[S2] Perjalanan + Dah Sampai! 🌙

268 56 49
                                    

Sudah tiga jam sejak mereka sekeluarga bertolak untuk pulang ke kampung.

Dan sudah semestinya suasana dalam kereta itu amat riuh-rendah.

" OH ANGIN~ KAU KIRIMKAN KALIMAH KASIHKUUUU "

" DIAMLAH NAZMI, SAKIT TELINGA MAK DENGAR. KALAU SUARA KAU SEDAP TAK APA JUGAK " Puan Suhaidah menekup telinga dengan kedua-dua belah tapak tangannya, tanda tidak tahan mendengar suara sumbang anak lelakinya itu.

" Ala. Saya baru nak ambik feeling. Mak ni, macam tak biasa pulak dengar suara sumbang saya. " Nazmi hanya mencebik dan berura-ura untuk menyanyi lagi.

" Bang, aku takut sebab suara sumbang kau ni, kereta abah ni terbabas pulak. " sampuk Fatihah sambil mengurut perlahan bahu bapanya.

" Hmph taulah laki dia pandai nyanyi, nak terjun keluarlah macam ni. "

Fatihah hanya menepuk dahinya, nasib baiklah Seungkwan dah lama tertidur. Kalau tak memang dah boleh buka gelanggang gusti.

Nazmi vs. Seungkwan.

Choose your fighter.

" Kau kenapa bang, sejak kau break dengan girlfriend haritu, terus jadi kuat merajuk. Rileklah, nanti sampai Kedah carilah awek lain. "

" Amboi, ingat senang ke nak lupakan dia? " Nazmi hanya memandang adiknya kecik besar kecik besar. Dia tahu apa? Dia jumpa Seungkwan then beberapa lama lepas tu terus kahwin.

Sesungguhnya Fatihah tidak akan faham perasaan seorang lelaki sendu sepertinya.

" Ha meh sini aku hantuk kepala kau biar lupa segala kenangan dengan playgirl tu. " Fatihah sudah berniat hendak menghentakkan kepala abangnya di tingkap kereta.

Biar nyanyuk terus.

" WOI WOI JANGAN "

Puan Suhaidah hanya menggelengkan kepala melihat gelagat anak-anaknya.

" Tengoklah anak kita tu, macam-macam perangai. "

" Ikut perangai awaklah tu, muahahaha. " balas Encik Iman sambil matanya kekal fokus dengan perjalanan yang panjang tersebut.

" Eh eh saya pulak kena. "

++++++

" Lambat lagi ke nak sampai? " soal Seungkwan apabila dia terjaga dari tidur buat kali kelima.

" Dua jam lagi sampailah kita. " jawab Encik Iman.

" Allahu, lama lagi. Saya dah tak boleh tidur dah. Hilang mengantuk. " Seungkwan membetulkan rambutnya yang sedikit berserabai.

Sambil itu dia melihat ke arah isteri dan abang iparnya.

Dua-dua dah nyenyak tidur. Mana taknya, masa Seungkwan tidur mereka berdua memekak bagaikan tiada hari esok.

" Bosanlah tu, ha. Kamu nak dengar cerita tak? " soal Puan Suhaidah, kasihan pula dengan menantunya itu.

" Wah, cerita apa? " dia sudah mula gembira, apalah yang ibu mertuanya nak cerita agaknya?

" Mak nak cerita macam mana mak boleh jumpa dengan abah kamu ni. " jawapan itu membuatkan aura pakcik bawang milik Seungkwan tiba-tiba membuak.

" Ha, awak jangan nak cerita bukan-bukan kat menantu kita ya. Saya tak beli rantai emas yang awak nak tu nanti. " sempat pula Encik Iman mengugut isterinya itu.

" Eh saya nak cerita benda yang betul-betul jadilah kat kita dulu, tak akan saya nak reka cerita abang oi? "

" Cepatlah cerita mak, tak sabar nak dengar ni! " Seungkwan sudah menepuk tangan tanda dia betul-betul tidak sabar.

Bak kata orang putih, spill the tea.

++++++

Sepanjang dua jam itu, kereta Toyota Innova tersebut dipenuhi dengan gelak-ketawa tanpa henti.

" Hahaha, sakit perut saya gelak. Saya tak sangka pulak abah romantik gila dulu. " Seungkwan mengesat air mata akibat terlebih ketawa.

" Eh, mesti. Kamu nampak je abah ni cool. Tapi romantik dalam masa yang sama. Mak kamu tu pulak senang cair. " jawab Encik Iman dengan penuh bangga.

" Patutlah mak boleh suka kat abah, kan kan kan? " soal Seungkwan sambil menjongketkan kening.

" Eishh kamu ni- " malu pula Puan Suhaidah apabila suaminya beritahu perangainya masa zaman muda-muda dulu.

Tak tahu pula suaminya hebat dalam bidang membawang.

++++++

" Anak-anak sekalian~ bangun! Kita dah sampai kampung. " Puan Suhaidah mengejutkan anaknya yang masih lagi nyenyak tidur.

Masalahnya masa dia, suaminya dan Seungkwan sedang asyik membawang sambil ketawa tak ingat pun mereka berdua masih tidak terganggu. Bergerak pun tidak.

Bukan kaleng-kaleng ya Fatihah dan Nazmi ni.

" Dah sampai? Cepatnya abah bawak kereta. " kata Nazmi sambil menguap tanpa mulut ditutup.

" Memanglah, dah kau dengan adik kau tidur mati. " Puan Suhaidah hanya menampar perlahan wajah anak lelakinya itu.

Gaada akhlak sungguh, menguap tak tutup mulut.

Sebaik sahaja keluarga itu keluar dari kereta, seorang wanita yang agak berusia datang menegur.

" Ha Idah, balik pun hang. Ingat dah lupa kami kat sini! " wanita itu memeluk erat tubuh Puan Suhaidah.

" Haih, tak akanlah nak lupa hangpa semua! "

Sedang mereka bersalaman sesama sendiri, tiba-tiba kedengaran suara lelaki memanggil nama Fatihah.

" Fatihah!!! Huish, rindu sungguh dengan hang! "

" Eh, Hafiz! Lama tak jumpa haha! " Fatihah terus bergegas ke arah lelaki yang bernama Hafiz itu.

Wajah Seungkwan pula sudah mulai berubah.

Mana taknya, boleh pulak isterinya bergelak ketawa dengan lelaki tu. Yang Hafiz tu pun satu, siap cuit-cuit tangan.

Nazmi yang menyedari wajah cemberut Seungkwan, mula berdehem.

" Ehem, hamba-hamba Allah kat sana tu jangan nak melebih ya. Hafiz, hang jangan memacam. Adik aku tu dah berpunya. Laki dia kat sebelah aku je ni ha. "

" Sorry sorry. " kata Hafiz perlahan sebelum melangkah masuk ke rumah. Sempat dia menjeling tajam ke arah Seungkwan.

" What the hell? Apa masalah mamat tu nak jeling-jeling aku? " monolog Seungkwan dalam hati.

++++++

thanks sebab baca story ni sampai dapat cecah 7k reads! 🌸

sayang korang semua! (❁´‿'❁)

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now