04 :: stronger™

66 20 0
                                    

" kyah  ! Jongho kenapa engkau balik lewat sangat  , ke memang kelas kau habis lewat 

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

" kyah  ! Jongho kenapa engkau balik lewat sangat  , ke memang kelas kau habis lewat  .. Hyung ada pergi sekolah kau tadi  , tapi tak nampak kau  .. " kata seonghwa sambil mengutip baju-baju seragam jongho yang dicampak pada atas sofa  , hurmm  .. Budak lelaki tu memang pemalas orangnya  . Nasiblah seonghwa ni lelaki paling rajin dekat rumah ni  , kalau nak diharapkan dengan mereka bertujuh tu memang tak boleh dibawa pakai .

" kan jongho dah cakap yang jongho balik sendiri  , hyung tak payahlah menyusahkan diri nak jemput jongho  .. Lagipun jongho dah besar pun  , jongho tak nak menyusahkan hyung.. Lagipun mesti hyung busy dengan kerja  .. Hyung jangan risau pasal jongholah  ..  " tutur jongho panjang lebar sambil membawa tubuhnya mereban di atas sofa yang bersaiz besar dan padat-padat dengan ketinggiannya  . Dia berasa seperti tengah membebankan hyung nya  .

" hurmm  , disebabkan itu yang jongho mahukan  .. Hyung okey saja  .. " balas seonghwa yang tengah sibuk meletakkan baju seragam jongho ke dalam bakul  , mahu membasuh pakaian  .

" macam mana keadaan apabila berada disekolah baru  , jongho rasa selesa tak  ? " soal seonghwa memecahkan suasana sunyi antara mereka berdua  , iyelah lagipun mereka berdua sahaja yang berada dirumah pada waktu sekarang, manakala orang-orang yang lain masih belum balik daripada kerja  . Selalunya , mereka akan balik lewat sikit nak dibandingkan dengan seonghwa yang memang habis kerja pada waktu tengah hari  .
Seonghwa merupakan hyung yang paling tertua dekat rumah ni  , dia bekerja sebagai bodyguard  yang hanya mengambil kerja pada syif pagi sahaja  .

" ahhh.. Macam biasa sahajalah  , semuanya okey saja bagi jongho  .. Senang cerita  , seronoklah juga sekolah dekat situ  , diorang tak sombong sangat dan sejenis yang cepat bergaul dengan orang baru  " terang jongho tentang pengalaman pertama dia berada ditempat yang baru  , semuanya dikira okey saja  . Lagipun dia dah berasa selesa dengan mereka  .
" baguslah tu  , tak adalah jongho bosan sebab tak ada kawan  .. Nanti sunyi pula "balas seonghwa dengan perasaan lega  , lega sebab tak ada dengar rungutan daripada jongho  .

Trekppp  ...

" sannie dah balikkk—  " pintu utama terbuka tatkala san sudah pulang ke rumah dalam keadaan dirinya yang lemah dan penat sebab asyik bekerja daripada semalam tanpa henti-henti  , iyelah semalam dia langsung tak balik ke rumah sebab perlu uruskan pesakit-pesakit yang kerap datang ke hospital tiap-tiap waktu  . Syukurlah juga yang dia ada masa untuk merehatkan diri . Memang penat jadi seorang doktor ni  , tapi nak buat bagaimana lagi  . Demi untuk mencari rezeki buat meneruskan kehidupannya .

" hyung masak apa  ? San laparlah tak makan daripada pagi tadi—" laju sahaja san membawa dirinya ke meja ruang makan  , tudung saji di atas meja diangkat olehnya untuk melihat makanan yang dimasak oleh seonghwa  . Perut dia memang sudah dikatakan lapar sekarang  , asyik berbunyi je daripada pagi tadi sebab tak diisi tenaga  . Dan terpaksalah dia kena tahan  .

" hyung masak biasa-biasa je  , kalau lapar pergi makan  .. Nanti tak pasal-pasal kau pengsan pula  , sudahlah tak balik daripada semalam  .. " suruh seonghwa sambil dia tolong membukakan tali leher san  , manakala san sudah menjadi seperti zombi yang langsung tak makan setahun  .
Seonghwa yang melihat akan telatah san sekadar menggeleng kepala  .

" hyung epal dah habis ke  ? " teriak jongho yang berada diruang dapur , tadi dia tiba-tiba lapar tu pergi cari buah epal  .

" dah habis  , hyung kau yang lain dah kerjakan semuanya masa kau tidur semalam  , jadi kau kena lah beli yang baru  .. Lain kali  , kalau dah beli epal tu bawa sorok-sorok .. Kalau tayang je dekat situ memang habis sekelip mata lah  , terutamanya mingi tu lah yang asyik makan je .. " balas seonghwa  . Jongho mengeluh berat  , nasib hyung dia tak balik lagi  . Kalau tak  , satu-satunya dia kerjakan nanti  .

" jongho nak keluar pergi kedai  , ada apa-apa yang hyung berdua nak kirimkan ke  ? " tanya jongho sambil anak mata melirik ke arah dua lelaki tua daripada nya itu  .

" alang-alang tu kau beli kan aku air tin cola  .. " pesan san yang berselera menikmati makanan sedap yang dimasakkan oleh air tangan seonghwa sendiri  .

" hyung hwa  ? "

" hyung dah beli barang dapur semalam  , jadi tak ada apa-apa lah .. "

" okey—" jongho mula menghayunkan langkahnya menapak keluar daripada kawasan perumahan hendak pergi membeli barang-barang yang di perlukan  .

                        •🌷•

Jarum jam sudah menunjukkan masuknya pukul 7 petang  , seketul ryuha tengah sibuk melayan smartphone nya  . Kadang-kadang itu dia ketawa kecil apabila membaca setiap mesej-mesej yang dihantar daripada mesej kumpulan kawan-kawan sekelasnya  , entahlah apa yang mereka sibuk borakkan  .

Ryuha sekadar membaca sahaja disebabkan dia malas nak berhantar-hantar mesej dengan mereka  , buang masa sajalah kalau dia layan kerenah mereka semua tu  . Ryuha menguap kecil tatkala dia terasa seperti mengantuk pula  , tak mengapa bertahan ryuha sekejap lagi kau boleh pulanglah  .

Ryuha mencapai air tin berperisa jus oren lalu dia meneguk air dengan rakusnya  , terasa haus pula tekaknya .

Tingg... 

Lantas itu dia menyimpan telefonnya ke dalam poket dan menongkat dagu memandang pelanggan yang baru sahaja datang  . Seorang lelaki tinggi berbadan agak sasa dan berambut merah melangkah masuk ke dalam kedai itu  . Ya  , ryuha amat kenal lelaki itu  . Bukankah dia pelajar baru dikelas ryuha  , tak silapnya lelaki itu bernama choi jongho.
Lelaki yang bernama jongho itu mengambil buah epal yang berada didalam peti sejuk lalu dia membawa dirinya menghampiri ke arah kaunter untuk membuat bayaran  , gerak geri lelaki itu ditenung oleh iris mata milik ryuha  . Sekarang jongho berdiri betul-betul dihadapan ryuha yang sudah melamun jauh  , entahlah perasan tak yang dia dekat depan ni  .

Jongho mengetuk meja kaunter supaya gadis dihadapan dia ni berhenti daripada melamun jauh entah kemana-mana  , ryuha tersedar daripada lamunan jauhnya itu.  Dia menunduk kepala tanda meminta maaf , hesy entahlah kenapa dia ni tiba-tiba je termenung  , buat malu tujuh keturunan je  .

" tolong kira " kata jongho dalam nada tenang . Ryuha mengangguk kepala lalu dia mula scene harga buah epal itu  . Tangannya tiba-tiba je terketar-ketar bagaikan seperti tengah berjumpa dengan seorang idol sahaja  . Jongho yang melihat akan kelakuan ryuha terus dia memegang tangan ryuha tiba-tiba .  Automatik ia membuatkan gadis itu terhenti  , jantung milik ryuha tiba-tiba sahaja berdegup dengan lajunya .  Tubuhnya kaku dan tidak mampu untuk bertembung mata dengan lelaki dihadapan dia tu . Iris mata tertangkap pada tangan milik lelaki itu yang memegangnya  .

                      •••▶ tbc















【C】 Stronger :: Found You |I 최종호Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora