BAB 4

24 2 0
                                    

"Apabila Perjanjian Manusia dimeterai dan Gapura Zion berdiri teguh... Mohor Pertama bakal meluruh dan semboyan darah akan memercik. Maka kesengsaraan akan terlepas." – Kitab Sihir Hitam

Januari 2025, Bukit Zion, Jerusalem

Kawasan luar Temple Mount dikerumuni orang ramai yang berulang-alik melakukan aktiviti masing-masing. Barisan kenderaan pacuan empat roda, trak dan helikopter milik PBB berada di perimeter berdekatan. Juga kelihatan polis Israel mundar-mandir dengan angkuhnya. Sebilangan anggota Mossad tidak beruniform juga ditempatkan di serata lokasi.

          Sebelum itu, semua kawasan sekeliling sejauh hampir dua kilometer dikosongkan dan dipasang pagar berduri tinggi dan dikawal ketat oleh pasukan khas PBB dengan memakai helmet bertulis UN berwarna biru. Kesemua mereka memegang senjata automatik bersama beberapa ekor anjing besar Jerman shepherd di posisi tertentu.

          Di dalam kawasan yang dipagar itu, kelihatan ramai pegawai Israel, Palestin dan PBB bercakap-cakap di antara mereka. Memang sibuk dan sekali-sekala ada teriakan. Manakala di tempat penggalian, satu lagi lingkaran keselamatan ketat, yang lebih kecil, dikenakan. Setiap anggota tentera khas itu begitu mengawasi persekitaran dengan setiap pasang mata mereka tidak hanya melihat ke arah satu tempat sahaja. Tahap berjaga-jaga berdarjah tinggi digunakan.

          Relik suci diletakkan di bawah sebuah kanopi bagi memayungi satu podium khas yang dibina. Sekarang ia sudah dibersihkan dan semua petugas nampak dengan jelas rupa bentuknya – permukaan yang penuh dengan hiasan, panjangnya lebih kurang empat kaki, tiga kaki tinggi dan diperbuat daripada sejenis kayu yang bersalut emas.

          Terdapat satu lingkaran emas khusus berdekorasi mistik di atasnya dan di keempat-empat bucu ada gelang untuk dimasukkan tiang kukuh bagi mengangkatnya. Penutupnya pula dihiasi dengan lakaran halus arca berupa perwakilan malaikat, dengan sayap berkembang. Dua arca atau patung kecil malaikat yang diperbuat daripada emas tulen itu saling berhadapan.

          Enam orang ahli arkeologi dengan teliti memerhati dan mencatat sambil melihat diagram yang dibawa. Mereka membuat perbandingan dengan lakaran sahih yang disediakan. Terpancar hologram kecil khusus untuk orang-orang yang terlibat.

          Francesco Pianzola, seorang paderi berstatus saintis dari Vatikan menyorot dengan teliti pada cop mohor keemasan yang mengunci peti itu. "Lambang mohor Daniel," katanya perlahan.

          Dia menggelengkan kepalanya tanda takjub. Namun, nampak juga wajah kehairanannya terlukis. "Erm ...." Tanpa menghabiskan kata-katanya.

          Seorang ahli arkeologi di sebelah kanan Francesco Pianzola bertanya, "Apa dia, Father?"

          "Tanda cop mohor Daniel," Francesco Pianzola menjawab. Sambil mengalihkan pandangan kepada rakannya itu, dia menambah, "Kau tengok betul-betul... lihat dekat sikit."

          Ahli arkeologi itu mengikut kata paderi Francesco Pianzola dan dia dapat melihat apa yang dimaksudkan. Sambil memandang wajah Francesco Pianzola, dia berkata, "Empat orang berkuda – Four Horseman - lagenda wahyu. Mustahil."

          "Itu kan cop dunia... perwakilan Mohor Wahyu dari syurga," balas Francesco Pianzola.

          "Ya... wahyu untuk Saint John." Sebaik habis kata-katanya, dia mencatat sesuatu pada gajet yang dibawanya.

          "Ah! Andai begitu, kau tentu tahu tentang catatan Daniel mengenai Kuil Solomon yang mencatat: 'Mesti dibina pada hari Akhir'."

          Kemudian, mereka berdua bersama-sama menyudahkan ayat yang berikutnya: "Dan pembinasa keji akan berada di sayap candi sehingga kehancuran yang ditetapkan dicurahkan pada pembuat keji itu."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 25, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KONSPIRASI MAHARAJAWhere stories live. Discover now