yang berisi nasi goreng itu kepada Namjoon.

"Why not?"

"Amboi, makan tak ajak kita ke?" sampuk seseorang membuatkan Jin hampir terbaling kuali itu. Mujur sempat berfikir sebelum kuali tu melayang.

"Oh, Yoongi hyung. Marilah join sekali," ajak Namjoon setelah menyedari siapakah gerangan manusia yang telah mengganggu momentum indahnya---.

"Yoongi sunbae-nim. Baru balik ye. Nak Minjin tolong kemaskan barang-barang ni?"

Yoongi mengangguk memberi isyarat kepada Jin supaya membantunya di dapur. Plastik berisi bahan mentah diberikan pada Jin.

Jin yang sememangnya arif dalam bab-bab dapur pun terus menyimpan barang ditempat yang betul dan tersusun kemas. Gerakannya yang lincah dan kecekapan ketika berkerja terserlah disitu.

Selesai menyimpan, dia menghidangkan nasi goreng untuk mereka bertiga. Mereka makan bersama sambil berbual kecil.














TBC...

°That Psycho Game <김석진> MalayfanficWhere stories live. Discover now