08

68 2 0
                                    

Niat datang sini nak happy happy. Yelah bukan selalu boleh naik cruise. Lagi lagi free macam ni. Mana nak dapat sekarang ni. Tapi disebabkan seorang lelaki, habis hilang mood aku.
Sakit hati sangat sangat bila fikirkan balik.

Terpaksalah aku bagitahu Chae suruh dia join kawan kawan dia yang lain. Aku pula cari tempat untuk tenangkan diri seketika.

"Beb! Kau buat apa sorang sorang dekat sini. Puas aku cari kau" marah Chae.

"Aku tak bolehlah join dengan dorang. Kau pergilah have fun dekat dalam"

Chae mencebik.

"Tak bestlah kalau ko takde"

Aku tersenyum. Haih! Bestie aku sorang ni.

"Ala kau ni sekejap je pun. Kejap lagi aku masuk lah"

Kemudian dia tayang muka terkejut plus excited.

"Weh! Weh! Aku lupa story kat kau. Aaaaa! Ko tahu tak, crush aku yang aku selalu stalk dekat ig tu, ada sekali weh! Happynya aku!"

Hmm untunglah kawan aku ni. Haih! Dia ni setia betul dengan crush dia. Tapi tulah. Forever crush je mampu.

"Lepas tu kau tunggu apa lagi. Pergilah sana. Tegur dia"

Dan selepas itu dia muncung mulutnya.

"Ko ni. Agak agak ah aku nak tegur dia. Memang taklah dia. Dia bukannya kenal aku pun"

"Ekhm! Hey ladies!"

Suara siapa pulak ni. Garau nau.

"Tu lah crush aku" bisik Chae.

Aku mengangguk. Tengok rupa macam familiar.

"Doktor Felix?"

Chae tayang muka terkejut. Mungkin tak sangka yang aku kenal crush dia.

"You Ara kan? Ex patient my friend Hyunjin?"

Haih kenapa perlu libatkan mamat tu.

Sudahnya aku mengangguk.

"Nice to meet you again" kata Felix.

"Me too. Well I nak mintak tolong you satu benda boleh?" soalku.

Chae pandang aku.

"Banyak banyak pun takpe as long I boleh tolong"

Amboi! Baik bebenor crush kau Chae. Pandai kau pilih.

"Tolong notice my bestie. Dia ni salah satu crusher you and one of you followers on ig"

Terbeliak mata Chae bila aku cakap macam tu. Hahah. Dia mesti tak sangka yang aku cakap macam tu.

"Siapa? Baby cute sebelah you ni ke?" soal Felix.

Aku yang dengar ni pun rasa sweet hampir pengsan. Kawan baik aku sebelah ni pulak hampir jatuh. Tergelak aku dibuatnya.

"Yes. Panggil dia Chae. Please make her happy even just one night" tambah ku lagi.

Aku tak happy takpe as long my bestie happy.

"My pleasure. Let's go baby Chae"

Aku rasa macam nak menjerit bila Felix cakap macam tu. Arwah hati kau malam ni Chae.

Chae buat isyarat bagitahu aku yang we need to talk later. Hahaha apa apa jelah Chae. Yang penting kau happy.

"Kenapa you suka pair pair orang eh?"

Terus hilang senyuman aku. Entah dari mana muncul. Eii kenapa dia perlu datang sini. Macam tahu tahu aje aku ada kat sini.

"Tak ada kena mengena dengan you pun"

Sempatlah aku pandang dia kejap.

Hensem bila dia pakai tuxedo macam ni. All black tapi tulah. Dia punya perangai tu tak match dengan muka dan tubuh model dia tu.

🍃 ideabank

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ILY DOCTOR | STRAY KIDS HYUNJIN Where stories live. Discover now