03 - Beautiful Eyes

214 55 35
                                    

author. 

Jaemin dan Yeri hampir tersembur air apabila melayan karenah Jeno itu. Hain pula masih dilema dengan soalan itu. Nak jawab ke tak, nak jawab ke tak. 

" Hain, cakap je ye. Dia bukannya sedar pun apa dia buat sekarang, " bisik Jaemin. Dia mahu permasalahan ini selesai dengan berjalan lancar. 

Gadis itu bingung, nak kata ya nanti apa kata Jisung pula. Nak kata tak nanti patah hati setahun. Hain masih tak bersedia untuk membuka mulut. 

Yeri memberi semangat kepadanya, " Hain, kau boleh ! " Macam nak jawab soalan peperiksaan. 

" Jeno, aku pun sukakan kau juga..... Aku harap kau tak dengar apa aku cakapkan ni, " ujar Hain sambil melepaskan tangannya dari tangan Jeno. menghembus nafas lega, dia jauhkan diri daripada Jeno. 

" Jenoooo, sudah tiba masa untuk kita pulang ke rumah, " Jaemin bangun dari duduk dan pergi ke arah Jeno untuk menggendong kawan mangkuknya. 

Jeno mula mengingau dan tersenyum, " Jaemiinnnn, Hain suka akulahhhh.... " 

" Aku tak tahu apa-apa, kau citer jelah esok... " Jaemin buat-buat tak dengar apa yang dikatakan oleh Jeno, dah fedup dengar dia mengarut masa mabuk ni. 

Hain dan Yeri hanya melihat mereka pergi hingga hilang dari pandangan mereka. Hati Hain mula rasa bersalah kepada Jeno kerana tak terima lelaki itu sebagai teman lelakinya. 

" Dari kecil sampailah sekarang, kau tak sukakan Jeno ke ? " tanya Yeri. 

" Tak mungkinlah rasa suka tu tak berputik dekat hati aku dulu, " 

" Aku cemburu dia ada mata yang cantik, " jawab Hain lagi. 

" Maknanya, kau still sukakan dialah even kau sekarang couple dengan Jisung ? " 

" Janganlah kau fikir aku begitu, dipanggil perempuan gatal aku ni nanti. Jawapan aku ialah mungkin, " 

Mereka berjalan di lorong pejalan kaki sambil ketawa berdekah macam hari tiada esoknya. 







Only Her.Where stories live. Discover now