PROLOG

12K 652 15
                                    

Kepala di toleh ke arah sekeliling ruang tamu rumah yang mewah itu untuk kali terakhir. Rumah yang pernah memberi dia merasai kebahagian rumah tangga walaupun untuk seketika cuma. Air mata mula mengenang di birai mata ditahannya segera. Tidak mahu melayan perasaan sedih, Thea Hazel terus menarik luggage nya ke arah pintu utama rumah itu.

Sebaik sahaja meletakkan luggage di dalam boot kereta, dia pantas meloloskan diri ke dalam keretanya. Tidak mahu berlengah lagi, kerana tidak mahu dirinya bertemu dengan tuan rumah itu. Tuan rumah yang dulunya pernah mencipta kenangan manis dalam hidupnya walau untuk seketika.

Yang dulu juga pernah memberi dia harapan untuk terus mengecapi kebahagian sebelum semuanya musnah. Dia hilang segala-galanya. Sekelip mata dirinya hanya tinggal sebatang kara.

Tiada lagi tempat untuk mengadu, tiada lagi tempat untuk bermanja. Sakitnya hanya dia rasa. Dia cuba untuk bertahan, tapi semuanya hanya sementara.

Tanpa sedar, kesilapan yang dahulu dirasakan sangat besar tapi hari ini ia membawa seribu satu makna yang tidak tergambar difikirannya. Betul la, tiada siapa yang tahu rancangan yang Allah SWT telah tetapkan untuk kita nanti.

Thea bersyukur dengan nikmat yang dikurniaan olehNYA saat ini. Dia harus kuat untuk menempuh cabaran yang akan mendatang.

"Bismillah.."

Airmata yang mengalir tanpa sedar itu dikesatnya perlahan. Dan tanpa menoleh lagi, dia terus memecut laju keretanya ke destinasi baru.









Jangan lupa add to your Reading List ye.





Let me know you comment..

Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)Where stories live. Discover now