C34

535 88 110
                                    

"Yume, Hyonju ohayo" sapa Haruto apabila mereka secara kebetulan berjumpa dihadapan pintu masuk sekolah

"Aa Ohayo" jawab Yume . Hyonju pula hanya mampu mendiamkan diri, matanya melirik ke arah Mashiho seketika yang berada disebelah Haruto itu

"Ano, Mashiho senpai boleh tak time rehat kita jumpa?" Soal Hyonju , dia menundukkan kepalanya sedikit . Wajahnya masih jelas memancarkan raut kesedihan

"Jan-jangan salah faham, saya cuma nak tanya sesuatu je. Tapi kalau senpai taknak takpe" Hyonju tersenyum nipis

"Boleh, kat rooftop" Hyonju mengangguk kecil mendengarkan kata-kata Mashiho

"Hm kalau macam tu kami pergi dulu" cepat-cepat Hyonju menarik lengan Yume untuk menjauh dari mereka

"Hyonju langsung tak pandang kau. Dia asyik tunduk je dari tadi so~ apa perasaan kau ,Mashiho? Gembira tak?" Perli Haruto

Pak!

Asahi yang muncul secara tiba-tiba itu lantas memukul kepala Haruto

"Baka" ejek Asahi dan meninggalkan dua orang ketul itu dibelakang

.......

Aku dah ready harungi semua ni! Yosh! Gabbatte! Omma selalu cakap kalau ada orang nak explain sesuatu kita kena dengar jangan ikut drama! Kang menyesal tak sudah pastu episode bertambah herghhh

"Mashiho senpai!" Pintu rooftop aku buka kuat sampaikan Mashiho yang baru saja menikmati udara menghinjutkan bahu

"Gomen senpai" sengihku

"Hm, Hyonju..." Aku mendekati Mashiho

"Erm?" Mataku ralit memandang pemandangan di atas rooftop tu

"Aku nak minta maaf sebab tak bagitau kau awal-awal" suasana mula kekok di antara kami berdua

"Tak-takpe....lagipun bila fikir-fikir balik rupanya saya yang salah sebab tak bagi peluang untuk senpai bagitau kat saya. Mashiho senpai dah try nak bagitau saya kan?" Aku tersenyum nipis

"Ya tapi tetap salah aku" Mashiho membuat muka rasa bersalahnya

"Senpai"

"Hm?" Mashiho memandang tepat ke arah mataku dan cepat-cepat aku mengelak sambil tergelak kekok

"Huuu~" nafas berat aku hembus perlahan

"Saya nak tanya sekali lagi" aku mengumpul semangatku sebelum menanyakan soalan yang sama kembali

"senpai dah bertunang ke?" Walaupun aku dah tau tapi serius aku nak clear kan benda ni, aku nak Mashiho jelaskan betul-betul dekat aku

"Ya" jawab Mashiho pendek

"Nama dia Ayane"

"Tapi tulah semua ni aturan keluarga" terkejut aku mendengarkan penyataan daripada Mashiho. Ingat ni drama pukul 11 ke apa?

"Aku cuma nak ikut apa yang omma aku mahukan" Mashiho memandangkan ke atas langit sambil tersenyum nipis. Faham, omma dia dah meninggal. Aku nak je peluk kau senpai uhuks tapi tak boleh

"Ja-jadi- betul lah Mashiho senpai tak cintakan saya?" Gugupku. Tak berniat pun nak tanya tapi terlepas cakap pula uhuks

Mashiho tidak memberikan aku jawapan malah dia usap kepalaku perlahan dan berlalu pergi

"Senpai?" Aku menyentuh kepalaku. Wajah bingung aku tayangkan

"Senpaii!" Pantas aku menarik hujung baju Mashiho hingga membuatkan dia berhenti

"Mashiho senpai saya tak paksa senpai terima saya tapi setitik pun senpai tak cinta saya? Suka saya? Sayang saya" Auchh I want too cryyy

"Apa gunanya semua tu?" Mashiho memandang aku dengan pandangan dingin

"Kalau aku suka kau jadi apa? Kita tetap takkan bersama..dahlah Hyonju" ujar Mashiho. Dia gigit hujung bibir dia rasa macam tahan diri je dari menangis? Mata dia berkaca

"Ke-kenapa senpai kiss-" aku diam tak sanggup nak sambung , air mata jatuh

Mashiho tanpa mendengarkan aku, dia pergi tinggalkan aku dibelakang

Meanwhile....

Mashiho bersandar di balik pintu rooftop

"Gomen Hyonju" bisik Mashiho. Diusap matanya perlahan

"Kenapa kau nak atur hidup aku? Kau bukan omma aku! Kenapa kau perlu kongkong aku? Kau nak aku kahwin dengan Ayane? Kau ingat aku nak ikut?" Gertak Mashiho kepada omma tirinya

Waktu Mashiho berumur 5 tahun appa nya sudah menikahi wanita itu dan menjaga Mashiho dengan baik . Tapi sepanjang hidup bersama ibu tirinya, Mashiho tidak pernah membuka hati untuk menerima kehadiran wanita itu

Sehinggalah suatu hari ibu tirinya meninggal akibat kanser hati . Mashiho mula menyesali perbuatannya, semua kasih sayang yang diberikan oleh ibu tirinya mula terimbas dalam pikirannya.

Mashiho sendiri sudah mengetahui bahawa ibu tirinya menyuruh dirinya untuk menikahi Ayane kerana gadis itu ayu dan baik seperti ibu tirinya yang dipercayai boleh menjaga diri Mashiho

Tapi semua sudah terlambat... Mashiho hanya mampu memenuhi permintaan ibu tirinya itu

Tbc

[P] Please Love Me Back ,Senpai +mashiho°Where stories live. Discover now