Haruto Watanabe

244 30 14
                                    

[ DRAMA , SHOWTIME ! ]

────── • 🌸 • ──────

haruto's

aku keluar dari bilik praktis untuk ke tandas tetapi ada sebuah perbualan yang menarik perhatian aku.

aku mula mencuri dengar perbualan tersebut.

" ish , jangan merepek lah ! okay nak tamatkan panggilan. risau kalau haruto dengar. "

kemudian gadis itu menamatkan panggilan tersebut. sebentar kenapa dia mention nama aku ? aku kenal dia ke ?

aku dengan beraninya berdiri dihadapan gadis tersebut. dia terkaku.

" h-haruto ? kau dengar semuanya ?" dia soal dengan ragu - ragu.

aku mengangguk. aku dan dia memandang antara satu sama lain dengan lama.

" jadi , gadis yang aku tunggu selama ni adalah gadis yang berada dihadapan aku ? "

soal aku dengan tatapan yang kosong. jika boleh nak sahaja aku menangis tetapi lelaki kena lah macho.

aku boleh nampak mata dia yang berair dan mungkin dia akan menangis.

" s-sorry haruto.. natsumi tak inform dekat haruto yang natsumi nak pindah ke korea. " natsumi memandang kebawah.

aku menongkat dagunya. matanya mula merah akibat menangis.

" haruto tak tahu pun yang natsumi kerja dekat sini. maaflah awal dulu haruto layan tak layan sahaja natsumi. "

natsumi menggeleng lalu aku menyeka air matanya.

" dah , natsumi tak perlu menangis. kita berdua dah berjumpa bukan ? sepatutnya natsumi perlu happy. "

aku memeluknya erat. aku rindu pelukan yang hangat ini. lama sungguh aku tidak bersemuka dengannya.

" ehem , patut aku cari takde. rupanya dating dengan natsumi. " celah mashiho.

kami berdua melepaskan pelukan.

" s-sebenarnya , haruto dah jumpa crush haruto yang dah lama haruto cari. "

j-line tersenyum tipis. segera mashiho , yoshi dan asahi berlari dan memeluk aku.

" like we said , jodoh korang berdua takkan kemana. " usik yoshi.

" nanti kita dapat anak buah lah. " tiba - tiba sahaja asahi ni mention pasal anak. dah kenapa dia ?

" amboi awalnya nak anak buah.. entah - entah natusmi pun belum get ready. " ujar aku.

kami berempat boleh lihat yang wajah natsumi kemerahan akibat malu dengan usikan kami.

" ish ada - ada je korang berempat ni. dah lah natsumi masuk dulu. byee. "

natsumi berjalan masuk ke bilik praktis. aduhai perangainya tak ubah seperti dahulu.

TBC

────── • 🌸 • ──────

uwu ! find his treasure bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi. HUEHUEHUE.

❍─ find his treasureWhere stories live. Discover now