Bab 5

440 10 2
                                    


AKAN DATANG
Terbitan Ogos 2020
Tajuk : PANAHAN ASMARA HITAM
Penulis : Arena Yidin

🐞Part 5🐞
( Versi blm edit)

Baru dua minggu berpisah. Tapi mengapa rasa macam dua tahun? Malam tadi lelaki itu menelefonnya. Dia rindukan suara lelaki itu. Dia mahu mendengarnya saban hari.

Tak mungkin secepat ini hati ini tiba-tiba boleh berubah. Drastik sangat. Peliklah. Apa yang dah jadi pada aku ni? Aku rindu Rizal. Aku tak boleh kalau berjauhan dengan dia... Deana mengomel sendiri.

Objek nipis segi empat tepat itu dilirik. Tidak berbunyi dari tadi setelah sebelumnya Rizal menghubunginya.

Aduh! Sesak rasa dada ini mengingatinya!

Deana mundar-mandir di dalam biliknya. Penat berbuat demikian, Deana meluru keluar dari biliknya. Dia ke dapur membuka peti ais. Jus guava yang masih bersisa separuh ditarik keluar. Kotaknya dipegang perlahan lalu isinya masuk membasahi ruang tekaknya. Sejuk dan rasa enaknya buat Deana memejam mata seketika.

Rizal tersenyum kepadanya!

Deana buka mata. Apasal ni? Kenapa asyik nampak Rizal saja ni?

Haish! Kacau betullah!

Deana atur langkah kakinya menuju ke ruang tamu pula. Punat hijau di remote control ditekan. Rancangan kartun Upin Ipin sedang ditayangkan. Tergelak seketika Deana dengan gelagat Abang Salleh dengan laptop berwarna merah jambunya.

"Dee... aku sayang kau. Datang jumpa aku." Tiba-tiba watak Abang Salleh bertukar menjadi Rizal.

Terbuntang mata Deana. Matanya digosok beberapa kali. Dia bermimpi ke?

Deana capai semula remote control. Butang merah pula ditekan. Skrin televisyen berjenama Sharp 40 inci itu bertukar hitam. Deana mendengus. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan.

Dia gila bayang!

Wajah Rizal ada di mana-mana.
Di biliknya. Di dapur, di ruang tamu. Malah di bilik airnya juga. Hairan! Apa yang terjadi sebenarnya sedangkan dua minggu ini dia bermati-matian membenci lelaki itu. Dia berusaha untuk tidak bertemu.

Namun sekarang, usahkan mahu memadam nama lelaki itu dari kamus hidupnya, berjauhan sedikitpun dia tidak mampu! Dadanya sakit menahan rindu. Rasa dalam hatinya menghangat. Berdebar dan penuh bunga-bunga cinta seperti dulu...

Apa jadi ya😳😳

Apa jadi ya😳😳

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

arenayidin

21 Ogos 2020

Panahan Asmara Hitam [ TERBIT] Where stories live. Discover now