Bab 6

1.9K 26 0
                                    

Akan terdapat banyak kesalahan tatabahasa dan grammartical error dalam bab ini . Saya bukan lah lulusan dari mana-mana jadi sesiapa yang ingin mengkritik hanya kerana kesalahan kecil ini . Saya minta maaf sangat-sangat. Cerita saya hanya atas sebab penzahiran imaginasi semata-mata . Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
*
*
*
*
*
Selamat membaca
*
*


"Terima kasih Syaa." Kataku dengan tangan yang penuh dengan barang makanan yang dibelanjakan oleh Syaa.Lama kami membeli-belah selepas Syaa membawa aku dari klinik tadi . Kepala yang berat aku cuba tidak hiraukan .

Gila kan ? Sakit pun kaki masih juga gatal nak merayau. Ni semua sebab Syaa lah ni .Antara banyak-banyak  kawan aku , dia yang paling memahami aku . Sikap ketidakmatangannya itu kadang mengajar aku erti 'Umur bukanlah pengukur kematangan seseorang'.

Syaa merupakan seorang peguam . Dia memang lagi tua dari aku . Namun jarak umur bukanlah penghalang untuk aku kenal rapat dengan dia .

Wajahnya yang sugul itu aku pandang sambil tersenyum . Sedih sangat sebab aku tak nak ikut tidur dekat rumah dia . "Kau sure ke ni ? Kau kan demam . Kau duduk lah rumah aku . Bahaya la kalau kau sensorang . Kau tu dah lah kecik . Nanti tak pasal-pasal kau pengsan takda sapa yang nampak kau " Termuncung-muncung bibirnya membebel . Aku hanya menggeleng perlahan . Hidung yang tidak semena gatal aku tenyeh dengan belakang tangan .

"Aku okay lah " Kataku seraya menarik hingus yang hampir meleleh.

" Ha tengok ! Ihh kau ni . Kau duduk lah dekat rumah aku . Atleast sampai kau sembuh . Jangan risau , rumah aku takda hantu ."

Mataku membulat bila mendengar perkataan 'hantu' . Syaa ni memanglah !

Melihat responku yang sedemikian , dia tersenyum sumbing . Dasar gak ada akhlak !

"Aku kan tengah sakit , kang terjangkit pulak dengan kau " . Hingus aku tarik lagi . Sakit kepalaku semakin kuat .

" Ihh takda maknanya lah !  Antibody aku kuat " .

"Aku malu lah dengan abang kau . Tak nak aku . " Alasan demi alasan aku beri . Aku lihat dia menghela nafas pasrah . Penat dengan kedegilanku barangkali .

" Yelah . Nanti kalau ada apa-apa kau call aku tau . Kunci pintu bilik tu kang si Misha tu masuk nak aniaya kau ke apa. Aku takda ni kau jaga diri ya . Kalau kau lapar ke apa kau cepat-cepat inform aku . Lepastu kalau kau ..."

"Iyaa Syaa aku tahu . Nanti ada apa-apa aku terus call kau. Jangan risau . Sekarang ni aku nak rehat je "

" Haa yelah . Kau naik tangga tu hati-hati . " Pesannya lagi .

" Iye Sya . Terima kasih sebab belanja aku . Nanti aku dah kerja aku belanja kau pula ya " Kataku sekadar berbasa-basi .

" Kau ... Hati-hati ya . Kau faham kan maksud aku ? Dia tengah bebas di luar sana . Aku sendiri tak tau dimana keberadaan dia." Anak matanya kelihatan bergetar . Terzahir sungguh rasa takutnya.

Tapi kalau nak difikirkan , aku yang sepatutnya takut . Tapi sekarang ,aku rasa kosong . Mungkin belum ada tanda-tanda yang dia akan mengancam nyawaku lagi .

" Terima kasih sebab risaukan aku . Dah-dah kau balik lah . Kesian kau mesti penat kan ?"

"Ambuih dah pandai menghalau aku ye sekarang ? "

Aku hanya ketawa . Setelah dia memelukku dan mengucapkan selamat tinggal , aku menghantar dia dengan anak mata . Melihat keretanya yang meluncur perlahan melalui pondok pengawal keselamatan .

TrustWhere stories live. Discover now