[S2] Balik Kampung 🌙

275 64 42
                                    

" Tihah, kemas beg pakaian kamu cepat! " arah sang ibu.

Fatihah yang tengah syok gomol-gomol kucing kesayangannya, terkejut.

" K-KENAPA MAK SURUH TIHAH KEMAS BEG?! OMAIGAD MAK NAK HALAU TIHAH KE? HUWAAA SAMPAI HATI HIKSSS " Fatihah terus menangis sambil memeluk si kucing yang diberi nama Oreo.

Puan Suhaidah hanya mampu menggelengkan kepala.

Apa kejadahlah anak perempuannya yang seorang ni?

" Kamu ni kalau mak flying kick tak berdosa rasanya. Bila masa mak nak halau kamu Tihah oiiii, mak suruh kemas beg sebab esok kita nak balik kampung. ADA FAHAM? "

" Lorhh, cakaplah nak balik kampung. Ini tiba-tiba suruh Tihah kemas beg, tanjat gegurl tau? Buat membazir air mata je menangis tadi. " gadis itu hanya mencebik ke arah ibunya.

" Ada mak suruh kamu nangis? Tak ada kan? Dia yang menangis macam mati laki. "

" EHH MATI-MATI NI JANGAN DISEBUT MAK, TIHAH PALING TAK SUKA PERKATAAN TU. " jerit Fatihah dengan emo. Habis si Oreo tu digoncangnya.

Tabahlah Encik Oreo.

" Dah, dah. Tak payah nak berdrama sangat. Laki kamu mana? "

" Tengah main mercun pop-pop dengan Nazmi kat luar rumah. "

" Macam budaklah masing-masing. Pergi panggil diaorang berdua masuk kemas beg. Mak nak panaskan rendang kejap. Lapar pulak. " Puan Suhaidah pun melangkah ke dapur, tetapi terhenti apabila anak gadisnya menjerit lagi.

" EHH SIMPANKAN UNTUK TIHAH SEKALI, TIHAH PUN LAPAR!!! " sejurus itu, dia pun pergi ke luar rumah untuk memanggil suami dan abangnya masuk.

Puan Suhaidah menjongketkan keningnya.

Biar betul budak ni? Baru sejam lepas dia makan.


++++++


Setelah beg pakaian selamat dikemas, pasangan suami isteri itu duduk di sofa yang diletakkan berhadapan dengan katil mereka.

" Awak, awak. Kampung awak kat mana? Jauh ke? " soal Seungkwan kepada isterinya.

" Kat Kedah. Jauh jugalah dari KL. Memang pishang duduk dalam kereta lama-lama. " jawab Fatihah dan tangannya pantas mencapai sebalang kerepek pisang.

" Oh, jauh eh. Tapi tak apalah. Bukan selalu duduk dalam kereta lama-lama kan? Hehe. " Seungkwan hanya tersengih sambil memandang isterinya.

" Ya. Ermm...tapi kenapa awak pandang saya macam tu? Tacodlah baby. " Fatihah menyilangkan tangan di dadanya, nak lindungi diri kononnya.

" Saya cuma pelik. Kenapa sejak kebelakangan ni awak kuat makan? Makanan abang awak pun awak rembat. Nasib baik makanan si Oreo tu tak dirembat sekali. " soalnya sambil jari diletakkan di dagu.

" Aloh, saya lapar. Jadi, saya makanlah. " dia baru tersedar kerepek pisang yang terisi dalam balang hampir habis. " Ah, kerepek ni dah nak habislah. Saya nak pergi dapur kejap tau. Bye bye baby boo! Muahh "

Seungkwan hanya diam.

" Hm, dia mengandung ke- "

Tiba-tiba blushing anak Boo ni, pipinya ditampar perlahan.

" Eishh apa kau mengarut ni Seungkwan astaga, aku dengan dia baru dua bulan kahwin, tak akan cepat sangat? "


++++++


" Ada sesiapa tertinggal barang? Kalau ada, baik ambil cepat. Lepas mak kunci pintu ni, jangan harap nak masuk semula. " soal Puan Suhaidah sambil memegang segugus kunci.

Yang lain hanya menggelengkan kepala.

Sebab barang yang diperlukan untuk balik kampung memang dah dibawa keluar tanpa satu pun tercicir.

" Mak, Nazmi nak drive boleh? Bagi abah rehat hehe. " sempat Nazmi membuat muka seposen supaya dapat kebenaran.

Fatihah dan Seungkwan sudah ketakutan.

Bukan boleh percaya kalau si Nazmi ni yang drive.

Bukan takat Kedah, Thailand pun boleh sampai rasanya.

" Tak payah nak mengada. Biar abah je drive. Kau kalau bawak kereta macam nak bawa orang ke alam barzakh. " jawapan dari Encik Iman itu membuatkan Nazmi merajuk.

" Merajuk dengan abah ah macam ni! "

" Ada abah kisah? Abah sumbat kau dalam bonet kang. "

Percayalah, apabila bukan Nazmi yang memandu,

Mereka sekeluarga boleh bernafas dengan tenang.

" Tihah, kamu pasti ke nak bawak si Oreo ni sekali? Mak takut dia membuang dalam kereta je nanti. " soal Puan Suhaidah apabila melihat anaknya sedang membawa sangkar kucing yang diduduki oleh Oreo.

" Eh taklah, nanti Tihah suruh abah berhenti kat rumah Maya. Biar minah tu jagakan. "

Penuh kereta itu dengan segala beg pakaian.

Bukan setakat tu, ada juga mangkuk tingkat yang berisi rendang dan serunding.

Puan Suhaidah siap pesan pada suaminya, kalau nampak orang jual lemang kat tepi jalan, harus beli.

Nasib baik Encik Iman bawa kereta besar.

Cuba bayang kalau dia bawa Mini Cooper?

Memang beg kat bumbung kereta jawabnya.

" Ha Seungkwan. Ni nak bagitahu sikit. Orang Kedah punya loghat ni pekat sikit. Kalau kamu tak faham tanya je kat bini kamu tu. Biar dia jadi tukang translate. "

" Ok mak! "

Maka dengan itu, perjalanan pulang ke kampung pun bermula!



++++++


Maaf sebab lama tak update.

Harap korang tak kecam aku huks.

( takde gambar kalini hehe )

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now