Part 33⚓

92 10 2
                                    

Pada pagi itu, Adler duduk berehat di sebuah pondok yang tidak berapa jauh dari tempat penginapan mereka.Rasanya sudah 3 bulan dia tidak melakukan aktiviti kecergasan.Dalam pada masa yang sama, dia juga merasa bimbang sekiranya kecergasaan dan staminanya kurang cekap ketika melakukan misi yang seterusnya.Latihan renang dan menembak juga semakin ditinggalkannya.

Natalie yang sudah melihat batang hidung Adler, dia segera melangkah ke arah Adler.Adler yang masih tidak menyedari kehadiran Natalie seraya dia memetik jari di depan wajah Adler menyebabkan dia terkejut.

"Awak tengah fikir tentang apa ni? Aku nampak macam ada masalah sajah.Sharelah sikit aku pun nak tahu juga" ujar Natalie lalu dia pun mengambil tempat duduk di sebelah Adler.Kedengaran satu keluhan kecil dilepaskan.

"Aku cuma rindu dengan kawan Ad jeh.Rasanya dah lama aku tak jumpa diorang" Adler terpaksa menipu.Dia mahu gadisnya itu tidak ikut kecewa dengan dirinya.Natalie kurang mempercayai kata-kata dari Adler.Dari riak wajah dia sudah dapat meneka isi hatinya.Mustahil pula.Aku mesti nak tahu juga.
Perlahan-lahan Natalie menghampiri wajah Adler.Tetapi tidaklah seberapa begitu dekat.
Dia mengeluarkan tisu lalu peluh di dahi dikesat.Adler pula hanya memerhati wajah Natalie  yang tenang sajah mengesat peluhnya.Senang sekali hatinya.

"Ad betul ni awak rindu kawan Ad tu.Natalie macam tak percayalah pula.Don't hide your feeling Adler just straight to the point" kata Natalie.Mata mereka berdua sempat bertembung seketika.

"Don't be like this sayang.Sebenarnya aku cuma risau tentang diri aku sendiri.Aku belum sedia sepenuhnya.Maksud aku, stamina aku belum cukup.Aku taknak masa misi seterusnya nanti prestasi aku makin merosot"  luah Adler dengan penuh bimbang.Dia amat bimbang jika perkara itu akan berlaku pada dirinya.

"Ad I know you can do it.Don't easily to give up.I know you're strong to pass all through this.Janganlah sedih Ad kan aku ada untuk awak" Natalie cuba menenangkan hati Adler dengan sebaik mungkin.Bagi dirinya, dia tidak suka melihat wajah sedih Adler.Kerana ia membuatkan dirinya juga tidak senang.

"Baiklah kalau macam tu Ad taknak sedih lagi" Adler melemparkan senyuman manisnya terhadap Natalie sambil itu juga dia sempat mencubit pipi Natalie.

"Dah..cukuplah cubit pipi aku ni.Ad awak tak nampak orang sedang tengok kita keh..malunya wehh"

"Haa..siapa suruh comel sangat...kan kena" lantas Adler ketawa melihat wajah Natalie yang sudah pun merah itu.

Luca dan konco-konconya yang lain bergerak pantas menuju ke pulau yang sudah pun ditarget sejak awal lagi.Masing-masing memegang senjata di tangan.Luca mengarahkan dua orang konco-konconya untuk mengintip mereka.Dua orang lelaki itu mula masuk di kawasan tempat penginapan tersebut dengan langkah yang penuh berhati-hati agar pengawal yang bertugas di situ tidak menyedari kehadiran mereka.Kawasan tempat penginapan itu hampir dibanjiri oleh orang ramai disebabkan adanya terdapat beberapa keluarga yang telah menyambut sambutan hari jadi.Hal ini menyebabkan, mereka merasa sukar untuk mencari di mana keberadaan Adler.

"Begini saya cari kat sebelah awak pula tengok muka lelaki tu manatahu dia lalu di sini.Jangan sampai terlepas pandang nanti kita pula yang susah" kata lelaki yang berbadan tegap itu.Rakannya pula hanya mengganguk kepala tanda faham lalu dia pun mencari Adler di tempat tersebut.

Sedang leka lelaki itu mencari, matanya tertancap ke arah tepat wajah Adler yang sedang kelihatan berbual-bual dengan seorang lelaki lagi.Lelaki itu akhirnya tersenyum juga.Lantas dia menyeluk telefonnya yang ada di dalam poket seluar.Nombor Luca didail dengan segera.Takut sekiranya Adler menyedari kewujudannya di situ.

"Tuan, lelaki tu dah saya jumpa.Sekarang dia tengah borak tuan.Jadi apa yang perlu saya buat tuan?" Tanya lelaki itu.

"Kalau macam tu saya nak korang kepung kawasan tu dengan cepat.Jangan sampai lelaki tu tahu.Ohya jangan ketara sangat.Faham?" Suaranya begitu tegas lalu talian dimatikan.

Adler yang semakin hairan dengan dua orang lelaki yang dari tadi asyik melihat ke arahnya, dia mula merasa tidak sedap hati.Mesti ada perkara buruk yang akan menimpah.Dia berpura-pura tidak mahu melihat wajah dua orang lelaki itu.Tiba-tiba otaknya terfikir tentang keadaan Natalie yang juga kini sedang berada dalam bahaya.Dia harus meninggalkan tempat itu dengan segera sebelum mereka bertindak.Yang ada di dalam fikirannya sekarang hanyalah Natalie.Tanpa membuang masa lagi, Adler beredar dengan pantas.

Bilik penginapan Natalie ditujuinya lantas lalu pintu diketuk berkali-kali.Pintu pun dikuak oleh Natalie dari dalam.

"Ad kenapa ni? Kau okay tak ni? "

"Jom kita pergi dari sini.Cepat! Musuh sedang cari kita" segera Adler menarik tangan Natalie pergi meninggalkan tempat itu.

Natalie mula hairan.Dia yang tiada salah mengapa pula musuh juga sedang mencarinya.Soalan itu mula bermain di minda fikirannya.Dia berdebar-debar.Setibanya mereka di tempat penginapan yang agak jauh dari tempat asal penginapan mereka pertama kali, mereka berdua pun mencari tempat persembunyian.Setelah memastikan rumah penginapan itu tiada orang barulah mereka masuk ke dalam.

"Ad kenapa aku terlibat juga? Aku tak buat salah pun tapi kenapa aku terlibat dalam hal ni juga.Please Ad tell me I want to know it! " suara Natalie naik senoktah.Dia sendiri juga tidak berpuas hati.Kepalanya juga semakin berserabut.

"Sayang, Ad tahu sayang takde buat apa-apa salah tapi sayang Ad taknak tinggalkan sayang macam tu jeh.It's a long story I can't explain to you right now sayang.One day you will know it" jelas Adler.Natalie terdiam seketika.Dia juga sendiri tidak faham apa yang cuba Adler sampaikan.Dia bingung.Tidak lama kemudian, akhirnya Natalie pun tertidur di bahu Adler tanpa disedari.

Vote/comment ya guysss..😚🐬🍎

Mr Navy, My Husband (ON GOING)Where stories live. Discover now