2

395 39 11
                                    

---------FLOWER---------

Assalamualaikum, readers!

Terima kasih sebab vote dan komen cerita ni! Sokongan anda semua amat saya hargai! Jadi, jangan malu-malu untuk baca chapter ketiga ni!

^w^

---------FLOWER---------

Semua orang mesti harapkan sesuatu, Ya, pengharapan. Ada masa, kita mengharapkan yang lain dan ada masa jugak, orang lain yang mengharapkan kita.

Aku pun begitu. Kembarku yang lain semua harapkan aku untuk lulus kesemua ujian. Aku pun harapkan mereka memahami aku.

Tak, diorang tak faham.

Banyak kali bahu ini digalas tanggungjawab besar. 

Sebagai seorang abang, aku nak jadi contoh terbaik kepada semua adikku. Walaupun kadangkala mereka sangat menyakitkan hati.

''Hali, saya kecewa dengan kamu. Markah kamu dah jauh merosot. Kamu selama ni belajar atau tidak?'' Kecewa sekali wajah Cikgu Yusuf memandangku. Tapi aku rasa hati aku lebih kecewa.

Kenapa selama ni aku terasa diriku sangat kerdil?

''Be...berapa markah saya Cikgu?'' soalku tergagap-gagap. Mata aku mula nak membahang. Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini..

''38.''pendek saja jawapan guru itu. Bunyi pun dah kecewa sangat.

APA?! Jauh betul markah aku ni berbanding markah keputusan ujian 2 bulan lepas. Haih, aku nak minta izin untuk koma 2 bulan sekejap, boleh tak?

Sesampainya dikelas, aku termenung jauh. Jauh sangaattt. Nun jauh disana.

''Haih, apalah malang nasib aku.''keluhku lalu beristighfar panjang. Kata Ustazah, mengeluh itu perbuatan syaitan.

''Astaghfirullahalazim. Aku tak boleh salahkan takdir.''

---------FLOWER---------

''Abang Hali! Abang dah balik?'' ucap Gempa ceria menyambut kepulangan ku. Aku hanya tersenyum kelat, menyembunyikan kekecewaan yang aku dapat pagi tadi.

''Ya, dah balik. Kamu dah makan ke?''soalku lalu masuk ke rumah semidi dua tingkat milik aku.Eh salah, milik ayah dan ibuku.

Gempa mengangguk laju.''Sudah! Yang lain pun dah makan!'' ceria sekali nadanya. Ya Allah, kalau dia tahu markah keputusan ujian aku ni, mampu ke dia tersenyum seceria itu?

Haih,ditelan mati emak, diluah mati bapak. Serba salah aku nak bagitau dia ni.

''Berapa markah abang dapat?''soalnya sambil menyenduk nasi ke pinggan seramik untuk bagi aku makan. Takkan nak bagi aku minum.

''Ahh...err...nanti abang bagitau ye?''berpeluh-peluh aku menjawab. Tak akan aku nak menipu adik aku yang paling baik ni? ''Kamu dah mandi?'' soalku lagi, sengaja nak ubah topik.

Menipu itu salah jadi aku takkan menipu orang.

''Alamak! Lupa pulak! Gem mandi dulu ye abang?" jerit dia lalu berlari pantas meninggalkan aku. Aku menghela nafas lega.

Lama aku ditinggalkan bersendirian, lalu air mataku mengalah juga untuk gugur. Akhirnya, ruang dapur yang sepi itu ditemani dengan bunyi esak tangis milikku.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan aku..Amin ya rabbal alaminn...

---------FLOWER---------

Tbc

HALILINTARWhere stories live. Discover now