11 : hug me

125 33 0
                                    

"Changmin."

Lelaki itu mengangkat kepalanya daripada terbenam di katil Yojung, terlihat bapa gadis itu di hadapannya. "A-abeonim." Changmin bangun, menunduk hormat terhadap lelaki lebih tua itu. Bapa Yojung, Encik Ham tersenyum nipis. "Apa khabar, kamu? Sudah lama kita tak jumpa, waktu terakhir masa Yojung mula bekerja di Seongnam, bukan?"

Changmin terdiam, tak marah? "Y-ya, masa tu Yojung masih sihat. "Kamu sayang betul pada anak saya, bukan?" Changmin tidak membalas, memandang wajah polos Yojung yang masih belum menyedarkan diri. "Yojung pun sayangkan kamu, Changmin. Dia tak mahu kamu susah tengok dia sakit."

Changmin memandang Encik Ham. "Y-Yojung sakit?" soal Changmin. Encik Ham menghela nafas perlahan, "Yojung selalu penat, antibodi badannya tak kuat, sebab itu dia jarang mahu lakukan aktiviti fizikal." Changmin mengetap bibir. "Tapi, satu-satunya cara dia hilangkan stres di pejabat, Yojung suka menari." cerita Encik Ham lagi.

"Lagu yang sama, tarian yang sama. Kata Yojung, dia cuma tahu tarian itu saja, kamh yang ajarkan." mata Changmin kembali berkaca. "Jantung dia semakin lemah sejak kebelakangan ni, dia banyak menangis dan tak cukup rehat." Changmin menunduk, menangis perlahan. 

"Yojung menjauh bukan sebab dia tak sayang kamu, Changmin. Sebab dia tak mahu kamu terkesan dengan penyakit dia." Encik Ham mendekati Changmin, mengusap tubuhnya. Seharian ini, Changmin asyik menangis sahaja. "Yojung, cepat bangun, ya? Changmin tunggu kamu di sini."

"K-kenapa mesin ni berhenti berbunyi, Changmin?" lelaki itu mengangkat kepalanya, memandang mesin pengesan denyutan jantung yang semakin perlahan. Dia kaget, terus bangun dan keluar daripada wad Yojung, "Doktor! Tolong Yojung!!"

Dance for Two ; Ji ChangminWhere stories live. Discover now