10.Pengakuan

24 7 0
                                    

"Moonbyul,San,Woozi. Apa yang awak buat dekat sini?"tanya Yoon Hee.

"Ini wad bakal suami awak. Takkan awak tak tahu?"kata San.

Kemudian,Moonbyul memegang rambut Yoon Hee dengan kuat.

"Lepaskan saya,"kata Yoon Hee.

"Wae? Kenapa saya perlu lepaskan? Awak kata awak akan bersama sama dengannya? Awak boleh ke syurga bersama-samanya,"kata Moonbyul lalu melepaskan rambut Yoon Hee.

"Bwo? Awak nak bunuh saya... dan Seokjin? Apa yang dia buat sampaikan awak nak bunuh dia?"tanya Yoon Hee.

"Saya beritahu sebabnya. Sebab saya cintakan dia! Tapi,dia hanya pandang awak saja. Saya pernah beritahu dia perasaan saya terhadapnya. Tapi dia tolak dan beritahu dia sukakan awak! Pabo! Kenapa dia perlu tolak perasaan saya? Saya ada segala galanya. Saya lebih kaya daripada awak, lebih cantik daripada awak, saya ada segalanya. Tapi, kenapa dia tolak perasaan saya dan tetap pilih awak?"kata Moonbyul.

"Sebab hati awak! Awak ingat tak? Dulu awak suka membuli. Awak ingat segalanya boleh diselesaikan dengan duit. Semua orang kawan dengan awak sebab duit awak. Hakikatnya,awak ni tiada kawan! Seokjin tidak sukakan orang yang menyelesaikan sesuatu dengan duit. Itu sebabnya! Pabo!"kata Yoon Hee.

"Habis saya? Kenapa awak tolak perasaan saya? Seokjin ada apa yang saya tiada? Saya cuma nakkan awak. Tapi,awak tetap nakkan si Seokjin itu,"kata Woozi lalu menunjuk ke arah Seokjin.

"Saya tak ada perasaan terhadap awak. Saya cuma anggap awak sebagai kawan. That's it! Tapi,saya anggap awak sebagai musuh sekarang. Saya nak beritahu. Awak semua lebih teruk dari binatang!"kata Yoon Hee.

Seokjin cuma memerhati dari belakang.

'Yoon Hee. Rancangan berjalan lancar. Tak lama lagi,dia akan ditangkap,'bisik hati Seokjin.

"Bwo? Lebih teruk dari binatang? Habis, awak? Dasar perampas!"kata Moonbyul.

"Awak semua rela membunuh demi cinta. Awak semua ni lebih teruk dari sampah! Lebih teruk dari binatang!"jerit Yoon Hee.

"Kalau macam tu,SAN! CABUT TOPENG OKSIGENNYA! BIAR DIA TAHU APA RASANYA BILA KEHILANGAN ORANG TERSAYANG!"arah Moonbyul.

San mengangguk lalu bergerak ke arah Seokjin dan mencabut topeng oksigen nya. Namun, air muka San terus berubah apabila dia mencabut topeng oksigen tersebut. BAAM! San tercampak ke pintu seperti disepak seseorang!

"Apa yang...terjadi?"Moonbyul tertanya tanya apa yang berlaku.

"Y/N,awak bercakap terlalu lama. Saya letih berbaring dan menunggu waktu yang sesuai,"kata seorang perempuan.

"Mianhae,Jihyo,"kata Yoon Hee lalu meleraikan tali yang mengikatnya. Kemudian,Jihyo turun dari katil.

"Boleh kita mulakan?"tanya Jihyo dan membuat gaya seperti hendak berlawan.

"Jomlah. Kita ada pesalah yang perlu ditangkap,"kata Yoon Hee.

Beberapa minit kemudian,
Moonbyul,San dan Woozi terlantar di lantai dengan kesan dipukul oleh Yoon Hee dan Jihyo.

"Awak boleh masuk,Minhyun,"arah Jihyo. Kemudian,5 orang lelaki dengan pakaian seragam polis masuk ke wad Seokjin. Kemudian,tiga daripadanya membawa Moonbyul,San dan Woozi dibawa ke balai polis.

"Kesian Seokjin. Dia terpaksa lalui semua ni. Dia hampir dibunuh untuk kali ketiga,"kata Minhyun.

"Nae,"kata Yoon Hee dalam keadaan letih.

"Gomawo,Minhyun,"ucap Jihyo.

"Gwaenchana. Kalau ada masalah yang perlu diselesaikan,telefon lah saya,Minhyun si kacak,"kata Minhyun sambil membuat gaya 'dab'. Kemudian,Minhyun meninggalkan Yoon Hee dan Jihyo.

"Yoon-ie, gomawo. Sekarang,saya boleh kembali ke badan saya,"kata Seokjin lalu menghilang.

Kemudian,telefon Yoon Hee berbunyi. Selepas beberapa minit,Yoon Hee meletakkan telefonnya.

"Waeyo? " tanya Jihyo.

"Kajja. S...Seokjin dah sedar!"kata Yoon Hee lalu bergerak ke wad Seokjin.

"Y/N,tunggu saya!"jerit Jihyo lalu mengejar Yoon Hee.

My Love Is Ghost? II Kim SeokjinWhere stories live. Discover now