Surat-surat dari Nagasaki

340 33 31
                                    

Salam...

Alhamdulillah... akhirnya, saya putuskan tajuk buat 1941 adalah Surat-surat dari Nagasaki. Saya petik salah satu ayat dari bab terakhir cerita ini.

Sebenarnya kan untuk cerita ini, saya langsung tidak berhajat untuk memasarkannya. Niat asal saya hanyalah sekadar untuk masuk penilaian dan bercadang mencetaknya dengan jumlah yang besar sekiranya berjaya kelak. Tapi selepas mendengar saranan demi saranan, akhirnya saya bersetuju menerbitkannya dengan jumlah cetakan yang kecil dulu sebelum dihantar untuk tujuan penilaian. Sebagai seorang yang baru nak mencari nama, saya juga bimbang untuk habiskan modal yang banyak bagi tujuan cetakan. Jadi saya tengok dulu bagaimana sambutannya. Jika berjaya, insya-Allah cerita-cerita yang lain juga akan diterbitkan nanti.

Kali ni saya nak kenalkan beberapa individu yang terlibat dalam kerja-kerja terbitan naskhah ini. Harap tak ada lah yang cakap novel ini saya buat semua. Saya tak ada pengalaman dan kemahiran dalam kerja-kerja terbitan buku.

Baik daripada kerja suntingan, pruf, semakan bahasa, layout mahupun sampul kulit, semua berada di tangan-tangan mereka yang sudah arif walaupun novel ini sebuah swaterbit.

Saya kenalkan dulu siapa mereka-mereka ini ye.

🔹Manuskrip cerita ini disunting oleh seorang editor yang juga merupakan seorang Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka. Telah melakukan kerja-kerja suntingan kepada beratus-ratus manuskrip termasuklah karya penulis Hlovate. Malah beliau sendiri seorang penulis. Pernah menerbitkan berpuluh-puluh novel. Beliau seseorang yang saya kagumi semenjak dulu.

🔹Kemudian, saya juga menggunakan khidmat sensei bahasa Jepun untuk menyemak penggunaan bahasa asing dalam karya ini. Memandangkan cerita ini banyak juga menggunakan dialog dalam bahasa Jepun yang panjang-panjang, jadi saya rasa terjemahan secara google translate agak kurang tepat macam saya buat ketika menulis dulu. 😬

🔹 Pembaca pruf cerita ini pula merupakan seorang penulis yang pernah menghasilkan beberapa buah novel. Malah, pernah juga membaca pruf beberapa manuskrip sebelum ini.

🔹Akhir sekali, pereka grafik dan penata aksara yang telah banyak mereka dan membuat layout terutama novel-novel swaterbit. Dan Alhamdulillah, sampul kulit untuk novel ini juga telah pun disiapkan beliau beberapa hari lepas.

Jadi jangan risau, fasal perkara-perkara begini. Insya-Allah uols puas hati. Dan kat sini juga, saya pamerkan tiga sampul kulit (cover) untuk Surat-surat dari Nagasaki.

Cuma harganya itu, sila abaikan dulu ye. Belum muktamad lagi. Sebab jumlah halaman muka surat belum diputuskan. Setelah siap segala kerja layout barulah dapat kami maklumkan harga yang tepat.

Baik, dah dengar cerita saya? Jadi saya pun nak tahu pandangan uols pula. Antara ketiga-tiga sampul kulit Surat-surat dari Nagasaki ini, yang mana satu lebih menarik? 😊 Tinggalkan komen sama ada A atau B atau C.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Sebelum terlupa, jika ada sesiapa lagi yang berhajat untuk mendapatkannya? Sila DM atau tinggalkan komen ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Sebelum terlupa, jika ada sesiapa lagi yang berhajat untuk mendapatkannya? Sila DM atau tinggalkan komen ye. Saya akan cetak berdasarkan jumlah permintaan sahaja. Tidak berlebihan.

Nanti, saya akan berikan details dan Whatsapp number untuk pembayaran kepada mereka yang telah berikan nama.

Terima kasih.

SURAT-SURAT DARI NAGASAKI (Terbit)Where stories live. Discover now