39 : Nikah

2.9K 319 22
                                    

"Ummi

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Ummi..." bisik Fatihah. Air mata hampir kering di pipi. Baju wanita setengah abad itu digenggamnya erat.

"Ummi ada. Jangan risau," pujuk Puan Munirah. Tubuh lesu Fatihah didakapnya erat bagi menenangkan gadis itu. Mata Fatihah habis sembab kerana asyik menangis. Lingkaran hitam pun ada di bawah mata dek tak dapat tidur malam. Dia kerap didatangi perkara-perkara aneh sejak tiga hari yang lalu.

Bila malam menjelma, itulah yang paling ditakuti Fatihah. Apatah lagi jika ditinggalkan berseorangan. Bagai pancaindera ke enam telah terbuka seketika.

"Ummi... Sakit..." adu gadis itu. Rasa sakit senggugut bukan main lagi mencengkam bahagian rahim. Hanya kerana ini dia mampu menangis seharian dan tidak makan minum. Hendak melangkah pun amatlah perit. Kali pertama haidnya diserang sengugut walhal sebelum ini tidak pernah sesaat pun. Darah merah kehitaman terus menerus keluar dari rahim gadis itu, yang terkadang membuatkan badan Fatihah penat dan lesu tanpa sebab.

Mata gadis itu terkadang ke kiri dan kanan. Dia amat takut andai tiba-tiba ada sesuatu datang menerjah. Kelihatan Mahfuz dan walid sedang bercakap sesuatu. Duduknya mereka tidak terlalu jauh dari tempat silaan ummi dan Fatihah.

"Sabar ya sayang," bisik Puan Munirah. Kepala gadis muda itu diusap kasih.

Fatihah mengangguk akur. Rasa sakit itu terus ditahannya dengan linangan air mata. Ubat panadol sudah diambil namun tidak meninggalkan kesan. Bagai ada satu kuku tajam yang terus mencakar rahim itu. Fatihah menyembamkan wajah pada dada bonda Mahfuz.

Bahu Fatihah dielus ummi lembut. "Fatihah, bangun. Walid dan Mahfuz dah datang."

Dua hari juga matanya tidak disapa wajah Mahfuz. Pada malam itu terputik rasa benci pada lelaki itu di dalam hati. Gigi geraham di dalam mulut bertemu sesama sendiri. Fatihah duduk perlahan-lahan berdekatan walid. Mahfuz pula ada di sisi juga.

Mata Hazel Mahfuz hanya melihat wajah kusut Fatihah. Dia tidak mengeluarkan apa-apa suara. Malam itu memang bulan akan mengambang penuh. Pada bulan sebelumnya, malam seperti ini Mahfuz hadir kepada Fatihah dan menegurnya buat pertama kali.

"Nak isi RM50, yang belah sana tu." Jeda. "Besarkan bulan malam ni? Terang pula tu."

Not RM50 diletakkan Mahfuz ke atas kaunter.

"Em, aah. Saya tak perasan sangat," jawab gadis berkenaan. Untaian tudung bawalnya yang terjatuh ke hadapan dibawa ke belakang kembali. Wajah lelaki berkopiah di hadapannya itu dilihat sesaat dua.

LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora