BAB 2

348 22 0
                                    

Rossa POV

HUJAN turun dengan lebatnya pada malam itu. Aku memeluk peluk sambil mengamati langit malam yang gelap gelita. Suka betul dengan suasana macam ni. Mengingatkan aku sewaktu mula-mula aku bertembung dengan Aiden Lee, orang yang paling aku sayang di dalam dunia ni.

"Aiden..saya rindu awak"

Mata aku tertancap pada lengan aku yang mula membiru dek kejadian semalam. Sakit, tapi..aku suka. Ini bekas genggaman Aiden. Lelaki kesayangan aku.

Aku pejamkan mata sebelum mencengkam dengan kuat tempat yang lebam tadi. Kalau boleh aku nak bekas ni kekal selama-lamanya di kulit aku. Biar menjadi tanda yang Aiden pernah menyentuh aku, walaupun bukan sentuhan romantik yang aku idamkan.

Perbuatan aku terhenti bila perasan juraian hujan sudah mula masuk ke dalam rumah. Tingkap aku tutup rapat sebelum menapak ke dalam.

Ting!

Tepat aku baring di atas katil, satu notifikasi dari email masuk ke dalam telefon.

"Oh my God!!!" Aku melompat kegirangan di atas katil. Perasaan aku sekarang terlalu bahagia. Sangat bahagia!

Foto-foto Aiden yang ditampal di dinding dicium berpuluh kali. Tak sabar mahu ketemu Aiden.

"Finally after months tertunggu dipanggil interview akhirnya dapat jugak!" Aku melompat turun dari katil menuju ke walk in closet mencari pakaian formal untuk temu duga nanti.

"Aiden..saya akan lebih rapat dengan awak lepasni"

Author POV

"KENAPA dengan tangan you B?!" Amyra lekas-lekas mengambil tempat di sebelah Aiden. Terkejut bila melihat pergelangan tangan Aiden berbalut.

"Haha, tak ada apa pun"

"Mana boleh tak ada apa kalau sampai berbalut macam ni?" Makin galak Amyra membelek balutan itu, nampak macam teruk.

"Semalam..I ternampak seekor kucing ni, comel warna hitam depan rumah I, Lepastu I pergi dekat nak belai dia, tapi I tak expect yang kucing tu garang, habis digigit tangan I, itu yang berbalut ni" Aiden tergelak kecil mengenangkan kejadian semalam, geli hati dibuatnya.

"Ish jahatnya kucing tu! Kesian dekat you! Lepasni kalau you nampak kucing tu, you halau je, sudahlah berkeliaran depan rumah you, lepastu boleh pulak dia gigit tangan you?" Amyra mengusap-usap lengan Aiden. Habis kulit putih bersih teman lelakinya calar!

"Its okay, bukan teruk sangat pun luka ni. Tapi I suka kucing tu, next time kalau I nampak, I akan tangkap kucing tu, mula-mula je garang, lama-lama dia biasa lah tu dengan I" Aiden tersenyum penuh makna, dalam otaknya sudah diatur rencana paling licik untuk menangkap 'kucing' yang dimaksudkan itu.

"Urm okey, tapi make sure you be careful tau?"

"Iyaa sayang now jom order makan"

"GOOD afternoon, saya datang untuk temu duga harini" Rossa tersenyum di sebalik mask muka yang dipakai. Penampilannya sangat berbeza hari ini. Rambut lurus hitamnya dibiar lepas tanpa diikat, hoodie yang selalu menjadi pakaiannya sudah ditukar ke blazer dan seluar slack berwarna hitam.

"Oh datang interview ya? Awal cik datang, boleh saya tahu siapa nama cik?"

"Nama saya Nurul Alya"

"Sekejap ya biar saya check list interview hari ni"

Rossa mengangguk tanda paham. Sesekali matanya meliar ke kiri dan kanan mengamati lukisan-lukisan dan mural yang menarik perhatiannya.

"Baik, cik Alya, sila ikut saya cik" Penyambut tetamu yang bernama Dee itu tersenyum manis ke arah Rossa. Sebenarnya dia agak pelik kenapa perempuan di hadapannya memakai mask muka sedangkan pandemik sudah lama berlalu. Tapi bila dilihat dari pemakaian, tiada apa yang mencurigakan pun.

Yayımlanan bölümlerin sonuna geldiniz.

⏰ Son güncelleme: Jun 08 ⏰

Yeni bölümlerden haberdar olmak için bu hikayeyi Kütüphanenize ekleyin!

SAYANG SAMPAI MATIHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin