❄05❄

642 96 5
                                    

"Kim Jungha ireona!!!"

Suara jeritan berkumandang di segenap bilik Jungha. Jungha tersedar kerana terkejut, lantas matanya dibuka secara paksa.

Sinaran matahari terang benderang menyinari kamar, kelihatan Jungwoo sedang mendepa tangan di hadapan tingkap. Apakah-?

"Oppa buat apa kat sini?"

Mata digosok pelan. Mimpi apa oppa datang sini?

"Oppa datang nak bagi Jungha semangat. Oppa dah masak sarapan dah."

"Semangat apa?"

Lelaki itu duduk di birai katil, ditenungnya adik perempuannya dengan penuh kasih sayang

"Harinikan hari pertama Jungha masuk universiti?"

"Oh, haah la." Jungha membuat regangan kerana badannya masih tegang.

"Sekarang dah pukul berapa?"

"10 pagi?" Jungwoo yang sudah keluar bilik menjerit menjawab pertanyaan Jungha.

"Okay."

"Wait, what? Pukul 10? Oppa Jungha dah lambat!!!!"

.
.

"Cepat la drive tu oppa!" kalut, hari pertama sudah lambat ke kelas. Lawak apa kau!

"Sabar la, bertenang. Nanti accident macam mana?"

"Kenapa oppa tak kejut awal?" kataku sabil mengunyah sarapan yang oppa masak tadi. Melihat aku yang kelam kabut ke uni, oppa memasukkan makanan tadi ke dalam bekas makanan saja. Bekal aku pun dia sudah sediakan.

"Hello, oppa pun ada anak bini nak kena uruskan tahu! Awak tu dah besar, belajar banguh awal. Dah masuk uni tau, takkan nak buat perangai lagi macam dulu-dulu?"

Aku memutarkan bola mata mendengarnya membebel. Teringat lagi zaman rempit aku di sekolah dulu. Disebabkan omma appa tinggal di LA, oppa la yang dipanggil berjumpa saem. Masa tu oppa sudah bekerja. Dan ramai budak sekolah aku suka dia, sebab dia handsome sangat. Tengok adik dialah.

"Jungha, please take care of yourself bolehh?"

"Kenapa oppa cakap macam tu?"

Jungwoo hanya diam, fokus ke arah pemanduan. Namun, aku sedari dia tidak senyum. Tidak seperti tadi.

"Oppa rasa tak sedap hati la."

Aku menoleh ke sisi. Dia ni, oppa yang baik. Oppa yang seperti omma appa aku. Kami seperti anak yatim piatu, walaupun omma appa kami sangat kaya. Untuk apa kaya kalau mereka tiada masa untuk kami?

Lamunanku terhenti apabila oppa mengusap kepalaku lembut.

"I wish you all the best. Bye, naik tangga or lift jangan kelam kabut, oppa tak sedia lagi nak jadi anak tunggal."

Mataku terbeliak, dia ni sebut yang bukan-bukan aja!

"Okay oppa! Bye!" seusai mengucup pipinya, aku keluar dari kereta. Kakiku menapak ke arah bangunan fakulti aku. Eh tidak, aku sebenarnya berlari.

Aku sudah ingat tempatnya, sebab aku sudah round satu universiti masa pendaftaran minggu lepas.

.
.
.

"I'm sorry sir, im late."

Pensyarah aku menoleh ke arah aku. Aku ternganga.

"H-Hukuman apa pula ni?" bisikku.

𝙒𝙧𝙤𝙣𝙜 𝙎𝙩𝙚𝙥 ノ 𝘫𝘶𝘯𝘨 𝘫𝘢𝘦𝘩𝘺𝘶𝘯Where stories live. Discover now