004

237 59 6
                                    

Masing-masing menyambung kerja mereka selepas perjumpaan kecemasan tersebut. Mereka memakai helmet mereka dan kembali melakukan tugasan mereka.

Sungchan rasa bersalah kerana jika dia tidak tinggalkan Chenle berseorangan, mesti Chenle tidak akan terbunuh. Rasa bersalah itu berat di atas bahunya sekarang.

"Blue, pasti kau bukan yang bunuh White?" Soal Red kepada Sungchan yang terduduk berseorangan di bilik elektrik.

Sungchan terkejut akan kedatangan Red tiba-tiba. Sungchan menggeleng kepalanya kepada persoalan Red.

"You know, kau boleh bagitau aku jika ada sesiapa yang mencurigakan untuk kau." Ujar Red, menenangkan Sungchan agar dia tidak perlu ambil semua ini keseorangan. Mereka juga perlu tanggungjawab untuk pembunuhan Chenle.

"Setakat sekarang, aku tidak tahu sesiapa pun yang mencurigakan." Balas Sungchan. Red angguk sahaja kepalanya.

"Jangan risau, kita akan cari siapa bunuh White sama-sama." Kata Red, memberi kepastian kepada Sungchan agar mereka akan cari siapa pembunuh itu.

Sungchan yang tidak kenal siapa Red sepenuhnya tetapi dia akan letak sepenuh kepercayaan dia kepada Red. Sama-sama mereka boleh selamatkan semua orang.

Jaemin, Renjun dan Jeno sama-sama berada di medbay, sedang lakukan tugasan mereka bersama-sama.

Jeno dan Renjun yang kenal sejak awal lagi itu, berseronok melakukan tugasan mereka manakala Jaemin senyap-senyap lakukan tugasan mereka.

"Takut lah ada pengkhianat diantara kita." Ujar Jeno kepada Renjun yang sedang imbas dirinya atas pengimbas badan itu.

"Kan..kau rasa siapa eh pengkhianat tu?" Soal Renjun dan Jeno mengangkat bahunya, menandakan dia tidak tahu siapakah pengkhianat tersebut.

"Jujur dengan aku. Kalau salah satu kita adalah pengkhianat, kau akan jujur tak yang kau pengkhianat?" Disebabkan soalan yang mengejutkan dari Renjun itu, Jeno terkaku untuk seketika.

Entah mengapa ayat-ayat yang dia mahu cakapkan terhenti, seperti ada sesuatu halang dia bercakap.

"Ermmm..." Renjun menunggu akan jawapan Jeno dengan tenang. Dia tahu dia sengaja mahu mengusik Jeno dengan tanya akan soalan terlarang itu.

"Tak rasa macam menipu ka kalau kita dedah diri kita macam tu?" Jeno membalas, peluh mengalir keluar dari dahinya.

"Kau jawab macam kau tengah mempertahankan pengkhianat ja. Jangan kata kau pengkhianat, Jeno." Kata Renjun sambil tertawa. Jeno pun ikut dia gelak juga tetapi kedengaran seperti ketawa palsu sahaja.

Jaemin yang berada di dalam bilik yang sama dengan mereka, sedang memeriksa sampel kajian. Sambil itu, dia terdengar juga perbualan mereka dan boleh nampak sesuatu yang tidak kena dengan Grey.

.
.
.

t b c

Tags: almxnd_milktea flsndnghck NEOTAELOGY hanjongin oohmama 1-200-YT

Anyone nak tag for future chapters, sila komen ^^ Thank you untuk 300+ reads 😍 Sorry untuk update yang lambat, disebabkan dah start online class dan stuff so yeah ")) Also juga sorry for short update kali ni 🙏🏻

Among Us ↻ NCT [AN INTERACTIVE STORY] √Where stories live. Discover now