ℂ𝕙𝕒𝕡𝕥𝕖𝕣 𝟡 ♡

196 38 15
                                    

•no one's pov•

-------weekend,Lotte World

Dengan bantuan Soobin unnie iaitu kakak kepada Changmin, yang sanggup hantar mereka ke Lotte world ni dapat juga sampai sini pada awal pagi. Kalau datang lambat nanti balik malam pula.

Sampai sahaja mereka terus meneroka seluruh tempat yang ada di dalam Lotte World itu. Seperti biasa yang paling teruja Changmin dan Seohee la.

"Okay lepas ni kita pergi rumah hantu nak tak? Hehehehe tak sabar nak tengok hantu-hantu kat dalam tu mesti comel. Agak-agak ade ke orang takut nak masuk ni? ", tanya Changmin dengan tersenyum sinis memandang Sunwoo.

"Apa kau pandang aku macam tu? Aku okay je.", jawab Sunwoo dengan nada yang yakin walaupun muka dia dah pucat.

"Tapi aku takut laa."

"Takpe Hyeri kau jalan dengan Sunwoo. Aku jalan dengan Changmin. Lelaki kan berani so fair la Changmin dengan aku, kau dengan Sunwoo."

"Tapi bukan ke Sunwoo pun pena--

Belum sempat Hyeri menghabiskan ayatnya. Seohee cepat-cepat memotong, " Okay jom Changmin kita masuk". Lalu meninggalkan Sunwoo dan Hyeri yang terpinga-pinga.

Memang saja mereka biarkan Sunwoo dan Hyeri sebab dua-dua penakut. Ada je idea mereka nak kenakan Sunwoo dan Hyeri.

•hyeri's pov•

Aku berdebar gila kot sekarang. Macam mana nak masuk kalau aku penakut, Sunwoo pun penakut....haih

" Kau pun tau kan aku ni macam mana?", tanya Sunwoo lalu mengetap bibir.

" Err-- ye tau. Its okay. Yang pasti kau jangan tinggal aku tau.", aku pandang ke arah Sunwoo risau. Kan tak pasal-pasal dia lari tinggal aku sorang-sorang kat dalam tu.

"Ye aku takkan tinggal, kau boleh pegang lengan aku ni kalau kau takut."

Aku mengangguk lalu memegang lengannya.

Baru je jejak masuk rumah hantu tu.

" Arghhhhhhhhhh!! "

" Yahhhhhhh!! "

" Hajimaaaa!! "

" Go away anna!! "

" Warghhhhhhhhh!! "

Actually, jeritan tu bukannya dari aku tapi..... yeah semua itu jeritan Kim Sunwoo.

Aku ingat aku yang akan jerit macam orang gila rupanya. Sebaliknya.

"Haih menyesalnya ikut si Changmin ni. Arghhhhhhh!! ", kata Sunwoo sebelum menjerit kuat.

Tangannya erat memegang tangan aku setiap masa. Tidak melepaskan walaupun sesaat.

Dari luar nampak garang semacam je dia ni tapi HAHAHAHA macam ni ye perangai sebenar dia. Comel je dia takut. Erk-- jap ape yang aku cakap ni. Mengarut betul.

Skip

Keluar saja dari rumah hantu. Nampak Changmin dan Seohee sedang gelak sakan.

"Weh Sunwoo, dari luar ni pun boleh dengar kau jerit tau.", ejek Changmin sambil ketawa.

" Changmin ni semua kau punya pasal.", sambil menunjuk penumbuk dengan tangan kirinya.

Manakala tangan kanan dia pula....

" Habis tu tangan Hyeri tu kau memang tak nak lepas ke Sunwoo? ", tanya Seohee sebelum gelak tak ingat dunia.

ᴍʏ ᴏɴᴇ & ᴏɴʟʏ || 𝐊𝐢𝐦 𝐒𝐮𝐧𝐰𝐨𝐨Where stories live. Discover now