BAB 3

8.1K 591 45
                                    


"WHERE are you going today, Eshal?"

Eshal mendongak lalu menoleh ke arah daddynya yang sedang duduk di atas kerusi sebelah kiri. Wajah Eiden di hadapan dipandang sekilas sebelum dia membuka mulut.

"Eshal pergi The H Mall. Kan Eshal dah bagitahu mummy. Eshal nak cari barang."

Ethan memandang tajam ke arah anak perempuannya seorang itu. Laporan yang baru sahaja diterima oleh anak buahnya buat dia bengang. Tidak tahu macam mana lagi ingin dia katakan kepada anak perempuan tunggalnya ini. Lebih suka buat hal sendiri tanpa memikirkan hal di kemudian hari. Yang dilarang juga dibuatnya.

Khayla yang perasan akan riak wajah suaminya itu terus mengusap lembut tangan Ethan yang berada di atas pahanya. Masing-masing tidak berani bersuara. Emeer hanya membisu sambil berpeluk tubuh. Tidak mahu masuk campur apabila daddy bercakap. Dia akan bersuara bila perlu saja. Wajah Eshal dipandangnya lama.

"Ke... kenapa daddy dan along pandang Eshal macam tu?"

Suara Eshal kedengaran gugup. Dia tahu, melalui pandangan tajam daddy dan along itu, bermakna dia berada dalam keadaan tidak selamat. Tambahan pula dengan nada keras yang digunakan oleh daddy nya.

"Perché sei scappato dalla tua guardia del corpo? (Why did you run away from your bodyguard?)"

Gulp!

Liur yang ditelannya terasa kesat. Alamak. Mati aku. Macam mana aku boleh lupa ni?

Mata Eshal terus ke arah abang kembarnya, Eiden. Memberi isyarat mata bermaksud 'tolong back up' seperti selalu namun sebaliknya pula reaksi yang diberikan oleh Eiden buat dia kemam bibirnya kuat.

Cis Eiden!

Eiden menggelengkan kepalanya perlahan sambil memberi isyarat mulut tanpa suara 'NO WAY'. Baik dia selamatkan dirinya terlebih dahulu dari dia selamatkan adik kembarnya. Itulah seorang Eiden Hayyes. Apabila aura dingin daddy muncul, dia lebih suka bersikap pentingkan diri sendiri terlebih dahulu asalkan dia selamat terutama apabila melibatkan Ethan Hayyes dan Emeer Hayyes. Dua lelaki yang mengerunkan dalam hidup mereka adik beradik.

"Eshal!"

Kedua belah bahu Eshal terhinjut perlahan. Terkejut dengan sergahan daddy nya. Bibir bawah digigit perlahan bersama debaran di hati.

"Eshal... Eshal janji dengan angah petang tadi nak keluar. Eshal tak suka la diekori macam tu. Lagipun Eshal ingat angah datang tapi dia tak muncul juga. Eshal mana tahu angah mungkir janji dengan Eshal. Eshal tak suka la bodyguard ikut sana sini. Rimas la," adu Eshal perlahan sambil menghentak kedua belah kakinya.

Mata Eiden membulat apabila adik kembarnya itu kaitkan dirinya. Kedua belah tangannya dikepal kuat. Pecah tembelang. Aduhh... budak kecik ni memang nak kena hempuk dengan aku la.

Kalau bab mengadu, merengek memang semuanya ada pada Eshal. Dalam keluarga mereka, Eshal tidak ubah seperti anak bongsu. Bukan Eiman.

Ethan berdecit perlahan bersama gelengan kecil. Dia bangun dari duduknya lalu menarik tangan isterinya. Wajah si kembar dipandangnya seketika sebelum matanya kemudian beralih pada anak sulungnya.

"Along, give them some lessons," arah Ethan dengan nada yang tegas.

Emeer hanya menganggukkan kepala bersama senyuman sinis terukir di bibirnya buat si kembar. Senyuman itu sangat mengerunkan mereka. Eshal telan liur untuk sekian kalinya.

"Daddy... Eshal minta maaf. Eshal tak nak. Plea..."

Belum sempat Eshal mengekori langkah Ethan yang sudah keluar dari ruang keluarga itu, langkahnya tiba-tiba saja terhenti separuh jalan apabila suara Emeer kedengaran.

"Luthfia Eshal. Come here, now."

Eshal mengeluh. Keberanian untuk memujuk daddy tadi terus terbang sebaik saja mendengar arahan along. Jangan harap boleh terlepas. Dia terus melangkah semula ke kerusi yang di dudukinya sebentar tadi, di sebelah Eiden. Wajah abang kembarnya dijeling tajam sebelum mengalihkan pandangannya pada Emeer.

"First, sebelum along ambik tindakan atas kelakuan Eshal tu, along nak tanya something dulu. Eshal dengan siapa petang tadi?"

Dia sengaja tanya Eshal, kerana dia perlu dengar dari mulut adiknya sendiri walaupun dia tahu segala aktiviti dan dengan siapa adiknya berjumpa petang tadi. Dia ingin melihat sejauh mana Eshal jujur dengannya.

Dahi Eshal berkerut seribu. Otaknya cuba mencerna soalan Emeer satu persatu.

"Dengan siapa pula? Eshal seorang je la. Sebelum angah datang ambil."

"What just I told you before? Think Eshal. Think before you give your answer," ujar Emeer dengan nada yang mula kedengaran keras.

Ada juga budak yang nak kena humban dalam kolam nanti.

Eshal menoleh ke arah kembarnya. Kening diangkat beberapa kali bersama bibir mencebik. Sekali lagi pertolongan kembarnya diperlukan.

Eiden mendengus. Kepala yang tidak gatal digarunya geram.

"Ish... Stress betul la dengan kau ni, dik. Buat malu je jadi kembar aku. Takkan soalan along yang paling simple itu pun tak boleh jawab. Sebelum along call kau tadi, kau dengan siapa? Bersama siapa?"

Kedua belah pipi Eshal dipegangnya erat dengan kepala Eshal turut digoyangnya beberapa kali. Itu sahaja cara untuk sedarkan adik kembarnya yang kadang-kadang blur tahap dewa sampai boleh buat orang sekelilingnya stress.

Mata Eshal terkebil-kebil memandang Eiden sebelum sel-sel otaknya mula berfungsi menapis segala ayat-ayat yang keluar dari mulut Eiden. Dan apabila dia teringat akan kejadian petang tadi, bibirnya terus tersengih. Tangan Eiden di pipi segera dirungkai. Kemudian dia bangun dan duduk di sebelah Emeer bersama senyuman lebar di bibir.

Emeer dan Eiden berpandangan sesama sendiri sebelum mereka berdua mula fokus pada Eshal.

"Eshal jumpa dengan Kak Thea petang tadi."

"Who?" tanya Emeer sekali lagi untuk kepastian. Dia yakin dengan apa yang didengarinya.

Eshal berdecit kecil. Kedua belah pipi alongnya dipegang lalu ditarik sedikit rapat ke wajahnya. Tindakan yang sama Eiden lakukan kepadanya sebentar tadi.

Senyuman terukir di bibirnya.

"Thea Hazel."

Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)Where stories live. Discover now