🌻 1

286 24 0
                                    

Sudah menjadi rutin harian untuk orang yang bekerusi roda macam aku ni terperuk dekat rumah. Setiap pagi aku akan duduk di tepi jendela untuk melihat seseorang.

"El tak nak sarapan lagi ke?" soal Puan Yves.

"Kejap lagilah mummy"

"Yelah kalau macam tu mummy pergi kerja dulu"

Aku peluk satu satunya mummy aku ni. Mummy aku pula cium dahi dan pipiku.

"Mana daddy?"

"Good morning baby!" sapa daddyku pula.

"Morning daddy!"

Selepas puas peluk dan cium aku, mereka terus pergi kerja. Jadi tinggallah aku seorang diri. Hmm bosan.

Tapi mukaku kembali ceria bila nampak Mr Candy Crush aku. Hensemnya dia dengan uniform sekolah dia. Haila crush. Kenapalah kau hensem sangat.

Aku perasan dia pandang sini. Terus cepat cepat aku pandang arah lain. Alamak dia perasan ke aku pandang dia. Cermin depan aku boleh tahan gelap kalau dari luar.

"Amboi ceria semacam kau hari ni? Crush kau mintak couple ke?"

Seongmin merangkap kawan baik kepada Doyoung.

"Amboi mulut kau. Kalau tak sindir aku sehari tak sah kan" kata Doyoung tak puas hati.

"Yelah mana tahu miracle is happen" bidas Seongmin.

"Tak ada maknanya miracle is happen. Dah nama pun crush. Akan forever crush lah jawabnya. Dia tak kan pernah suka aku balik"

"Memanglah. Kau berjumpa dengan dia pun tidak. Setakat jeling jeling macam tu setiap hari aku pun boleh"

"Sebab tulah namanya crush bodoh!"

Kan dah kena setepek dengan Doyoung.

"Tapi kan aku rasa, one day kau akan berjumpa juga dengan dia"

"Ea?"

"Aku yakin 100%. Kau tahu kan mulut aku selalunya masin. Semua benda aku cakap semuanya menjadi"

Naik geram pulak tengok muka yakin Seongmin. Macam nak kasi penampar je.

"Blah lah! Kau ingat aku nak percaya kau"

Doyoung memandang ke arah luar. Hmm bilalah dia boleh tegur crush dia tu.

"Bro! Yuna kasi ni kat kau"

Seongmin menghulurkan Cadbury pada Doyoung. Tapi lelaki itu buat tak tahu.

"Kalau ko nak ko ambillah. Tak kuasa aku. Psycho ke apa minah tu"

"Itulah tu. Aku pun rasa benda yang sama. Nasib lah dia tak satu kelas dengan kita"

"Kan"

"Tapi dia cute!" tambah Seongmin.

Dengan cepat Doyoung memukul badan sahabatnya itu berkali kali.

"Kalau kau nak, kau ambil. Tak yahlah bagitahu aku dia cute ke apa. Bagi aku, crush aku tu lagi cute. Cam baby gituew"

Doyoung senyum sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Eh ko ni. Macam kau pulak psycho aku tengok"

Doyoung berura ura untuk pukul lagi sahabatnya itu. Tapi dengan cepat Seongmin mengelak.

"Apa kena dengan kau ni. Main pukul pukul pulak"

🍃 ideabank

Candy Crush | TREASURE DOYOUNGWhere stories live. Discover now